Tuesday, March 29

Hair Perm The Making

Ini cerita semalam, saya tidak pergi kerja akibat mengalami alahan yang agak merunsingkan kepala setelah memakan pulut durian.. Entah apa yang tidak kena sehingga terpaksa mengambil MC..
Owh sangat sakit kepala dan perut juga... Rasa macam nak tanggalkan saja perut daripada badan..Minta tolong kekasih hati bawakan ke klinik berdekatan untuk mengetahui apa punca sehingga saya jadi begini... Masuk-masuk kereta, kekasih hati cakap "lepas check doctor nanti temankan pegi cari hair saloon k".. Dengan harapan yang setinggi gunung agar dia membuat style rambut yang pendek seperti yang saya idam-idamkan....
Ok, berbalik kepada cerita saya dan kesakitan dan doktor tadi... setelah membuat pendaftaran, saya duduk sambil mulut sok sek sok sek dengan kekasih hati sampai dia jadi pening..yang sakit perut, mulut ok lagi..hahaha...=)...bercakap dan bercakap dan bercakap sampai tak sedar nurse dah panggil masuk bilik doktor... Melangkah masuk ke bilik doktor dengan muka yang paling kasihan (sakit la katakan)..

Doktor: Sakit apa?
Saya: Saya makan durian campur pulut petang semalam...
Doktor: ???? (blur-blur dan ulang semula soalan seperti dialog pertama)
Saya: Perut saya rasa macam tak ok.. tekak rasa mual... (jawab mengikut kehendak soalan..)
Doktor: Ada demam?
Saya: Ermmmm macam takde..
Doktor: (sambil menulis)...ok tunggu luar dan ambil ubat..nak MC..
Saya: Of course...

Keluar dengan muka kasihan lagi...
Kekasih hati pun bertanya, "doktor cakap ape?" saya balas semula "nasib baik cepat bawa pergi klinik.. kalau tak...anda akan menyesal..." kekasih hati cuma jelir lidah and said "wekkkkk"...
hahahhaa...He knows that i'm just kidding and always doing something yang macam nak menipu tapi tak jadi...haha... So lepas ambil ubat, plan nak pergi Celcom Centre dan bayar bil dan nak buat itemize untuk bil kami, tapi sudah kelewatan dan masa tidak mengizikan.. Lain kali saja.. =(

Jadi, misi mencari hair saloon pula.. Bukan saya yang mahu buat rambut...
Kali ini saya bagi chance.. Sebab lepas ni saya akan pastikan bahawa tidak ada 1 peluang lagi untuk bergaya dengan pelbagai style rambut (saya bukan Queen Control) hahhaa... Cuma mahu kekemasan...
Cari dan cari dan cari..akhirnya berjumpa dengan kedai yang menawarkan service yang agak bagus berbanding kedai lain dengan harga yang berpatutan.. Sementara menunggu hasilnya, saya duduk sambil online... Tiada benda lain boleh dibuat selain daripada itu...

Hampir 4 jam menunggu......





Ok... Lepas ini ikut style saya pula ok...

Hasil?????

Saya sorang saja yang tengok...hahahha.... *wink

Selepas sejam keluar dari saloon,  kami pergi makan... Dan untuk sekalian kalinya, saya diserang rasa yang kurang senang di bahagian tekak dan perut... Dengan kadar segera, kekasih hati makan dan habiskan makanan saya sebab takut membazir katanya dan saya pergi ke klinik yang kedua.. Sehari pergi dua klinik..Sangat over... Tidak sampai 5 minit dalam bilik doktor, dan doktor cuma tekan-tekan sikit pada perut.. Dia cakap, ok boleh keluar... Aik?? Sekejapnye.. Dan ubat di kllinik kedua agak mujarab berbanding klinik yang pertama.. yeayyeay...

No comments:

Post a Comment