Cerita ini sudah basi..hahahaha… tapi berdegil juga nak update macam dah kehabisan modal cerita… AAK..hahahaha.. terpengaruh cerita maharaja lawak la ni… ok fine.. hujung minggu lalu saya dan kekasih hati pergi menonton filem Nur Kasih The Movie.. memang sudah dijangka sebelum sampai ke panggung bahawa akan ada kebanjiran orang di sana.. Mujur saya beli tiket awal 2 hari sebelum tarikh sebenar kerana nak dapatkan tempat duduk idaman iaitu, line kedua dari belakang dan bahagian tengah.. wahhh memang selesa laa… haha..ok.. pada hari sebelum kejadian, saya check balik timing untuk cerita ini through online dan saja nak review hall tersebut penuh atau tidak… OMG, ramainya, barisan pertama a.k.a barisan yang paling berdepan dengan skrin juga ada yang duduk.. serius memang ramai peminat cerita ini… sebelum masuk dalam panggung, kekasih hati ada pesan supaya sediakan tisu banyak-banyak sikit, sebab dia tahu saya ini jenis yang dalam hati ada taman.. tapi dengan angkuh saya cakap, saya takkan menangis…hahaha…berlagak kan… cerita mula pukul 8, tapi dah pukul 8 pun masih belum available seating…kami beratur dan dikeliling kami penuh dengan ibu-ibu dan bapa-bapa membawa kaum keluarga menonton cerita pecah panggung ini… almaklumlah, klasifikasi cerita ini U.. sesuai untuk tontonan semua golongan… bila lampu hijau menyala, semua berasak-asak untuk masuk ke dalam.. hahaha.. saya amat gemar memerhati gelagat orang..bila masuk saja ke dalam, lampu sudah dipadamkan… lagi kecoh satu panggung dengan anak-anak tak jumpa tempat duduk, ibu-ibu nak aturkan tempat duduk dan bapa-bapa yang mengarahkan anak-anak duduk ditempat yang betul.. sangat kelakar..agaknya kalau 1 hari nanti, saya mungkin akan jadi begitu bila sudah berkeluarga..hahaha.. agak kelam kabut keadaan pada waktu itu.. mujur banyak iklan sebelum cerita bermula, sempatlah semua diatur dan keadaan tenang setelah lagu tema Nur Kasih berkumandang..waaaaa sangat excited ni… bila start je cerita, saya start menghayati setiap scene.. memang da bomb la cerita ni.. air mata tidak dapat diseka dan keangkuhan saya hilang entah ke mana.. sangat sedih…….huwaaaaaaa… cerita ini punya isi kandungan yang tersirat agar penonton dapat menyelami apa yang sebenarnya yang ingin disampaikan… terlalu banyak dugaan yang menimpa untuk menguji kesabaran mereka.. terlalu dalamnya cinta mereka..ada benda yang saya belajar daripada cerita ini… seperti yang semua telah sedia maklum, cerita ini mempunyai sinematografi yang sangat memukau… tidak rugi menonton cerita ini.. rasa macam nak pergi tengok untuk kedua kali…boley???
** Banyak mana yang kita beri, banyak itulah yang kita dapat....
walaupun ramai yg kata xbest, tp pada cik ratu nurkasih tetap best :)
ReplyDelete