Alhamdulillah…Syukur ke hadrat Ilahi,apabila memandang wajah di cermin, rasa sangat bersyukur kerana saya dapat hidup di atas muka bumi Allah nan indah ini dengan dikurniakan limpah rahmat yang tidak terhingga.. Akan tetapi saya akui, sebagai seorang hamba yang banyak kekurangan, saya tidak mampu menolak kelemahan diri yang kadangkala terlupa akan nikmat yang telah dikurniakan… Astagfirullahalazim….
Semakin hari, semakin berusia.. Semakin hari, semakin bertambah akan tanggungjawab yang perlu dipikul.. Adakah saya sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut??? Ya Allah, permudahkanlah segala setiap urusanku.. Kau berikanlah aku jalan atas setiap kesulitan yang aku hadapi agar aku tidak terjerumus didalam kesesatan.. Lindungilah orang-orang yang saya sayang dari malapetaka dan murahkanlah rezeki mereka..
Ya Allah, murahkanlah rezeki hambamu ini, keluarkanlah jika ia masih berada di perut bumi dan turunkanlah jika ia masih berada di atas langit.. Sesungguhnya hambamu ini benar-benar sedang dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan pertolonganMu Ya Allah..
**Sedang menanti akan satu keajaiban..Harap menjadi kenyataan…Amin..
No comments:
Post a Comment