Wednesday, January 15

Saya pun minat pada yang kanan dan yang kiri

Hi dan salammmmm... :)

Sejak saya tengok movie Balistik, baru saya perasan yang minat saya pada Rosyam Nor semakin bertambah.. huahuahua... Tapi tak boleh menandingi minat saya pada Rosyam Nor Dua iaitu kekasih hati... Tolong semua yang baca, jangan loya.. hahaha..



Pada mulanya expectation saye, filem ni macam KL Gangster.. Tapi sangkaan saye sedikit meleset.. Ade pulak part yang buat saye touching.  Mungkin sebab ade pelakon wanita dan kanak-kanak dalam filem tu. Overall, saye bagi 4 bintang untuk filem. Okaylah untuk ditonton bersama keluarga chewahhhh..

Sinopsis filem:

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.



Enjoy the movieeeeeeee.... :)

No comments:

Post a Comment