Assalamualaikum readers :)
Semoga sentiasa sihat dan baik2 saja hendaknya..
So far, banyak sangat orang post kat facebook, twitter, surat khabar, radio, tv dan pelbagai cerita tentang Ombak Rindu. Mula2 macam tak nak tengok cerita ni.. walaupun lagu agak best (boleh layan) tapi sebab tak baca novel jadi macam tak ada feel nak ke panggung. But then, semalam petang, kekasih hati cakap nak belanja tengok cerita ni. wow, bukan senang kekasih hati nak menonton cerita melayu. tapi kali ini.. ohhh kagumnya.. dan terasa best juga.. (boleh dating sekejap). wink-wink.
Tidak mengapa juga tidak dapat duduk di bahagian favourite. beli saja mana2 seat yg masih available. memang sangat ramai ya yg datang menonton walaupun masa tayangan adalah agak lewat dan keesokkan hari adalah waktu bekerja. memang hebat penangan ombak di panggung.
Tak sangka sama sekali Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani boleh bawa watak dengan sangat berkesan. dan super duper sweet + romantik untuk Aaron Aziz. (tiba2 pejam mata dan bayangkan jika ada lelaki seperti itu hadir dalam hidup). cukup. jangan bermimpi lagi. bersyukur dengan apa yg ada. :)
Mula2 tengok, rasa macam boleh lagi untuk menyeka air mata dari gugur. tapi apakan daya, naluri keperempuanan saya akhirnya terlerai. gugur juga air mata bila ada babak2 yg menyentuh perasaan. tapi bukanlah sepanjang masa menonton menangis. owh itu sangat gembeng namanya. harus terima kenyataan bahawa tidak akan ada jalan cerita yg 100% sama seperti yg ditayangkan di layar.

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
** Buat pertama kali kekasih hati memuji2 cerita ini best!! (Ala sebab ada Aaron Aziz kan. mestilah best)

No comments:
Post a Comment