Showing posts with label keseronokan. Show all posts
Showing posts with label keseronokan. Show all posts

Sunday, May 27

Mai Jalan Penang

As Salam semua..

Just nak share story saya ronda-ronda Penang last week (pun bercerita cerita lama). Boleh kan? Boleh kan? :)

Last week, my best friend datang dari KL. Release tension after final exam.. Saya pun tumpang seronok juga sebab sepanjang setahun duduk di Penang, belum ada peluang untuk merasa nikmat seperti pelancong luar, meskipun hakikatnya saya bukan berasal dari Penang. :)

Dengan kehadiran mereka, barulah saya boleh bercerita serba sedikit tempat menarik di Penang sebab saya dah pun melawat tempat tersebut.. **Walaupun tahu, masih banyak lagi tempat yang saya belum pergi/explore. Orang kata, sikit-sikit boleh la :)

Let pictures talk :)
















Kesemua gambar-gambar diatas semasa meronda 2 hari di Penang. Ada sesetengah tempat, kami singgah tapi tak snap picture :)





Owh budak berbaju merah itu telah menampakkan gambar ini sedikit tidak lawa ^_^

Jan Jan Jalan ....

Assalamualaikum semua..

Sudah berhabuk lagi bersawang-sawangan pula blog ini.. semakin hari semakin malas dan malas itu berlarutan sehingga ke hari ini. Baru hari ini saya punya kesempatan untuk mengupdate blog.. owhh *sigh

Ini merupakan cerita lama.. ya sangat lama.. hari kejadian adalah pada awal bulan Mei dan hari diceritakan adalah hari ini..Tapi tak mengapa, boleh bercerita juga.... Ceritanya begini, saya pergi ke Cameron Highland dengan beberapa orang rakan.. Sebelum tu, kami pergi ke majlis kenduri kahwin kekasih hati punya kawan.. Alhamdulillah, sudah sampai serunya.. saya pun tumpang gembira.. :)

Pulang dari majlis kahwin, dengan tanpa tukar baju (berbaju kurung) terus menuju ke Cameron. Saya teruja sebab ini first time saya menjejakkan kaki ke sana. Wahhhh orang jakun la katekan...

Kami ambil keputusan untuk stay semalaman di sana.. Tak larat nak drive ke Penang semula.. Dan dalam hati, boleh la plan nak berself plucking for fresh strawberry.. wowweee... Malam tu pula, sebelum tidur, layan dulu foot massage.. owh memang sampai lena bermimpi..

Keesokkan pagi, bangun tidur dan bersiap-siap untuk beraktiviti sebagai seorang pelancong.. wahhh.. seronok-seronok ye.. Selepas melawat beberapa buah tempat, kami ingin pergi ke ladang teh.. Sangat sinonim juga dengan Cameron Highland.. Setelah park kereta dan saya pun teruja dengan keindahan ladang teh yang sangat besar, takdir tuhan tak siapa boleh duga.. Kekasih hati pergi test power kaki yang dah di massage malam kemarin dengan melintas divider.. Melintas, okay.. Tetapi bila nak patah balik semula, kaki kanan telah tersangkut besi.. Saya cuma ingat hanya luka kecil tapi selepas beberapa saat, darah keluar sangat banyak. Saya alahan darah. Meskipun dah cuba cuci dengan air, darah tetap mengalir.. Kesian juga melihat muka yang pucat itu.. kami decide untuk bawa ke klinik sebab takut luka tersebut dalam. Kebetulan, hari tersebut hari ahad dan majority klinik tutup. Pilihan yang ada hanya hospital. Dengan ketakutan yang amat, kami pun menuju ke hospital.

Perkara yang paling ditakutinya terjadi juga.. Doktor terpaksa menjahit luka kerana luka samgat dalam. 12 jahitan. Oh tidak.. Sayalah juga yang akan menjadi pemandu sepanjang perjalanan pulang ke Penang :( Saya kurang suka memandu. Lucu juga bila teringat semula.. Mungkin belum ada rezeki untuk meneroka keindahan bumi Cameron Highland. Insyaallah suatu hari nanti..

oleh kerana, kami pergi secara konvoi, bila mereka berhenti singgah di kedai-kedai, saya pun akan berhenti juga.. Ambil feel pun okay kan.. Dapat juga saya memetik strawberry.. Walaupun sekejap, pun boleh juga :)




Ada rezeki, saya datang lagi ya Cameron Highland :) tata

Saturday, November 12

Random

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya dah lama ya saya tak berblogging. apakan daya. kerja yg banyak dan kekangan masa yang agak membataskan saya untuk berblog. banyak perkara yang berlaku dan banyak cerita untuk dikongsi. saya akan kongsi setiap cerita yang saya lalui dengan ringkas ya :)

1) Saya sudah mula bekerja. dan bermula saat itu, waktu kerja saya kadangkala melebihi waktu untuk saya bersantai. even nak bermukabuku juga kadangkala tak berkesempatan. kalau curi2 sekejap2 tu bolehla.. hihi
sepanjang saya bekerja, banyak kenangan yg tak akan saya lupa. banyak sangat. I miss you all guys :)

It's bowling time...
Before the game started, haruslah bergambar sakan. hihi

 Super girls.. boleh tak??

I miss this girl.. Yuva :)

Semua yang ada didalam gambar adalah merupakan rakan sekerja yang sangat sporting. saya pasti rindu pada kamu semua apabila saya sudah tidak bersama kamu semua lagi.
ya saya sudah menangis sekarang :'(
Walau bagaimanapun, jika ada waktu terluang, saya sangat ingin berjumpa kamu semua.

2) Waktu terbaik untuk berjumpa kawan lama ketika zaman persekolahan adalah bila adanya majlis kahwin. betul tak? sebab waktu ini hampir semua kawan sekolah akan dijemput dan suku dari itu akan hadir untuk meraikan pengantin. dan saya tidak terkecuali. alang2 saya berada dikampung, saya sangat rindu untuk bertemu kawan sekolah lama. mesti dah banyak perbezaan pada mereka. wajah setiap seorang sudah berubah tetapi kawan sejati akan tetap mengenali sahabatnya.. hihi.. yang dulu tiada teman lelaki, sudah datang ke majlis bersama teman lelaki/tunang, yang sudah berkahwin akan datang membawa si kecil. dan semua itu sangat indah untuk dikongsi bersama. wahh meriah sungguh waktu ini.. dan masa ini jugalah akan digunakan untuk bergossip. I mean bertanya khabar dan bertukar2 cerita. :)

Pasangan pengantin yang dirai. both are my schoolmate.


Before bye2.. :) nanti jumpa lagi ya.



3) Saya sudah habis belajar. ya saya sudah bergraduate. syukur ke hadrat Ilahi. terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana menghantar saya ke tempat belajar yang hasilnya membolehkan saya berbakti kepada semua. 

My classmate.. :) Congratulation guys!



































TerOver-limit border :)


Cukup sekadar itu cerita yang tak seberapa kali ini. dalam kepala ada 1 entry untuk diupdate segera. mungkin esok hari. Insyaallah..
Selamat malam semua.. 

xoxo,
Sue

Tuesday, July 12

2 days 1 night...

Dua hari yang lalu, saya mengikut kekasih hati pergi dinner untuk majlis bertandang sempena perkahwinan kawan baik beliau.. saya sangat excited... almaklumlah, dah lama tak kesana.. perjalanan mengambil masa selama hampir 6 jam untuk sampai.. sepatutnya 5 jam sahaja, ini akibat saya yang banyak songeh, asyik nak berhenti-berhenti pergi toilet sahaja sehingga menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati dihati kekasih hati kerana akan tiba agak lambat.. pasti dia menyesal kerana membawa saya..hahahahha...

Setelah sampai, saya decide untuk menginap di tempat yang berbumbung ala-ala Vistana Hotel.. hihi.. setelah selesai check in, saya dan kekasih hati keluar minum air kelapa kerana sepanjang jalan asyik cakap, alangkah indah dapat menikmati air kelapa petang-petang begini...owh sangat touching...hohoho..dan sementara menunggu masa untuk bersiap pergi ke dinner tersebut kami pun berehat lah bersama air kelapa muda..alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. alang-alang pulang ke kampung, haruslah bertemu kawan-kawan... saya pun follow je... tak apa, tunggu la esok,akan saya heret dia berjumpa kawan saya pula...hohoho...

Ok, tibalah masanya untuk bersiap-siap.. saya pakai biasa-biasa saja.. langsung tidak menepati tema.. owh tidak mengapa, asalkan berbaju comel.. hihihi masuk bakul angkat sendiri.. setelah siap, kami pun berangkat ke tempat yang ditetapkan bersama kawan kekasih hati bersama wife yang tumpang sekali.. kan muhibbah tu..hihi.. sesampainya kami dipintu utama, kelihatan pengantin baru nak berarak masuk.. wahh secocok pasangan ini..dan baju itu...owhhh baju yang saya idam-idamkan untuk hari persandingan saya nanti.. nah amik kaki kat muka!! cantik sungguh songket purple... make up pun cantik..dan semua cantik.. keadaan didalam restoran sudah penuh dan kami perlu kuruskan badan yang tak berapa nak besar untuk lalu di celah-celah kerusi tetamu lain.. baru duduk tak sampai 5 minit, pak ustaz sudah berucap untuk baca doa makan.. rezeki jangan ditolak.. lauk pauk yang sedap dan menyelerakan menunggu masa untuk dijamah.. tak mahu buang masa dan terus makan.. sedang makan, tiba-tiba kekasih hati bisikkan something "photographer tu yang PhotoAura tu kan..." saya terus terbehenti makan untuk memastikan bahawa photographer yang diperkatakan itu betul..dan memang betulllll... OMG, kalau tahu ada ptographer ini, haruslah pergi ke Kamdar petang tadi dan beli 1 baju paling gojes!! waaaa...inilah photographer impian untuk saya hire pada hari saya pula nanti.. cuma pasti kena simpan $$$$ lebih sikit ya..

Selesai makan, acara bergambar pula.. waaa harap-haraplah muka saya yang sememeh ni dapat masuk dalam page itu.. rasa la juga aura dia..hihihi.. selesai semua, biasalah kan, malam masih muda, tak kan nak lepak atas katil saja....haruslah cari port untuk sesi bertanya khabar..kan dah lama tak berjumpa... hoho.. selepas penghulu buat keputusan, kami pergi minum dekat 1 restoran ala-ala mamak tapi bukan mamak.. restoran Cik Siti..amboi manisnya nama... patutlah ramai pengunjung..  ada 1 peristiwa lucu terjadi.. saya dan kekasih hati pesan air jus.. pada mulanya, kami nak gelas besar dan ingatkan besar tu taklah sebesar mana.. tapi saya fikir takut kekenyangan sebab saya pesan air tembikai campur susu..so fresh... then bila order sampai, alangkah terkejutnya kami bila air gelas besar untuk kekasih hati memang sangat besar.. dah serupa jag saya tengok.. hampir semua orang ketawa, ini bukan air untuk lepak sejam dua.. boleh melarat sampai 3 hingga 4 jam ni.. haisshhh... sembang punya sembang punya sembang, tiba-tiba someone announce yang pengantin nak datang join lepak sekali..wahh sangat sporting walaupun sanggul masih terletak dikepala.. semua orang perhati bila pengantin sampai.. pengantin sangat peramah.. siap sharing what do's and don'ts untuk berkahwin.. wahhh teruja dan teruja.. rasa nak kahwin esok!! pengantin siap show off cincin yang dia custom made untuk wedding dia.. its so interesting.. mana tahu saya pun boleh buat begitu..hihii..Insyaallah jika ada rezeki.. setelah lama bersembang,kawan kekasih hati dan wife ajak balik rumah sebab teringat pada his son yang ditinggal dirumah.. kami balik dan tidur.. rehat harus cukup.. esok nak berjalan jauh lagi..

Keesokkan hari, pagi-pagi saya dah bangun.. perut bunyi kruk krak kruk krakkk.. alaaaa lapar lah pulak perut ni.. kekasih hati hati masih diulit mimpi.. saya bergolek-golek atas katil dengan harapan perut akan berhenti berbunyi dan rasa kenyang setelah makan angin sedikit. tetapi tidak berkurangan juga.. dan tidak semena-mena, handphone saya berbunyi.. kekasih hati call..macam tahu saya sedang lapar.. kami keluar sebentar dan makan nasi Kak Wook.. nasi yang popular sekitar kota baru.. kalau saya datang sana, saya harus pergi ke kedai ini untuk makan nasi Kak Wook.. selesai makan, kami pulang untuk bersiap-siap pulang... sekejapnya datang tiba dah nak balik dah.. =(

Sebelum pulang, jumpa kawan saya dahulu.. wajib ya jumpa sebab dah lama tak jumpa walaupun sebentar.. Anis baru habis interview.. jadi alang-alang dia masih belum pulang ke rumah, apa salahnya saya jumpa dia sekejap sebelum balik ni..


Selepas berjumpa dengan Anis, saya pun gerak terus balik ke Penang semula... owh sendi-sendi semua sakit tapi saya belum tua.. kekasih hati minta saya drive.. saya agak yakin tak yakin sebab jalan yang kami lalui memang sangat mencabar mental dan fizikal... sampai di Tasik Banding, saya berhenti.. konon nak berehat sebentar tetapi sebenarnya mahu bergambar.. bagus kan taktik begini.. gunalah, pasti mujarab.. hohoho..






Merenung masa depan kaum kerabatnya yang
masih bertapa di dalam hutan bersama sumpit....

Indahnya ciptaan Tuhan....



Jauh perjalanan luas pemandangan walaupun saya krohhh krohh krohhh dalam kereta...hahahahah... =)


Thursday, June 30

Fun Day @Wednesday

Huyeahhhhh... tetibe pulak kan saya pergi bergumbira pada hari semua orang pergi bekerja.. boleh-boleh.. janji seronok.. boleh main air sampai masuk dalam perut akibat terminum air dengan tak sengaja.. uwekkss!! tak sedap!!! tapi yang pasti, ia dapat mereleasekan diri.. adakah saya berpenat lelah bekerja... owhhh tidak.... mewakili kekasih hati... tetttttt..... hoho... tidak mengapa asalkan semuanya percuma...wakakakaakaa... owh beruntungnya kalau selalu begini.. memandangkan kekasih hati bersama kawan-kawan beliau ingin mencari tempat untuk menghilangkan lelah bekerja keras, jadi kami decide untuk ke Bukit Merah sebab last month dah pergi Lost World Of Tambun.. so, kali ini cuba tempat lain pula..cuma bagi pendapat saya, jika mahu dibandingkan antara Bukit Merah dan Lost World Of Tambun, saya prefer Lost World Of Tambun lagi.. sebab dekat sana, semua permainan boleh berfungsi dengan baik dan tiada perlu had maximum person untuk bermain sesuatu permainan.. cuma harga dia agak wow sedikitlah dari Bukit Merah.. Bukit Merah is less cheaper than Lost World Of Tambun.. but both is still ok untuk bergumbira.... lalalalalaa.....




















































Picture lain sedang dalam proses migration... =)

Sunday, June 12

Jenjalan Jenjalan

Kawan baik saya datang dari jauh.. maka saya telah menyediakan tentatif untuk mereka agar seharian mereka dipenuhi dengan aktiviti yang sihat... Saya bersama 'supir' kesayangan telah membawa mereka jenjalan di beberapa tempat yang saya sendiri tak pernah pergi semenjak bertapa di bumi Penang sejak hampir 6 bulan yang lalu.. Ini kali pertama dan berasa agak teruja... wahhhhhhh... kalau tidak kerana kawan-kawan, tak ada maknanya saya dapat jejakkan kaki di Padang Kota Lama.. tempat bersejarah uuuoooolllsssssss... =)






















-
-
-
-
-
-
-
-
-

eeeeeeeeeeeeeeeee gedikssss.... *Sila muntah hijau!

Monday, May 30

Fun Day @Sunday

Hari ahad yang sangat penuh dengan aktiviti.....

1.Kenduri kahwin


 


2. Lost World of Tambun...yeayyyy!!






3. Night Safari





-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


 =)