Monday, May 31

hitung salah

jika dihitung kesalahan saya...
setiap hari ada saja salah yang dibuat...
mengapa ya...apa dan dimana silapnya..
sayakah yang terlalu ikut perasaan..
semakin hari rasanya semakin menambahkan beban..
saya mengalah juga...

satu masa nanti pasti masing-masing bawa haluan sendiri..
saya kesini dan Kamu kesana...
walaupun haluan yang berbeza..jiwa saya tetap sama...
tiada apa yang berbeza...cuma masa menentukan segala..

andai takdirnya berpisah juga..
saya reda akan ketentuanNya..
saya minta semoga kekuatan dan ketabahan bersama saya..
kerana saya pasti ada ganjaran untuk saya dari atas sana.....

Thursday, May 27

melepasi fasa yang ggrrrrrr!!

tadi bila melihat keputusan yang telah dikeluarkan fakulti mengenai projek saya...syukur Alhamdulillah.. dengan izinnya, saya lulus...saya tahu keputusan tersebut boleh menjadi lebih bagus jika saya memberi perhatian lebih berbanding membuat kerja lain..tidak mengapa, saya pasti ia satu pengajaran untuk saya..selepas ini jangan diulang lagi ya..

lega rasanya melepasi fasa yang paling mencabar..selepas ini hanya fokus pada pelajaran yang hanya tinggal 1 semester sahaja..selepas itu, saya akan mulakan fasa baru dan mungkin alam baru.. sambung belajar? ohh nanti dulu..belum difikirkan lagi...letih rasanya menjadi hamba buku..hihi..ada keinginan untuk sambung belajar tapi bukan dalam masa terdekat ini..tetapi saya hanya merancang..tidak tahu kedepan nanti apa yang akan berlaku.. tuptup hari ini habis belajar, keesokan hari sudah mula berkira-kira mahu memilih institusi pengajian untuk menyambung pengajian..hehe..saya perlu ingat bahawa saya masih mempunyai adik yang mengharapkan saya dapat membantu mereka kelak..ibu bapa sudah boleh menunggu masa untuk berehat ya..saya akan cuba ambil alih..Insyaallah.. =)

Wednesday, May 26

kebahagiaan dalam perpisahan

itu tajuk yang aku rasa sangat glamour sekarang..
mana-mana wall,page,profile kat facebook penuh dengan link-link klip video tajuk itu..
aku pun sama..tak nak ketinggalan dan mahu juga join sekali sebab aku sudah minat dengan jejaka itu..
boleh tahan juga ya..(tapi tak dapat challenge dengan D3@LOV@ saya)...
tak terkira banyaknya putaran lagu tersebut di winamp..tak mengapa, selagi masih mampu dengar, dengar lah selagi boleh..jika sudah jemu nanti, pasti akan ditinggalkan juga..

begitulah adatnya..setiap kali kita menyukai akan sesuatu, kita suka hingga tidak memandang yang lain dan begitu juga sebaliknya..

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah 2:216)

saya perlu tahu bahawa rancanganNya adalah yang terbaik...
saya perlu ingat bahawa segala yang berlaku adalah ketentuanNya....
saya perlu sabar untuk menunggu hikmah dariNya....
saya perlu tabah untuk menghadapi dugaanNya dan
saya perlu terima segala yang terjadi adalah suratanNya....
ini kerana Allah Maha Mengetahui.....

Tuesday, May 25

Hati Seorang Wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

tolong cepat habis semester ini

tolong cepat habis semester ini...
saya tidak sabar untuk berada di semester hadapan..
rasanya semester lalu lebih indah berbanding kali ini..
mungkin kerana semester hadapan saya sudah ada plan yang menarik.. ;)
jadi cepat-cepatlah berlalu semester ini ya...

Thursday, May 20

Terima Kasih Segalanya

Sabtu lepas dan lima hari yang berikutnya merupakan hari yang indah...kerana apa???
Kerana Kamu ada...jangka masa yang paling lama jka dibandingkan dengan yang sebelum ini..
Saya hargai segalanya...terima kasih sayang saya...
Kegembiraan ini tidak ada yang boleh menandingi...
Saya tahu semalam adalah kenangan dan esok adalah ketentuan...
Tetapi saya tetap dengan hati saya yang akan setia pada Kamu..
Kamu selalu cuba buat saya tersenyum gembira, Kamu selalu cuba buat hati saya berlagu indah...
Kamu selalu cuba buat saya rasa selamat bila bersama Kamu, Kamu selalu cuba buat saya terus tertawa...
Dan saya selalu harapkan Kamu sentiasa ada disisi saya...
Kerana saya sangat gembira bersama kamu...

Sayang saya, selama saya ada disisi Kamu, saya cuma minta satu sahaja....
Jangan ulangi kesedihan saya ya....



*Rindu saya pada Kamu bermula lagi...

Friday, May 14

menanti sabtu ini......

apa yang dinantikan sangat-sangat? hari sabtu adalah hari biasa seperti minggu-minggu yang lalu.. tetapi mungkin sabtu ini agak istimewa berbanding hari sabtu lepas dan lepas dan lepas lagi.. bermula sabtu ini sehingga empat hari berikutnya saya akan habiskan masa dengan berdating-dating, eating-eating, watching-watching the most thing to do is shopping-shopping...huuureyyyy...dalam setahun hanya tiga atau empat kali saja dapat meluangkan masa begini...saya akan hargai segala masa yang ada ketika bersamanya...yang pasti, saya tidak sabar kerana saya rindu Kamu..

Sunday, May 9

sehari lagi.....

---------PSM MODE---------

Sehari lagi untuk berhadapan dengan pembentangan projek akhir..
Cukup takut dan berdebar-debar...ujian yang satu ini amat penting...
Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar...
Semoga semua kawan-kawan kesayangan saya lulus dengan
cemerlang..amin.....

Nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk ibu tersayang..
Tiada apa yang dapat menandingi segala pengorbanan dan
kasih sayang yang telah diberikan pada anakmu...
i love u ibu....