Sunday, October 19

Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum..

Lame rase tak menaip. Macam biasela, alasan yang same, sibuk, tak sempat, takde mase, takde topik nak cerite. hurmmm.. Tapi memang betul pun. Itulah kenyataan. hihi.. Hidup kite ni, tak semua indah-indah. Tapi jangan putus asa. Sebab kite tak tau ape sebenarnye perancangan yang Allah nak bagi. Kite mungkin rase macam kenape aku, kenape tak orang lain? Sebab aku insan yang Allah pilih. Kerana Allah rindu aku sebut nama Dia selalu. Ye, itulah sebabnye. Yakinlah, mesti ade sesuatu nanti. Sebab die yang aturkan semua ni. Contohnye die tarik satu nikmat dari kita. Sedihnye tak terkate. Macam putus asa, takde harapan, tapi lepas beberape hari fikir, ohhh mungkin ade sebab Allah buat begini. Ye, pasti ade sebab. Cari hikmah disebalik musibah. Insyallah manisnye ade. Yakin dengan janji Allah. Semoga saye kuat! :)


Thursday, July 24

Salam Aidilfitri

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan yang mengenali. Syawal yang dirai adalah peluang untuk kita berkumpul sekeluarga beramai-ramai. Berkunjung ke rumah sanak saudara. Bermaaf-maafan dan tak dilupakan doa untuk saudara-saudara kita di Gaza, saudara-saudara kita yang pergi meninggalkan kita dalam tragedi MH17 dan tak lupa kepada tentera-tentera yang berusaha menjaga keamanan negara di perairan Sabah. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus kuat menempuah hari-hari yang mendatang.

Raya kali ni saya balik ke kampung suami. Perasaan sedih syahdu tu semua ada. Maklumlah, kita dah biasa bersama keluarga dipagi raya. Dah tahu perangai masing-masing pada pagi raya. Raya kali ni, mesti saya rindu sangat dengan mereka. Walau ape pun, mereka tetap dihati dan saya beraya juga dengan keluarga baru. So, nothing to be worried. Meleleh air mata pagi raya nanti memang pasti.. hihi..

Okaylah, sampai disini dulu. Ada masa, kita berjumpa lagi. Kepada yang memandu pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pesanan untuk saya juga. :)




Wasalam.

P/s: Mintak-mintak lepas ni saya rajin update blog dan jangan ambil lembu kami.

Belanja Gamba Kawin

Assalamualaikum.. :)

Harini saye baik hati nak belanje gamba kahwin from nikah until the reception from groom side. Not so reception. Macam kenduri doa selamat. Gamba bercampur dari OP dan juga camera kawan-kawan. Hihi..
Okay lah kan, layan je dulu.

Ni mase akad nikah. saye ade kat dalam bilik mase tu. Dalam hati ni dagdigdug didalam dadaaaa.... ewahhh..
Tok imam panggil pengantin perempuan keluar untuk sesi pembatalan air sembahyang. Wah sekali lafaz je ye.. syabbas bethi.. hihi
 Bergetar jantungku mase ni..
 Lepas majlis akad nikah, biaselah, sesi bergambar pulak
Kawan baik yang kusayang datang mase akad nikah. Sebab diorang tak dapat datang keesokkan harinye. love u la korang..
Ni adat kat johor. Ade tol. Nasib dah briefing awal-awal. Takdelah terkejut sangat.. hihi.. btw, berpeluh jugaklah nak melayan juru tol. hahaha.
 Ni kawan mase dekat U. name die Ellliza. Panggil El je.. thanks for coming El. :)
 Ini pun kawan baik jugak. Yang baju kelabu, cik pengapit. Yang baju merah, bride to be.. :)
 ini kawan my hubsy. Memang kawan baik. Diorang dari KL. Thanks for coming Lang and Tohir. Both kids super cuteeeee.. :)
Ini El tadi dengan insang tersayang dan Kak Ina, bride to be :)
 Ini sesi outdoor. Planning awal, taknak buat outdoor. But kitorang sanding awal, pukul 12.30 tengah hari mase tu, so, semua macam dah siap awal, dan ade mase untuk outdoor, sooooo, on je lah.. hihi
 Outdoor jugaksss
 Outdoor jugaksss...
 Ni pun outdoor jugakssss... 
I love this picture the most... wiwiwiwiw
 With my family mase bertandang dekat Kelantan.
 Before makan, snap-snap pict dulu... hihihi
 Sebelum makan jugak.. 
Ni sebelum my family balik johor.. sob sob sob kene tinggal.... :'(

Till then.. OP belum bagi gamba untuk side saye lagi. Once dah received, saye belanje lagi gambar-gambar kawin ye..

Jangan muntah tau! Hahahahaha..


Wednesday, July 2

Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua.. harap-harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam :) semoga di bulan yang mulia ini, segala amalan baik yang kita lakukan akan diterima Allah.. Insyaallah.


Wednesday, March 5

Dah mula kira hari :)

Salam semua...

Apa khabar? Sihat ke tu? Saye harap semua sihat2 saje hendaknye.
Makin hari, makin dekat dengan majlis saye. Belum nak berdebar sangat sebab masih sibuk dengan hal2 kerje. Selagi belum start cuti, selagi tu kerje masih menimbun. Tak luak2 pun. Hai, saye semakin letih dan ade jugak mengabaikan diri sendiri. Makan tak menentu dan selalu tak cukup tidur. Harap2 seminggu sebelum majlis, sempat nak make sure, badan, mental dan fizikal semua tip top. Insyaallah.

Doa dari kalian sangat diharap2kan..

Bagi yang sudi datang singgah di blog saye ni, dengan rase rendah diri, saye menjemput untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Siape yang nak kad, boleh PM alamat kepade saye di sugarmeetcoffee@gmail.com. Nanti saye pos kad :)


Semoga urusan perkahwinan saye berjalan dengan lancar. Insyaallah, ameen... :)


Monday, February 10

Proses Menghantar Permohonan Tergendala

Salam dan selamat pagi isnin...

No no no Monday blues ye... Sabar dan senyumlah walau kerja anda banyak dan bertimbun-timbun pada hari isnin yang indah ini. Motivasi untuk diri sendiri jugak.

Hari ni saye plan nak continue on submission untuk proses permohonan nikah. Akan tetapi, sesuatu yang menguji kesabaran untuk kesekian kalinya. Semua browser yang saye ade dalam laptop ni unable to display the site. Apo kono ko jang?? Haishhh sabar je lah.




Sabar dan sila cuba lain kali. tata

Thursday, February 6

Masih wujud

Salam semua ^___^

Ape khabar? Sihat ke? Saye sihat dan terlebih-lebih sihat.. Blog ini dan saye masih lagi wujud. Mungkin kalau saye ade mase yang sangat-sangat terluang, saye buat penambah baikkan supaya nampak menarik sikit la kan blog saye yang tak seberape ni. hihi.

Kekerapan saye untuk update blog masih di tahap yang paling rendah. Mungkin kerana kesibukan yang tak terkata. Dalam kepala banyak sangat perkara yang saye nak review/cerite. Tapi selalu je terbengkalai. Sudahnye, cerite sudah lapuk dan terbiar macamtu je. Takpelah, hope one fine day, saye ade banyak sangat mase untuk update blog. Hari-hari saye update, hehehe.


**teaser for my big day :)

Wednesday, January 15

Saya pun minat pada yang kanan dan yang kiri

Hi dan salammmmm... :)

Sejak saya tengok movie Balistik, baru saya perasan yang minat saya pada Rosyam Nor semakin bertambah.. huahuahua... Tapi tak boleh menandingi minat saya pada Rosyam Nor Dua iaitu kekasih hati... Tolong semua yang baca, jangan loya.. hahaha..



Pada mulanya expectation saye, filem ni macam KL Gangster.. Tapi sangkaan saye sedikit meleset.. Ade pulak part yang buat saye touching.  Mungkin sebab ade pelakon wanita dan kanak-kanak dalam filem tu. Overall, saye bagi 4 bintang untuk filem. Okaylah untuk ditonton bersama keluarga chewahhhh..

Sinopsis filem:

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.



Enjoy the movieeeeeeee.... :)