Saturday, December 25

Thursday, December 2

akhirnya selesai juga

Alhamdulillah...akhirnya selesai juga segalanya...
kertas terakhir untuk hari terakhir untuk semester terakhir dan  untuk tahun terakhir...
segalanya berlalu dengan penuh kenangan..
saya tak akan lupa dengan Pak Guard botak, bilik seminar, kolej kediaman perwira, bas Sikun Jaya, makmal teknologi rangkaian, supervisor PSM, kawan-kawan yang menyerunukkan, kereta yang melanggar tembok dan Viva holiday time...=)

Hari ini ada yang telah berakhir  dan ada yang akan bermula..
ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah sekalian akan diaplikasikan hampir kurang 2 minggu dari sekarang.. fasa seterusnya akan bermula..
saye ni dah boleh bekerja dah ke?

Sure nanti menangis sebab alam belajar sudah menjadi kenangan..
mesti rindu kan....




Gambar ini macam tak berape penting tapi perlu..=)

Akan merindui semua diatas sampai bila-bila....
♥ U alls damnn muchss... 

xoxo;
sue 

Thursday, November 11

Buku dan Buku dan Buku dan Buku dan Kertas Peperiksaan

Kali ini cuba untuk lakukan yang terbaik..
Buang segala keinginan untuk berfoya-foya seketika..
Beri tumpuan sepenuhnya..
Semoga segalanya berjalan dengan lancar..Insyaallah..
Tarikh yang istimewa untuk perkara istimewa:


24 November 2010 : Occupational Safety Health And Environment
26 November 2010 : Web Programming
30 November 2010 : Multimedia Authoring
1 Disember 2010 : JAVA Programming
2 Disember 2010 : Human Computer And Interaction

Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusanku...Amin..
Semoga saya dan semua kawan-kawan saya mendapat keputusan yang cemerlang..Amin..

Wednesday, October 27

mata masih terbuka

Banyak sungguh kerja...



Tapi....



Kalau bab ini memang tidak mengapa...

Saturday, October 23

minggu kepala dibawah kaki diatas & majlis makan malam

sangat sibuk minggu ini..dengan kepelbagaian projek bagi subjek-subjek tertentu...
haissshhhhh macam nak kene buat projek sarjana sibuknye...tapi takpe...
sabar dan sabar dan sabar....
tinggal seminggu untuk berdepan dengan segalenye dan semuanya akan berakhir sebentar lagi..
insyaallah...


malam tadi ada majlis makan malam anjuran Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat....
nama fakulti sangat panjang kali ini...tapi ok...thumbs up!! =)
sangat enjoy sampai tak ingat nak balik...hihihihi....







letak gamba sikit saje la ye...hihihi

Saturday, October 9

a.w.a.y

saya belajar untuk FAHAM....
ya...sabar...saya sedang cuba...
tinggalkan saya sendiri dulu....







xoxo;
sayaSayangDealovaSayaSangatsangat

Sunday, August 22

(samb...) terlupa ada blog

fuh..fuh...berhabuknya blog ni...
maka dengan itu saya ingin bagitahu sambungan yang tak semenggah mana tu..

alkisahnya...

29 julai lalu...

dengan penuh tawakal, saya drive bersendirian to Penang...
oh my God, beraninya saya untuk sampai ke sana..
harap-harap selamat pergi dan selamat pulang...amin...
sepanjang perjalanan, rasa sunyi yang teramat..tetapi hati semakin mekar bunga-bunga..
cepatlah sampai.....mata sangat mengantuk..jika berhenti,lambat pula sampai..
tahan..tahan...kalau nak cepat sampai,jangan berhenti rehat lama...
dengan pemanduan yang berhemah dan had laju dipatuhi,
maka tepat pukul 5 petang, saya selamat tiba..alhamdulillah..
terus mahu bertemu...tak kira penat memandu...maklumlah...inspirasi katakan...hahahaaa...=p
so,dengan agenda yang telah ditetapkan, maka berhiburlah kami...yeayea.....

30 julai lalu...

hari ini dapat tempat tinggal yang agak sempurna...
yahuuu boleh tidur lena...
lepas sembahyang jumaat ada janji temu...masih dengan insan yang sama..
tidak pernah berubah...
tengok wayang,makan-makan dan yang paling penting, malam ni nak celebrate birthday..
saya ingatkan kepada diri sendiri, jangan buat perangai huduh...
niat dalam hati memang hendak meraikan kegembiraan bersama..jadi...sila faham bahasa..
tepat jam 12 malam, saya ucapkan 'Selamat Hari Lahir' pada dia..
terharu dia...sebak dada saya...sayasayang kamu...

31 julai lalu...

wahhh...masing-masing dengan gaya masing-masing...
indahnya hari bersama kamu...
akhirnya tercapai hajat saya untuk meraikan hari keputeraan kamu yah..
tetapi kamu pula yang melayan kerenah dan perangai kebudak-budakan saya..
macam saya pula yang ditempat kamu..
apa saya minta,kamu beli..kemana saya mahu pergi,kamu bawa..
wahhhh memang betul saya puteri...
cuma..pada hari itu, kamu macam raja ya, hanya duduk saja..
saya yang buat semua...memandu dan segala....
tapi tidak mengapa...asal kamu gembira..
kita raikan segalanya bersama...horeeyyy...

1 ogos lalu...

tiba masa untuk tata tata...babai babai...
mahu menangis saya....tapi tahan...
kamu pesan itu ini pada saya...
saya pulang dengan perasaan yang puas...
seronok yang tak terkata....
saya harap saya dapat jumpa kamu lagi...amin....

ok..dah habis...sekian terima kasih..

Saturday, August 14

Terlupa Ada Blog..

Owhhh...saya ada blog rupanya...
macam sudah lapuk saja ruang ini...
kesibukan dan kemalasan melanda...
jadi,inilah yang terjadi..

banyak cerita sebenarnya..
tetapi apa yang paling seronok ialah....





bersambung....
taataaaaaa....=)

Tuesday, June 29

Sunday, June 20

cari ruang

saya memerlukan ruang...

Monday, May 31

hitung salah

jika dihitung kesalahan saya...
setiap hari ada saja salah yang dibuat...
mengapa ya...apa dan dimana silapnya..
sayakah yang terlalu ikut perasaan..
semakin hari rasanya semakin menambahkan beban..
saya mengalah juga...

satu masa nanti pasti masing-masing bawa haluan sendiri..
saya kesini dan Kamu kesana...
walaupun haluan yang berbeza..jiwa saya tetap sama...
tiada apa yang berbeza...cuma masa menentukan segala..

andai takdirnya berpisah juga..
saya reda akan ketentuanNya..
saya minta semoga kekuatan dan ketabahan bersama saya..
kerana saya pasti ada ganjaran untuk saya dari atas sana.....

Thursday, May 27

melepasi fasa yang ggrrrrrr!!

tadi bila melihat keputusan yang telah dikeluarkan fakulti mengenai projek saya...syukur Alhamdulillah.. dengan izinnya, saya lulus...saya tahu keputusan tersebut boleh menjadi lebih bagus jika saya memberi perhatian lebih berbanding membuat kerja lain..tidak mengapa, saya pasti ia satu pengajaran untuk saya..selepas ini jangan diulang lagi ya..

lega rasanya melepasi fasa yang paling mencabar..selepas ini hanya fokus pada pelajaran yang hanya tinggal 1 semester sahaja..selepas itu, saya akan mulakan fasa baru dan mungkin alam baru.. sambung belajar? ohh nanti dulu..belum difikirkan lagi...letih rasanya menjadi hamba buku..hihi..ada keinginan untuk sambung belajar tapi bukan dalam masa terdekat ini..tetapi saya hanya merancang..tidak tahu kedepan nanti apa yang akan berlaku.. tuptup hari ini habis belajar, keesokan hari sudah mula berkira-kira mahu memilih institusi pengajian untuk menyambung pengajian..hehe..saya perlu ingat bahawa saya masih mempunyai adik yang mengharapkan saya dapat membantu mereka kelak..ibu bapa sudah boleh menunggu masa untuk berehat ya..saya akan cuba ambil alih..Insyaallah.. =)

Wednesday, May 26

kebahagiaan dalam perpisahan

itu tajuk yang aku rasa sangat glamour sekarang..
mana-mana wall,page,profile kat facebook penuh dengan link-link klip video tajuk itu..
aku pun sama..tak nak ketinggalan dan mahu juga join sekali sebab aku sudah minat dengan jejaka itu..
boleh tahan juga ya..(tapi tak dapat challenge dengan D3@LOV@ saya)...
tak terkira banyaknya putaran lagu tersebut di winamp..tak mengapa, selagi masih mampu dengar, dengar lah selagi boleh..jika sudah jemu nanti, pasti akan ditinggalkan juga..

begitulah adatnya..setiap kali kita menyukai akan sesuatu, kita suka hingga tidak memandang yang lain dan begitu juga sebaliknya..

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah 2:216)

saya perlu tahu bahawa rancanganNya adalah yang terbaik...
saya perlu ingat bahawa segala yang berlaku adalah ketentuanNya....
saya perlu sabar untuk menunggu hikmah dariNya....
saya perlu tabah untuk menghadapi dugaanNya dan
saya perlu terima segala yang terjadi adalah suratanNya....
ini kerana Allah Maha Mengetahui.....

Tuesday, May 25

Hati Seorang Wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

tolong cepat habis semester ini

tolong cepat habis semester ini...
saya tidak sabar untuk berada di semester hadapan..
rasanya semester lalu lebih indah berbanding kali ini..
mungkin kerana semester hadapan saya sudah ada plan yang menarik.. ;)
jadi cepat-cepatlah berlalu semester ini ya...

Thursday, May 20

Terima Kasih Segalanya

Sabtu lepas dan lima hari yang berikutnya merupakan hari yang indah...kerana apa???
Kerana Kamu ada...jangka masa yang paling lama jka dibandingkan dengan yang sebelum ini..
Saya hargai segalanya...terima kasih sayang saya...
Kegembiraan ini tidak ada yang boleh menandingi...
Saya tahu semalam adalah kenangan dan esok adalah ketentuan...
Tetapi saya tetap dengan hati saya yang akan setia pada Kamu..
Kamu selalu cuba buat saya tersenyum gembira, Kamu selalu cuba buat hati saya berlagu indah...
Kamu selalu cuba buat saya rasa selamat bila bersama Kamu, Kamu selalu cuba buat saya terus tertawa...
Dan saya selalu harapkan Kamu sentiasa ada disisi saya...
Kerana saya sangat gembira bersama kamu...

Sayang saya, selama saya ada disisi Kamu, saya cuma minta satu sahaja....
Jangan ulangi kesedihan saya ya....



*Rindu saya pada Kamu bermula lagi...

Friday, May 14

menanti sabtu ini......

apa yang dinantikan sangat-sangat? hari sabtu adalah hari biasa seperti minggu-minggu yang lalu.. tetapi mungkin sabtu ini agak istimewa berbanding hari sabtu lepas dan lepas dan lepas lagi.. bermula sabtu ini sehingga empat hari berikutnya saya akan habiskan masa dengan berdating-dating, eating-eating, watching-watching the most thing to do is shopping-shopping...huuureyyyy...dalam setahun hanya tiga atau empat kali saja dapat meluangkan masa begini...saya akan hargai segala masa yang ada ketika bersamanya...yang pasti, saya tidak sabar kerana saya rindu Kamu..

Sunday, May 9

sehari lagi.....

---------PSM MODE---------

Sehari lagi untuk berhadapan dengan pembentangan projek akhir..
Cukup takut dan berdebar-debar...ujian yang satu ini amat penting...
Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar...
Semoga semua kawan-kawan kesayangan saya lulus dengan
cemerlang..amin.....

Nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk ibu tersayang..
Tiada apa yang dapat menandingi segala pengorbanan dan
kasih sayang yang telah diberikan pada anakmu...
i love u ibu....

Wednesday, April 14

Bila ilmu terbang melayang....

Biasanya lagi hampir kita dengan final exam,kita akan menumpukan sepenuh perhatian dan bersungguh2 mentelaah subjek yang kita sedang study itu..tapi apa saya sudah buat...iklan lebih panjang dan banyak dari cerita...baca sini,sana lupa..baca sana,sini entah buka muka surat berapa tadi?

Ada orang hantar link lagu daripada Youtube ke YM..terus melekat mata khusyuk depan Youtube dengar macam2 lagu..sampai addict dengan lagu ini..berulang2 dengar sampai hampir pecah speaker...hihihi =)

Lagu berbahasa arab dan mempunyai English subtitle..



Indah sungguh ciptaan Tuhan..chantek sungguh wajahnya..
Teringin memiliki wajah seperti itu..

Walaubagaimanapun sangat bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan sekarang..
Saya tetap juga gembira..=)

Monday, April 12

tiada ganti..

td aku selongkar2 laci nk cari perfume kesygan..saje la nk melaram..nk pkai pas mandi..carik punye carik,perfume tu xde..aku yakin aku simpan dlm laci..aku siap sorok bwh envelope ag..tp arini..bile carik xde..mane?????aku cpt2 tengok kotak brooch..kat situ ade simpan cincin..pon hilang.........mane pergi brg tu????????aku sgt sedih..bukan krane harge atau ape..tp pemberian dr org yg aku syg..xdpt nk gnti nilainye walaupun brg yg same..mane aku nk carik blik kenangan ngan brg yg ilang tu...sumernye HILANGGGGG....

PERFUME....
walaupun hanye sebotol yg kecik..sangat wangi dan disukai oleh inche D3@LOV@..die yg bg perfume tu..sanggup simpan n x pakai wat pegi pasar mlm...niat hati simpan sbb xnak perfume tu abis cepat..sayang katekan..soroklah selagi boleh disorok..baru sembur 4 5 kali..tetibe ade plak org curik..klu nk ckplah kat aku..aku blikan(tp pki duit ko)..xyah nk amik brg aku..

perfume ini sudah hilang..

CINCIN....
brg ini juge dicuri...lawa sgt ke cincin ni kat mate die..xkan kite same taste kot..cincin ini dibeli time aku bercuti 2 bulan lpas..dah la xpnah dapat cincin set sepasang..tibe dh dpt..kne curik plak..weh pencurik..ko silap besa la..ko nk wat ape ngan cincin aku tu???nk jual ke??haiiyaaa...itu xde nilai wang woo..yg ade nilai kasih sayang..aku sangat rase sedih atas kehilangannye..if dpt balik yg same pun still gak x rse x same..

cincin ini juga telah dikebas org..

Saturday, April 10

masa.....tolong hapuskan segalenye..

aku meminta jasa baik masa agar segalenye dihapuskan....
aku meminta agar hati mengerti akan kenyataan yg sedang dilalui..
ok...kuat dan kuat dan kuat......
remember that Allah always by my side..He knows what the best for me..

Sunday, March 28

sepi....

mate masih boolat!!
tak tau nak membebel ape..
pk bnyak sgt bnde..1 thing is........

ape patut aku wat skang ni??
aku rase mcm nk g jauh2...
tak mau dengar lg hingar bingar sekeliling..
sakit sgt kepale...sakit sgt hati...
sayu sekali...

tp apekan daye..
aku makhluk tuhan yg sedang diduga..
mungkin ade hikmah disebaliknya..
Ya Allah..berilah aku kekuatan dan kesabaran..
agar aku masih bisa bertahan...
selagi dada masih ada iman..
selagi itu aku masih ingat Tuhan...

aku akan sentiasa mendoakan kamu agar 1 hari nnt kamu tahu bahawa...................

aku masih insan yg kamu kenal dulu....

Tuesday, March 23

Sunday, March 21

its rainy outside....

its rainy outside..
and its the same inside...
u have to be strong~~

To make me calmness
*rindu padaMU..

Saturday, March 6

tersedar dari mimpi..

kengkadang perlu cermin diri...
baru nampak siape diri yg sebenar...
tenung diri lelame..
baru sedar yg selame ni dah lame sangat bermimpi..

Wednesday, March 3

tak nampak ag pun....

nape aku masih tak nampak ag ape magic disebalik sumer ni..
nape aku blum jumpe ag jalan kuar atas sumer masalah ni...
perlu ke aku terus bertahan dan berSABAR?
perlu ke aku terus biarkan dan berSABAR?
ape akan jadi kalau aku biarkan dan diamkan??
aku ade harga diri!!

Friday, February 26

kenape???why???

ya allah...peliharalah diriku ini...
aku insan yang lemah..seorang hamba yang kerdil..
lindungilah aku dari kedukaan dan kurniakanlah aku kebahagiaan...
jadikanlah aku seorang insan yang penyabar....
sabar itu indah...
sabar sabar sabar....
kan lebih baik kalau aku bersabar sedikit mase lagi..
kalau tak mungkin tak jadi seteruk ini...
ini silap aku..

dah sampai masenye tuk aku DIET + BERPUASA *maybe* !!!

Monday, February 22

waatchhaaa...

ellop...
lamenye tak berbelog...
rindu sangat kat belog busyuk nih...
ekceli saye baru balik dari penang...
wow sangat berbaloi..seronok tak terkate..
citer later okeyh..
tata.....................

Wednesday, February 10

eppy bufday to you

hari ini bufday gadis ini..
semoga dimurahkan rezeki dan
hidup diberkati Allah selalu...
semoga berjaya dalam semua bidang
yang diceburi...

happy bufday ya laling....

*hugs*
XoXo...

cuti-cuti malaysia..

hahahahaha...
saya menyahut seruan kerajaan untuk bercuti..
dimana???

hanya di malaysia oke...



psssstt: saya tak sabar sebenarnya mau ketemu DE@LOV@....jeng jeng jeng!!!


Nota kaki: Temporary Away...

Sunday, January 31

harapan hanya tinggal impian....

ape ye agaknye yang akan terjadi bile ape yang kite
harapkan tak menjadi kenyataan..
mesti kite akan frust menonggeng sampai
sumer yang kite wat sumer serba tak kene....
bukan kuase kite tuk atur sumer tu...
kenape ye aku yang dipilih olehNya utk merasai
segalenye ini...kenape mesti aku?
kenape aku yang mesti tanggung sumer perasaan ini...
akan ade ke hikmah dikemudian hari nanti?
entahlah...


Nota kaki: Tenangkanlah jiwaku...aminnn....

Sunday, January 24

hari kurang sempurna

hari yang kurang sempurna..
silap...mmg silap besa...
sumer dtg dr kesilapan diri sendiri..
yang bakal memakan diri...
(padan muke..tanggung sendiri)
cedey......sob sob sob...
adekah peluang untuk dimaafkan?
huhuhuhu...marah dan malu pade diri sendiri...
mmg patot aku kene marah...
takkan sumer bende nak kene bitau...
pikir la sendiri...kan dah besa...
skang ni ape dah jd...
ingat senang ke nak recover balik...
ape bende sumer nih??

s.t.r.e.s.s

sumer bnde yg aku nk wat jd mcm x kene je...
itu salah...ini x betul...
abis tu nk yg camne...
mencikkkkkkk...
fountain jd tempat aku lapang2kan ati..
walaupon dh balik, ati tu still remuk redam ag...
but at least ade yg terluah...
ntah..ade ke??

tolong janji ye...
JANGAN ULANG LAGI PERBUATAN INI!!
ADE PAHAM???
(amaran yang sangat keras)

Nota kaki: Sangat touching bile berterus terang, 'orang' itu tidak langsung tinggikan suare..malah bertanye secare lembut....dengan hormatnye aku termalu sendiri dan terus merembeskan air mate..

Thursday, January 21

layankan aje..

setelah aku fikir2...
setelah aku kaji2..
setelah aku hitung2...
aku amik keputusan...
layankan aje...
nak ikutkan sangat kate ati..
mmg tanak wat camtu...
tapi bile fikir2 balik...
kalau aku sibuk sangat berkeras amik tau itu..
amik tau ini...sumer jd lebih kompleks..
malaslah nak amik risiko..
just let it be...

Wednesday, January 20

larut malam..


sudah malam,
hati masih belum tenang,
semua masih terngiang,
apakah yang kulakukan membuat jurang?


apapun setelah ini,
dia boleh saja jujur
dia boleh saja bersembunyi di balik kebijaksanaan


tapi suatu hari nanti
waktu akan menjawab yang tak sempat terjawab waktu tadi..
mungkin saat itulah aku benar-benar siap mendengar semuanya..


mungkin memang aku bukan siapa-siapa
cuma makhluk biasa di antara hiruk pikuk hatinya


ya sudahlah..
hanya Tuhan yang Maha Tahu,
Dia yang membangkitkan hatiku, Dia juga Yang akan Merubahnya lagi,


aku semakin sadar,
aku memang tak punya apa-apa


sudah malam,
aku menyiksa lagi hatiku
aku menyiksa badanku, mataku
sebaiknya aku tidur saja..


 
rasenye gamba xde mengene ngan tajuk..**i'm ting tong


Nota kaki: Aku mengaku...selame ini segale ape yang aku buat untuk kamu adalah kerana aku sayang kamu...

Monday, January 18

satu hari di tempat kerja

hari pertama di tempat kerja yang masih sama..
good luck ya...
saye berharap agar Kamu bekerja dengan tekun...
tekun???hihihi....ermm diharapkan agar tidak
berbuahkan pisang untuk kedua kali yah!!

Thursday, January 14

aku wanita biasa

tengah tengah malam camni...aku terbuai lagu indah dari krisdayanti...aku ni kalau dah suke satu lagu..aku akan ulang sampai rase bosan..apekah lagu itu...

Aku Wanita Biasa 

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
 

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku.. 



ya..aku juga wanita biasa...
punya hati....ingin rasa disayangi..
betape pun merindui...
aku masih ingat bahawa....
aku sepatutnya cermin diri..
agar tidak lagi dikhianati...
angin...sampaikanlah salamku..
merentasi pulau itu..
ingin ku beritahu bahawa...
kau dan aku tidak pernah...
keseorangan....

Nota kaki: Mencari apa yang dicari....doaku agar kau temui segale yang masih tersembunyi....

Sunday, January 10

cerite-cerite....

wahhh lame dah tak menjenguk ruangan ini....terase agak sepi ye...
maybe dengan kebizian yang melande ++ ngan aktiviti2 yang
dirancang maupun aktiviti yang diluar jangkaan membuatkan aku
lupe seketika pade ruangan belog ini...hihihihi...
manyak sangat mao cherite...manyak sangat ke??
baiklah2...satu persatu ye...

1 Januari 2010

Dengan tetibe dan tanpe dirancang, aku dan 3 org kawan
pegi ke kelantan...wahhhh jauhnye aku bejalan....
ngan menaiki kerete secare agak sembunyi2....
kami wat pandai bergerak ke sane...dengan doa dan harapan
selamat pegi dan selamat balik...Alhamdulillah segalenye
dipermudahkan dan selamat.aku bersyukur sangat2...
rase seronok sangat2 sbb aku dapat jumpe inche' DE@LOV@....
sangat2 seronok dan rase bersyukur didalam hati...
jalan2 kat sane smpai penat...tp aku tak penat pon...hihihi...
hari ahad kami sumer gerak balik...
for the 1st time aku balik ngan keadaan tenang dlm ati...
rase 1 pertemuan yg very different...klu nak banding
ngan sblm2 ni...jauh berbeze aku rase...knape????ntahlah...
semoge bahagie dan senang dlm ati ni kekal...

5 Januari 2010

pegi kelas seperti biase...
hari2 sebelum tu pun wat mende yg same gak...
budak rajin yg tak pnah ponteng kelas..
akulah budak itu...hihihihi...
kesibukan anta report..baiki report..then anta balik..
huh...sangat penat ye...malam plak tido...lambat + cepat..
hahahahaa...indahnye idop ini...
alangkah indah jika ia berterusan kan...
but life is unpredictable...

8 Januari 2010

aku mule berjinak2 berurusan niage...
ape yg aku niagekan???
jeng jeng jeng..tunggu dan lihat..
like a baby step....moving slowly and very carefully!!


itu saje ye karangan aku yang tak bape nak best...
agak2 dapat makah bape yek???


Nota kaki: Lepas ni destinasi utare plak....=P

Friday, January 1

Happy New Year!!!


H a P P y N E W Y e a r!!

Wishing you a fabulous 2010..
With full of great achievements and experiences..
A meaningful chapter waiting to be written...
Happy New Year!!

Always Be My Baby Contest!

J O I N CON TEST!!

First time nak sebok2 join contest...
Orang lain join,aku pon nak nyebok skali...
Saje mencube..kot2 ade luck...hihihi..
kepada Cik Warrfar...saye join contest kamu yah!!


Nama Baby: Nur Syaheera Nabihah Bte Yaacob
Umur: 6 Bulan

Nota kaki: Saye sayang kamu..