Showing posts with label sukasuki. Show all posts
Showing posts with label sukasuki. Show all posts

Thursday, February 6

Masih wujud

Salam semua ^___^

Ape khabar? Sihat ke? Saye sihat dan terlebih-lebih sihat.. Blog ini dan saye masih lagi wujud. Mungkin kalau saye ade mase yang sangat-sangat terluang, saye buat penambah baikkan supaya nampak menarik sikit la kan blog saye yang tak seberape ni. hihi.

Kekerapan saye untuk update blog masih di tahap yang paling rendah. Mungkin kerana kesibukan yang tak terkata. Dalam kepala banyak sangat perkara yang saye nak review/cerite. Tapi selalu je terbengkalai. Sudahnye, cerite sudah lapuk dan terbiar macamtu je. Takpelah, hope one fine day, saye ade banyak sangat mase untuk update blog. Hari-hari saye update, hehehe.


**teaser for my big day :)

Wednesday, January 15

Saya pun minat pada yang kanan dan yang kiri

Hi dan salammmmm... :)

Sejak saya tengok movie Balistik, baru saya perasan yang minat saya pada Rosyam Nor semakin bertambah.. huahuahua... Tapi tak boleh menandingi minat saya pada Rosyam Nor Dua iaitu kekasih hati... Tolong semua yang baca, jangan loya.. hahaha..



Pada mulanya expectation saye, filem ni macam KL Gangster.. Tapi sangkaan saye sedikit meleset.. Ade pulak part yang buat saye touching.  Mungkin sebab ade pelakon wanita dan kanak-kanak dalam filem tu. Overall, saye bagi 4 bintang untuk filem. Okaylah untuk ditonton bersama keluarga chewahhhh..

Sinopsis filem:

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.



Enjoy the movieeeeeeee.... :)

Sunday, January 5

Tahun Baru 2014

Hai semua...
Harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2014.. :)
Semoga tahun ini memberi sebanyak mungkin kebaikan dan kegembiraan.. Insyaallah :)


#Semoga tahun 2014, saya lebih rajin menulis blog.. hehehe :)

Friday, October 25

Lapar dan Makanan

Lapar

saya kalau lapar sangat, badan saya akan menggigil.
bila dah menggigil pulak, saya tak boleh fokus pada keadaan sekeliling.
bila saya tak boleh fokus, maka saya akan buat tak tahu pada semua benda.
dan bila saya dah buat tak tahu, kadang-kadang ianya boleh trigger emosi saya.. astaghfirullahalazim..

Makanan

bila saya dan makan, dah kenyang, badan dah tak menggigil, saya akan rasa sangat gembira segembira gembiranya.
dan masa tu, baru saya boleh recall ape yang berlaku sebelum saya makan.
Oh my, maafkan saya.. saya tak sengaja. ^__^

Monday, December 5

Review: Ombak Rindu

Assalamualaikum readers :)

Semoga sentiasa sihat dan baik2 saja hendaknya..

So far, banyak sangat orang post kat facebook, twitter, surat khabar, radio, tv dan pelbagai cerita tentang Ombak Rindu. Mula2 macam tak nak tengok cerita ni.. walaupun lagu agak best (boleh layan) tapi sebab tak baca novel jadi macam tak ada feel nak ke panggung. But then, semalam petang, kekasih hati cakap nak belanja tengok cerita ni. wow, bukan senang kekasih hati nak menonton cerita melayu. tapi kali ini.. ohhh kagumnya.. dan terasa best juga.. (boleh dating sekejap). wink-wink.

Tidak mengapa juga tidak dapat duduk di bahagian favourite. beli saja mana2 seat yg masih available. memang sangat ramai ya yg datang menonton walaupun masa tayangan adalah agak lewat dan keesokkan hari adalah waktu bekerja. memang hebat penangan ombak di panggung.

Tak sangka sama sekali Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani boleh bawa watak dengan sangat berkesan. dan super duper sweet + romantik untuk Aaron Aziz. (tiba2 pejam mata dan bayangkan jika ada lelaki seperti itu hadir dalam hidup). cukup. jangan bermimpi lagi. bersyukur dengan apa yg ada. :)

Mula2 tengok, rasa macam boleh lagi untuk menyeka air mata dari gugur. tapi apakan daya, naluri keperempuanan saya akhirnya terlerai. gugur juga air mata bila ada babak2 yg menyentuh perasaan. tapi bukanlah sepanjang masa menonton menangis. owh itu sangat gembeng namanya. harus terima kenyataan bahawa tidak akan ada jalan cerita yg 100% sama seperti yg ditayangkan di layar.





Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.




** Buat pertama kali kekasih hati memuji2 cerita ini best!! (Ala sebab ada Aaron Aziz kan. mestilah best)

Wednesday, May 25

Cerita Paling Feveret

Cerita ini sudah basi..hahahaha… tapi berdegil juga nak update macam dah kehabisan modal cerita… AAK..hahahaha.. terpengaruh cerita maharaja lawak la ni… ok fine.. hujung minggu lalu saya dan kekasih hati pergi menonton filem Nur Kasih The Movie.. memang sudah dijangka sebelum sampai ke panggung bahawa akan ada kebanjiran orang di sana.. Mujur saya beli tiket awal 2 hari sebelum tarikh sebenar kerana nak dapatkan tempat duduk idaman iaitu, line kedua dari belakang dan bahagian tengah.. wahhh memang selesa laa… haha..ok.. pada hari sebelum kejadian, saya check balik timing untuk cerita ini through online dan saja nak review hall tersebut penuh atau tidak… OMG, ramainya, barisan pertama a.k.a barisan yang paling berdepan dengan skrin juga ada yang duduk.. serius memang ramai peminat cerita ini… sebelum masuk dalam panggung, kekasih hati ada pesan supaya sediakan tisu banyak-banyak sikit, sebab dia tahu saya ini jenis yang dalam hati ada taman.. tapi dengan angkuh saya cakap, saya takkan menangis…hahaha…berlagak kan… cerita mula pukul 8, tapi dah pukul 8 pun masih belum available seating…kami beratur dan dikeliling kami penuh dengan ibu-ibu dan bapa-bapa membawa kaum keluarga menonton cerita pecah panggung ini… almaklumlah, klasifikasi cerita ini U.. sesuai untuk tontonan semua golongan… bila lampu hijau menyala, semua berasak-asak untuk masuk ke dalam.. hahaha.. saya amat gemar memerhati gelagat orang..bila masuk saja ke dalam, lampu sudah dipadamkan… lagi kecoh satu panggung dengan anak-anak tak jumpa tempat duduk, ibu-ibu nak aturkan tempat duduk dan bapa-bapa yang mengarahkan anak-anak duduk ditempat yang betul.. sangat kelakar..agaknya kalau 1 hari nanti, saya mungkin akan jadi begitu bila sudah berkeluarga..hahaha.. agak kelam kabut keadaan pada waktu itu.. mujur banyak iklan sebelum cerita bermula, sempatlah semua diatur dan keadaan tenang setelah lagu tema Nur Kasih berkumandang..waaaaa sangat excited ni… bila start je cerita, saya start menghayati setiap scene.. memang da bomb la cerita ni.. air mata tidak dapat diseka dan keangkuhan saya hilang entah ke mana.. sangat sedih…….huwaaaaaaa… cerita ini punya isi kandungan yang tersirat agar penonton dapat menyelami apa yang sebenarnya yang ingin disampaikan… terlalu banyak dugaan yang menimpa untuk menguji kesabaran mereka.. terlalu dalamnya cinta mereka..ada benda yang saya belajar daripada cerita ini… seperti yang semua telah sedia maklum, cerita ini mempunyai sinematografi yang sangat memukau… tidak rugi menonton cerita ini.. rasa macam nak pergi tengok untuk kedua kali…boley???


** Banyak mana yang kita beri, banyak itulah yang kita dapat....

Sunday, May 8

Wajah Baru...

Ok...setelah penat meng'explore'... akhirnya ini yang saya dapat..
Quite ok.. cume perlu ditambah baik..
Ok...nak masuk tidur dulu ya...nunite =)

Tuesday, April 12

Ke’sibuk’kan Part 2

… Sambungan

Setelah mengharungi kepenatan pada hari sabtu, aktiviti diteruskan dengan aktiviti yang ke dua iaitu aktiviti hari ahad.. aktiviti ini melibatkan semua housemate dan ex-housemate juga.. alkisah bermula apabila Lily akan menyambung pengajian ke peringkat Master dan akan memulakan pengajiannya pada minggu hadapan.. jadi, dengan masa yang agak limit, kami gunakan masa yang ada tersebut  untuk makan bersama…Tiada seorang yang terkecuali..saya sangat seronok apabila semua orang dapat berkumpul bersama-sama.. Tuan rumah = ex-roomate = Wana telah menyajikan hidangan yang sangat lazat.. thanks Wana dan kawan-kawan semua.. saya enjoy sangat-sangat..






Ini saya dan cik Lily~~
Lily...nanti mesti sue sedih bila Lily dah sambung belajar.... =(



**Minggu itu saya tiada perjumpaan dengan kekasih hati..saya busy and very busy..

Monday, April 11

Ke’sibuk’kan Part 1

Sepanjang minggu lepas, saya sangat kesibukan..minggu ini pun sama juga..sampai minggu yang terakhir bulan ini..macam wakil rakyat..seluruh hari-hari saya terisi dengan perkara yang berfaedah..haha..iye ke? Ok, minggu lepas, ada training.. tapi 1 hari saya skip sebab saya kena PMS..seluruh organ saya macam stuck pada satu bahagian dan saya perlu bertahan sehingga saya pulang ke rumah kerana semasa PMS saya datang, saya still di office.. 

Then setelah malam menjelma, saya perlu settlekan segala kerja untuk pergi ke career fair keesokan hari.. the most important thing yang saya risaukan ialah gambar saya yang masih belum di print lagi.. walaupun tak secantik mana, tapi perlu di tepekkan pada resume saya.. dengan bantuan kekasih hati, dia keluar sebentar dari tempat kerja untuk temankan saya mencari kedai yang ada perkhidmatan printkan gambar saya dan kawan-kawan..merata saya car..dan setelah bermati-matian mencari, saya jumpa satu kedai ni..cyber café version old-old punya..tengok tauke pun tahu dah..mesti dia bukak cyber café ni sedekad yang lalu..huhuhu…tapi isokey, die sanggup printkan gambar saya dan kawan-kawan.. tapi kertas pula tiada malam tu..jadi kekasih hati telah menawarkan kereta beliau..wow..sayang lebih la…macam faham-faham saja saya perlukan kenderaan untuk pergi uruskan tentang keperluan saya..(senyum-senyum sorang-sorang)..
Saya balik ke rumah malam tu dengan keadaan yang agak letih dan serba salah (sedikit) pada kekasih hati sebab telah menyusahkan dia (menyesal sekejap je saya ni!).. balik rumah, tengok pula resume yang kekasih hati printkan..alahai, ade kesilapan pula.. rasa bagai nak menangis..banyak sungguh dugaan hari ini… tak mahu berfikir panjang..terus tidur.. esok pagi perlu fetch dia balik kerja dan saya perlu bangun awal..dengan harapan saya akan tenang sedikit setelah bangun dari tidur..

Keesokkan pagi, saya bangun agak awal sedikit.. saya siap-siap untuk keluar ambil kekasih hati… sebelum keluar, saya ambil semula resume untuk mengadu bahawa terdapat kesilapan sedikit.. tidak berharap untuk mendapat khidmat print percuma lagi, tetapi sebagai pengajaran, selepas ini, perlu ada inisiatif untuk check dulu semua segala sebelum print..setelah mengadu, kekasih hati rasa bersalah dan cadangkan agar patah balik semula ke tempat kerja dia untuk print semula resume saya..saya pula yang serba salah.. dengan rasa tanggungjawabnya, dia masuk semula ke tempat kerja dan printkan resume saya.. sudahlah semalaman kerja, tiba-tiba perlu extend pula masa untuk tidur pagi itu… terharunya rasa bila dia buat untuk saya.. setelah siap semua, saya hantar kekasih hati pulang dan saya pun pulang.. bersiap-siap untuk ke TM Point pula.. Subscribe Streamyx untuk rumah sewa.. Lepas siap semua, baru saya pergi print gambar dan terus bergegas ke career fair yang dibuat dekat PISA.. PISA sanagt crowded masa saya datang tu..almaklumlah career fair bukan selalu..jadi semua orang tak nak lepaskan peluang.. saya parking agak jauh.. semasa melalui jalan nak masuk hall PISA, saya lalu dihadapan satu wedding function..tetiba terberangan sekejap if saya yang duduk diatas pelamin itu..alangkah indahnyaaaa…..aishhhh kepala sudah kelain pula..

Sampai dekat dalam tu, saya terus pergi registration dan pergi dekat tempat yang berkaitan untuk submit resume saya.. gambar yang saya print tadi saya minta tolong kawan saya cut and paste pada resume saya..hohoho..saya kan bos.. selesai siap semua, berjalan sampai kehujungnya dan resume saya dan kawan-kawan pun telah diserahkan kepada beberapa company yang berkaitan, saya pulang kerumah.. dan kebetulan ada keperluan rumah yang telah habis, jadi singgah sebentar di Giant untuk berbelanja.. then inform kekasih hati yang kereta masih ada pada saya.. tak lama lepas itu, dia call saya semula dan minta saya hantar kereta tersebut segera..dengan keadaan kelam kabut, terus pergi bayar  untuk barang yang saya beli dan bergegas pergi kerumahnya.. bukan mahu rushing atau apa, kekasih hati ada majlis makan-makan dengan kawan-kawan di tempat kerja beliau..inilah masanya untuk mengeratkan silaturrahim.. saya pulang ke rumah dengan keadaan yang sangat letih.. Lepas maghrib tu, roomate saya ajak pula ke pasar malam.. saya pun keluar lagi untuk sekalian kali..malam itu, dekat pukul 12 juga saya tidur.. letih yang amat…dan esok…. Ada lagi satu program yang telah dirancang bersama teman-teman serumah…

Dan cerita pun bersambung……………………………………………………

Tuesday, March 29

Hair Perm The Making

Ini cerita semalam, saya tidak pergi kerja akibat mengalami alahan yang agak merunsingkan kepala setelah memakan pulut durian.. Entah apa yang tidak kena sehingga terpaksa mengambil MC..
Owh sangat sakit kepala dan perut juga... Rasa macam nak tanggalkan saja perut daripada badan..Minta tolong kekasih hati bawakan ke klinik berdekatan untuk mengetahui apa punca sehingga saya jadi begini... Masuk-masuk kereta, kekasih hati cakap "lepas check doctor nanti temankan pegi cari hair saloon k".. Dengan harapan yang setinggi gunung agar dia membuat style rambut yang pendek seperti yang saya idam-idamkan....
Ok, berbalik kepada cerita saya dan kesakitan dan doktor tadi... setelah membuat pendaftaran, saya duduk sambil mulut sok sek sok sek dengan kekasih hati sampai dia jadi pening..yang sakit perut, mulut ok lagi..hahaha...=)...bercakap dan bercakap dan bercakap sampai tak sedar nurse dah panggil masuk bilik doktor... Melangkah masuk ke bilik doktor dengan muka yang paling kasihan (sakit la katakan)..

Doktor: Sakit apa?
Saya: Saya makan durian campur pulut petang semalam...
Doktor: ???? (blur-blur dan ulang semula soalan seperti dialog pertama)
Saya: Perut saya rasa macam tak ok.. tekak rasa mual... (jawab mengikut kehendak soalan..)
Doktor: Ada demam?
Saya: Ermmmm macam takde..
Doktor: (sambil menulis)...ok tunggu luar dan ambil ubat..nak MC..
Saya: Of course...

Keluar dengan muka kasihan lagi...
Kekasih hati pun bertanya, "doktor cakap ape?" saya balas semula "nasib baik cepat bawa pergi klinik.. kalau tak...anda akan menyesal..." kekasih hati cuma jelir lidah and said "wekkkkk"...
hahahhaa...He knows that i'm just kidding and always doing something yang macam nak menipu tapi tak jadi...haha... So lepas ambil ubat, plan nak pergi Celcom Centre dan bayar bil dan nak buat itemize untuk bil kami, tapi sudah kelewatan dan masa tidak mengizikan.. Lain kali saja.. =(

Jadi, misi mencari hair saloon pula.. Bukan saya yang mahu buat rambut...
Kali ini saya bagi chance.. Sebab lepas ni saya akan pastikan bahawa tidak ada 1 peluang lagi untuk bergaya dengan pelbagai style rambut (saya bukan Queen Control) hahhaa... Cuma mahu kekemasan...
Cari dan cari dan cari..akhirnya berjumpa dengan kedai yang menawarkan service yang agak bagus berbanding kedai lain dengan harga yang berpatutan.. Sementara menunggu hasilnya, saya duduk sambil online... Tiada benda lain boleh dibuat selain daripada itu...

Hampir 4 jam menunggu......





Ok... Lepas ini ikut style saya pula ok...

Hasil?????

Saya sorang saja yang tengok...hahahha.... *wink

Selepas sejam keluar dari saloon,  kami pergi makan... Dan untuk sekalian kalinya, saya diserang rasa yang kurang senang di bahagian tekak dan perut... Dengan kadar segera, kekasih hati makan dan habiskan makanan saya sebab takut membazir katanya dan saya pergi ke klinik yang kedua.. Sehari pergi dua klinik..Sangat over... Tidak sampai 5 minit dalam bilik doktor, dan doktor cuma tekan-tekan sikit pada perut.. Dia cakap, ok boleh keluar... Aik?? Sekejapnye.. Dan ubat di kllinik kedua agak mujarab berbanding klinik yang pertama.. yeayyeay...

Wednesday, February 16

Saya budak baru belajar


hahahaha... (owh lihatlah dunia...owh jakunnya..)
semalam saya pergi ke Giant supermarket..dalam bulan ini, malam tadi first time pergi..so, nak dijadikan cerita, malam tadi juga, saya singgah la Guardian dekat dalam Giant tu.. alahai memang tak boleh la kalau tak pergi area kosmetik..hot area.. sebenarnya dah lama usha 1 eyeliner ni.. Double Intense Gel Eyeliner  keluaran terbaru Silky Girl.. sangat nice.. eyeliner ni gel krim. Brush dengan gel tu diletakkan berasingan. Don’t worry, takkan hilang punya berus tu melainkan kalau dimakan..erkk ade ke orang makan berus eyeliner?? Kalau beginner macam saya ni ok la nak pakai. Ia sangat mudah dibawa ke mana-mana, mudah diguna dan mesra pengguna. Harap-harap dapat beli eyeliner ni dengan secepat mungkin.. yeayy boleh main makeup makeup la pahni...hihihii..
Benda alah ini lah yang dikemarukkan sangat tu...
 waaaaa dramatikkknyaaa....

Thursday, February 10

Misi mencari kedai repair henpon

Semalam kan i dapat angpow..ade dua u..(alahai kecohnye laa..org lain pun dapat gak..tp x bising2 pun)..bialaaaa...sukati i laa...memang saje je nk menunjuk sikit dan nk bg org jeles..ade i kesah...hahahaha... angpow tu my big boss bagi...baiknye la bos...patutla tapak tangan kanan asik gatal2 je sehari dua nih...hihi...dlm ati, jimat duit makan i minggu ni..leh simpan 5 ari nih.. tp apakan daya, angan2 tu terhenti apabila nampak batang idung henpon... muke ko lagi kan..tak sudah2 ngadap sejak 2 minggu nih...tenung lame2...kesian laa plak tengoknye.. dengan rase tak ikhlasnye, i pun ajak kekasih hati g teman i cari kedai yg ade service tuk repair henpon kesayangan i.. ade 3 situasi jadi kat i sebelum i dapat jumpe kedai terbagus wat mase ni yg bleh repair henpon i nih...
Situasi 1
i: “ini henpon apa masalah? Why camera i cannot function as well haa?” (ayat gangster)
pekedai:  “ooo ini macam ka? U kena tinggal henpon u sini nnt i tengok dulu..”
i: “bape lame boley siap?”
pekedai: “i tak pasti woo..i kena check sumua dulu baru i boleh bikin..”
i: “u rase ini masalah apa haaa?” (garang gile)
pekedai: diam sebentar sbb nk cari ayat tuk cover ketidaktahuan punca kerusakan henpon..” ooo u tinggal sini dulu, nnt i bikin ini henpon la..i tengok sumua, apa rosak nnt i kasi tau u..”
i: “ooo macam tu pulak...”
pekedai: “iya lorhh”
i: “bape cost u baiki henpon i”
pekedai: diam sebentar sbb ngah fikir nk hentam harga kat customer..”kalau ini macam arr, i rase ic camera u rusak..repaired dlm rm90 lorhhh”
i: uiiisshhh mahalnye (tp dlm hati je).. “ermmm camnila...jap ag i dtg balik ye...tq”
pekedai: blurrrrrr

Situasi 2
i: “hello, i nak tnye, klu ini masalah kenape ea? (sambil tunjuk masalah henpon)
tukang service: “oooo ini macam ka...u tinggal sini henpon, nnt i check”
i: sbb ayat same cam kedai sblum ni..jd i tau dh la ayat ape die nk cakap pahni.. “bape cost u nak baiki”
tukang service: “i x pasti oo ini henpon apa masalah..tp kalau ic rusak dlm rm 85 macam tu..”
i: “bape ari siap”
tukang service: sambil ketawe kecil (kurang asam betol) “i pun x pasti..sudah siap, i kol u datang angkat balik u punya henpon”
i: tinggal ag....taknakla...”jap ea i jalan2 dulu nnt i dtg balik” (xde maknenye nk dtg balik)
tukang service: “ok”

iklan sekejap....

kekasih hati: “sumer kedai mmg kene tinggal henpon kalau nk baiki.. biar je lah diorg settlekan.. nnt dah siap diorang call la..”
i: “sabarrrr....carik dulu kedai yg tau ape masalah pahtu tau nk baiki ape..kos berape dan bg jaminan bpe lame mase bleh siap..ini tnye pun terkial2 nk cakap rosak ape, pahtu xtau bpe lame bleh siap, pahtu jap ag cas harge mak aihh beratus2...isshhh xnakla..bukan kite tau pun die baiki ape..jap ag die wat ala kadar je..pahtu tp kne bayar mahal...tak mao tak mao...”
kekasih hati: diam sebentar dan meneruskan misi mencari kedai..
i: hahhahaha...kene bebel!! (dalam hati je)

ok sambung balik.....

Situasi 3
ahmoi chantek: “ya cari apa?”
i: blurrr blurr...errrrmmm bagusnye kedai ni...pekerja sangat mesra pengguna... “ermmmm i nk tnye, klu camera cannot function n jadi macmni kenape ye?”
ahmoi chantek: “oooo ini macam ka...” (sambil panggil rakan sekerja dan tunjukkan masalah henpon i kat rakan sekerja dia)
ahpex macho: belek2 henpon dan bertnye..”u ada baiki apa2 sebelum ni?”
i: macam tau2 je i ade baiki henpon last week..dgn rase belagaknye sambil berkata “ a’ah ade, i ganti reben baru last week, tp lepas 3 ari camera i x function” (sambil buat muke kesian dan kekasih hati gelak bersame2 ahpex macho)
ahpex macho: “u ada dapat warranty utk reben tu?”
i: “xde” (wat muke kesian ag..makin kuat kekasih hati gelakkan)
ahpex macho: “ini macam haa, i rase u punya reben kacau connector camera u..i kena tuka itu reben baru then include warranty 1 bulan..u mau?”
i: “mau2..bape lame bleh siap? Bape harge?”
ahpex macho: “rm 65..sekejap lagi boley siap..u duduk dulu..i repair u punya henpon ..”
i: “ok2..tp i xnak duduk..i nak jalan2”
ahpex macho: gelak sekuat hati.. “ikut u laaa..lepas u jalan2, u datang ambil balik u punya henpon”
i: “ok”

haaaaaa.....x sia2 pergi cari kedai yg ade jaminan camni..hati rase nak jerit cakap yeayyyyy pahni bleh amik gamba manyak2...bleh tiga G ngan kengkawan...

tetibe.......
kekasih hati: “rase macam nk beli henpon baru laa”
i: “takyah nak ngengade”
kekasih hati: ...........................

lepas 45 minit datang balik kat kedai tu...

ahpex macho: “cuba test dulu..i suda tuka reben baru tp u kena tambah wang sikit la..”
i: belek2 sumer skali...video call, camera, video.....ermmmmm ok2...”tambah wang sikit tu berape?”
ahpex macho: “jd rm75”
i: sambil mengeluh sedikit...”hmmm boleh la...” (pandai sungguh apex macho ni meniage..ntah2 reben tu harge 10 hengget je amik..pahtu cas mahal plak kat customer..patutla kaye cepat..hahaha)
ahpex macho: “ok..i pasang balik”
i: lari dah badget bulan nih...
5 minit lepas tu..
ahpex macho: “ok...semua sudah siap..u check balik tengok..i ambil bil..”
i: testing amik2 gamba...yeayyy...dah ok....
ahpex macho: “sudah ok semua?”
i: “sudah..nah duit ni..eh eh...u ade gam nk tampal i punye casing ni x? Tercabutla...”
ahpex macho: geleng kepale sambil gelak lagi...”ada2..tunggu sekejap haa...” (sambil ambil henpon aku dan tampalkan casing)
i: “sudah ok semua....ok..bye” (sambil tersenyum kelat)

kerana ape tersenyum kelat??? Sbb duit i melayang sampai 75 hengget tau x...patutlah tapak tangan kiri pun gatal jugak sehari dua ni...nasib baik ade angpow...jimat sikit duit....haiiisshhhh henpon2...wat perangai ag...buang kat longkang je terus... tak fikir panjang ag dh...hahahhaa.... untuk ahpex macho plak..untungnye la ko...duduk sekejap je..x sempat kuar peluh pun dh dapat 75 hengget ea...beruntungnye lah hai...
balik sambil tersenyum-senyum dan tidur pun tersenyum jugak sambil peluk henpon kuat2...

Wednesday, February 9

tolong jangan carik pasal ye henpon...dan dalam hati ade munge2...ngeeee~~

Sangat tensen okeh...baru je seminggu repaired henpon, dah datang plak die ngan masalah lain...pantang tengok aku senang sikit la..itu tak kene, ini rusak..naik jemu ngadap masalah dengan henpon je..tapi kan..tapi kan..jangan sedih-sedih ye henpon..aku tetap sayang kat ko..takde niat pun nak carik pengganti atau menduakan ko..jangan risau k.. senyum sepanjang mase....ngeeeeeeee =)

sabar sabar sabar...

Ermmmm alhamdulillah...sejak 2 menjak ni ade semacam yang lain sikit la...aku ade cakap pape ke? kenape ade rase macam perubahan..ahhhh perasan je la aku nih...tapi siyes rase macam munge2...ade ke? isssshhhhhh tak tak... rase semakin tenang dan damai sikit..ade rase semakin yakin dan tahap kepercayaan yang tumpul tu akan ditajamkan dengan segera..bia jadi macam pedang Assasins...

Hari ini tetibe pulak wat estimation pasal belanja..masyaAllah...dalam seminggu, boleh aku berabis sampai beratus-ratus...apakajadahnya sumer ni....


SILA JANGAN BOROS LAGI!!!!!
(kasi bold sikit..)

ADA FAHAM???
(pun bold jugak, cume tulisan kecik sikit)

faham cikgu............................
ok bagus...

hasil kerje tangan yang tak seberape nak cantik..tapi cantik juge...wekkksss masuk bakul angkat sendiri...sudahla...

Sunday, February 6

Tak ade nak kate ape

malam yang sepi pi pi...
pak mat jual kopi pi pi...

kenape tetibe nak nyanyi lagu pak mat jual kopi ni?
tak faham la...kenape dengan tetibe?????
cuti dah nak abis...sob sob sob...
boleh tak nak ulang semula hari rabu minggu lepas..
boleh balik kampung...yeay...pahtu jumpe kawan-kawan lame..yeay yeay..
dan esok adalah hari ahad sampai lusa dan seterusnya...
kan best kalau dapat hari yang macamtu...heavennya...
aaahhhhh banyak cantik muke kau!! bagi sekali baru tau...!
kerje kerje kerje..
aku kene kerje skarang nih...kene struggle habis-habisan..
pahtu around bulan 5..struggle lagi...time tu desperate plak
nak dapat kerje..nak sara idup sendiri..PiTih PiTih Ni nak kene bayar balik...
karang kalau tak bayar..payah la pulak aku nak pegi honeymoon nanti..hahahaha...
amboiiii...kemain lagi...hikhikhik...berangan itu free kan?

ape yang aku buat sepanjang cuti keje kali ni?
balik kampung...of kos lah..pahtu pegi umah kawan kawin...
pegi awal sikit sebab tak dapat attend on her big day..
pahtu window window shopping...
agak rambang mate tengok SALE sane sini...
ini kalau aku layankan ni alamatnye ade yang makan baju
la aku sampai ujung bulan ni..isshhhh bertabah dan bertahanlah...
simpan duit untuk mase depan..uhuk uhuk uhuk...
boleh tahan ke????tetttttttttt....hahahahahaa....chaiyok chaiyok...
jalan tak seberape lame..tapi pinggang sakit mengalahkan orang
yang datang dari pukul 1 petang...


ade orang vateran sudah sakit pinggang *ehh ade kekembungan disitu....

senyum sepanjang masa....=)

Tuesday, May 25

tolong cepat habis semester ini

tolong cepat habis semester ini...
saya tidak sabar untuk berada di semester hadapan..
rasanya semester lalu lebih indah berbanding kali ini..
mungkin kerana semester hadapan saya sudah ada plan yang menarik.. ;)
jadi cepat-cepatlah berlalu semester ini ya...

Friday, January 1

Happy New Year!!!


H a P P y N E W Y e a r!!

Wishing you a fabulous 2010..
With full of great achievements and experiences..
A meaningful chapter waiting to be written...
Happy New Year!!

Thursday, December 24

l a p a r

perut saye dah berdancing dah nih..
mane makanan nihhhhhh......


kad matrix boley dimkn ke?
confuse2...tanaklah sampai nk kene mkn kad matrix..


Nota kaki: Hujan renyai2...tido besh nih...

Monday, December 21

kebiziannye aku....

Minggu ni rasenye macam agak banyak keje sedang yang menanti...
Agak2 aku ni rajin ke tak ntah nak buat sumer tu..hihihi...
Ade tak sesape yang rajin ringankan beban aku..*wink~~

Keje2 yang aku kene buat:
  • Siapkan group projek tuk USP
  • Pack sumer baju2+buku2+bag2 yg aku dah sepah2kan..
  • Kemas umah sementare ni sblm aku tinggal kuar..
  • Pack semule brg2 yg nak bawak ke asrama..
  • Kemas bilik yg dah lame aku tinggal...sure berabuk...
  • Kemaskini brg2 yg aku dah tanak pakai..buang je lah...
Rasenye wat mase ni tu je la kot..banyak tak...banyak kan bg
org2 yang agak rajin macam haku...hahahahaa....

Nota kaki: Tolong saye...tunjukkan saye jalan....

Wednesday, November 25

Harapan Setinggi Gunung...

Akhirnye siap dah pencarian untuk 3 buah journal yang lecturer aku nak..harap sangat journal ni diterima..so,berkurang dah 1 serabut yang berakar dalam kepale utak aku...bleh lena kot tido aku malam ni..hihi..Di+ plak ngan adenye Cik Ted yang lebih kurang setaun aku tak peluk...syian die terbiar dalam kutak tu..kali ni aku nak peluk die kuat-kuat n aku nak die slalu ade kat sisi aku skang ni..ukey nak tido la..tata n Gud nitE=)


mY prEcious~Cik Ted


Nota kaki: Tak penah terpikir...

Friday, November 20

confuse of my heart...

Tadi aku g umah dua pupu aku..die menikah arini..kongrates Kak Ana..semoga kekal sampai akhir hayat.. esok plak aku gerak g Nogori 9..kawan baik aku kawin..syok ea denga orang kawin sane sini..takpe-takpe..ade jodoh tak kemane..insyaAllah..waiting my prince charming....banyaknye makan nasi minyak bulan ni..kembungla perot aku jawabnye..hahaha...Goshhh baju yang nak dipakai tuk wedding tu tak siap ag..tak tido la jawabnye aku malam nih..ngan barang tak pack..ngan kete tak cuci...huhuhu mau nangis je rase..please please please..esok nak berdepan plak ngan masalah hilang arah tuju...camne nih??

Sejak dua menjak ni kan, aku rase cam ade lain sikit ngan my heart..nape ek??emmm confuse la.."my heart....please tell me why i'm feeling like that..." dan sejak 2 3 ari ni gak la aku speechless..is that something yg akan jadi...emmm aku tak rase camtu...mainan emosi  je ni...dah dah dah jangan layan sangat!! Tunggu aku balik ahad ni k...=)


Nota kaki: For sure aku kangen sama 1 orang ni...for Qaseh,take care ya!!