Thursday, May 27

melepasi fasa yang ggrrrrrr!!

tadi bila melihat keputusan yang telah dikeluarkan fakulti mengenai projek saya...syukur Alhamdulillah.. dengan izinnya, saya lulus...saya tahu keputusan tersebut boleh menjadi lebih bagus jika saya memberi perhatian lebih berbanding membuat kerja lain..tidak mengapa, saya pasti ia satu pengajaran untuk saya..selepas ini jangan diulang lagi ya..

lega rasanya melepasi fasa yang paling mencabar..selepas ini hanya fokus pada pelajaran yang hanya tinggal 1 semester sahaja..selepas itu, saya akan mulakan fasa baru dan mungkin alam baru.. sambung belajar? ohh nanti dulu..belum difikirkan lagi...letih rasanya menjadi hamba buku..hihi..ada keinginan untuk sambung belajar tapi bukan dalam masa terdekat ini..tetapi saya hanya merancang..tidak tahu kedepan nanti apa yang akan berlaku.. tuptup hari ini habis belajar, keesokan hari sudah mula berkira-kira mahu memilih institusi pengajian untuk menyambung pengajian..hehe..saya perlu ingat bahawa saya masih mempunyai adik yang mengharapkan saya dapat membantu mereka kelak..ibu bapa sudah boleh menunggu masa untuk berehat ya..saya akan cuba ambil alih..Insyaallah.. =)

No comments:

Post a Comment