Monday, February 6

This is not fair :(

Entry pertama di Febuari. Owhhhh tiada apa yang menyedihkan selain daripada salary wasn't in to my account yet.. Tambah sedih bila dengar kawan-kawan siap dah boleh pergi shopping dan beli macam-macam segala. Huwaaaaaaaaa.. sob sob sob..


##Mujur ada financial supporter. Esok dah boleh pasang pagar dekat gigi.. teruja dan dup dap dup dap.

Tuesday, January 24

Ohsemnyaaaaaa :)

Bila melihat video ini, terasa ingin cepat berumahtangga. opppsssssss ^^
Saya sangat percaya bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.
Semoga segala perancangan dan impian akan menjadi kenyataan.. Amin..

Simple and sweet :)

Monday, January 23

Pagar pada gigi

Hai peeps... :)
Sebenarnya saya dah lama berazam untuk memakai pendakap gigi (braces)..
Memandangkan saya baru habis belajar, dan baru bekerja, saya tangguhkan dulu niat tersebut..
Akan tetapi bukan bermakna tak jadi. Cuma memerlukan masa sedikit.

Akhirnya apa yang saya inginkan hampir tercapai.. Alhamdulillah :)
Saya dah buat rawatan di klinik yang memang khas untuk memasang braces (Orthodentic Clinic).
X-ray dan acuan telah selesai.
Doktor bagitahu, minor surgery mungkin akan dibuat.
Owwwwhh #sentapmaknak..
Tapi tidak apa-apa.. Saya kan sudah besar panjang.
Takkan penakut lagi.. hewhewhew :p

Tempoh pemakaian mungkin akan menjadi singkat jika ambil pakej yang mahal dan agak lama sedikit jika mengambil pakej yang biasa.
Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu saya uruskan, jadi saya mengambil keputusan untuk mengambil pakej yang murah. (If ada sponsor, sure saya ambil pakej yang mahal )
Setelah berbincang dengan doktor yang baik lagi comel, beliau akan emmasang pagar tersebut pada awal bulan hadapan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana rupa setelah memakai pagar tersebut.
Mesti saya akan melalui 1 pengalaman yang sangat pelik.
Mesti mulut saya akan mendapat ulser.
Mesti percakapan saya agak kurang jelas.
Mesti saya janggal melihat wajah dan gigi saya.
Mesti bnayak makanan yang perlu saya elakkan since gigi saya tak kuat untuk memotong makanan tersebut.
Mesti kena selalu makan makanan yang lembut-lembut sahaja.
Owhhh banyaknya mesti..
Mesti kene sedia peralatan untuk menguruskan pagar tersebut juga..
Dan lagi mesti..
Mesti kene jaga-jaga bila bercakap. (takut ada yang tempias......)
Mesti kena alert dengan checkup with doktor.
Mesti doktor banyak pesan itu dan ini
Dan kemestian yang terakhir....
Mesti saya bertambah kurus lepas ni  :(






Nota kaki: Mahu pakai band bracket color pink lah. Baru gegirl sikit. :)

Untitled

Semoga sihat sejahtera serta diberkati Allah kepada semua pembaca :)

Sebenarnya sudah hampir 2 minggu entry ini terasadai di dalam draft.
Apakan daya. Masa sangat mencemburui saya.
Terlalu banyak yang ingin dikongsi tetapi bila cerita sudah diperap terlalu lama,
maka tiada apa yang tinggal kerana idea berlalu disapu angin.. lol
Walaubagaimanapun, ada yang masih bersisa.. :)
Pertengahan January lalu, saya menghadiri majlis kahwin kawan saya semasa di kolej.
Time begini sangat bagus untuk unplanned reunion dengan makanan di sponsor oleh tuan rumah.
Sangat teruja keran hampir 3 tahun tidak berjumpa..
Jadi, sesi bergambar bersama-sama adalah yang paling utama.


Pasangan pengantin yang dirai.. Selamat Pengantin Baru Puan Kathy :)







Itulah serba sedikit gambar sewaktu berada di majlis perkahwinan Puan Kathy


Waktu ini saya tiada kerana saya sudah pulang kerana perlu bergegas pulang ke Penang.
(berapa banyak kerana daa)

Wooottttt wooottt.. ini juga akan menyusul.. Insyaallah :)


Sehari sebelum ke majlis perkahwinan Puan Kathy, saya berjalan-jalan dan bertemu dengan my best friends yang sangat dirindui.






 
Saya sangat rindu kamu semua lagi dan lagi dengan banyak dan banyaknyaaaaaa... :)


 

Yeay... :)

Tuesday, January 3

Happy New Year 2012

Happy New Year To All Readers :)




May all our dream and desire will come true.. Amin

Monday, December 5

Review: Ombak Rindu

Assalamualaikum readers :)

Semoga sentiasa sihat dan baik2 saja hendaknya..

So far, banyak sangat orang post kat facebook, twitter, surat khabar, radio, tv dan pelbagai cerita tentang Ombak Rindu. Mula2 macam tak nak tengok cerita ni.. walaupun lagu agak best (boleh layan) tapi sebab tak baca novel jadi macam tak ada feel nak ke panggung. But then, semalam petang, kekasih hati cakap nak belanja tengok cerita ni. wow, bukan senang kekasih hati nak menonton cerita melayu. tapi kali ini.. ohhh kagumnya.. dan terasa best juga.. (boleh dating sekejap). wink-wink.

Tidak mengapa juga tidak dapat duduk di bahagian favourite. beli saja mana2 seat yg masih available. memang sangat ramai ya yg datang menonton walaupun masa tayangan adalah agak lewat dan keesokkan hari adalah waktu bekerja. memang hebat penangan ombak di panggung.

Tak sangka sama sekali Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani boleh bawa watak dengan sangat berkesan. dan super duper sweet + romantik untuk Aaron Aziz. (tiba2 pejam mata dan bayangkan jika ada lelaki seperti itu hadir dalam hidup). cukup. jangan bermimpi lagi. bersyukur dengan apa yg ada. :)

Mula2 tengok, rasa macam boleh lagi untuk menyeka air mata dari gugur. tapi apakan daya, naluri keperempuanan saya akhirnya terlerai. gugur juga air mata bila ada babak2 yg menyentuh perasaan. tapi bukanlah sepanjang masa menonton menangis. owh itu sangat gembeng namanya. harus terima kenyataan bahawa tidak akan ada jalan cerita yg 100% sama seperti yg ditayangkan di layar.





Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.




** Buat pertama kali kekasih hati memuji2 cerita ini best!! (Ala sebab ada Aaron Aziz kan. mestilah best)

Monday, November 28

Salam Maal Hijrah

Kepada semua para pembaca yang dikasihi, saya nk ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433.


Saturday, November 12

Makanan Kulit

Salam dearies :)

Semalam saya ada beritahu bahawa ada sesuatu yg ada didalam kepala saya. harini saya akan reveal apa yg ada didalam kepala saya tu. sebenarnya bukanlah apa2 sangat. bukan hot topic pun. cuma saya yg menggatal.

Sejak 3 minggu kebelakangan ini, saya semakin alert dengan pemakanan yang sihat, supplement untuk body yg baik, penjagaan kulit wajah dan seluruh badan, baca petua2 yg boleh saya amalkan untuk menjaga badan agar mampu bertahan untuk 30 tahun lagi. Insyaallah jika diizin tuhan.

Baru2 ini saya ada mencuba satu produk. makanan untuk kulit muka saya. bukan badan saja memerlukan vitamin, wajah saya juga perlukannya sama. saya baru 2 minggu menggunakan Vitamin E Soft Collagen. bukan pil. bukan juga botox/bahan yg memudaratkan. ia sangat selamat dan halal untuk digunakan. tak perlu sakit2 sana cucuk2 sini. sebelum tidur, saya akan cuci muka dengan bersih. lap muka sehingga kering dan sapukan vitamin E tersebut pada seluruh wajah tanpa ragu2 :)   setelah hampir 2 minggu, saya dapati, kulit wajah saya semakin lembut. parut jerawat semakin pudar. wajah bertambah cerah dan berseri (owh peh lis lah.. haha). tapi betul. saya sangat-sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. memang sangat berbaloi.

Vitamin E ini sesuai untuk semua jenis kulit. jangan risau/khuatir kerana tiada side effect. haaaaa cuba ya jangan tak cuba. pasti berpuas hati ya kawan2. beri sedikit vitamin pada kulit wajah agar sentiasa sihat, wajah kelihatan muda, smooth dan glow. wow!

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Vitamin E ini merupakan kapsul. cuma perlu gunting sedikit diatasnya dan keluarkan isinya. then, apply pada seluruh muka. bau vitamin E ini sangat wangi dan juga tidak berminyak. readers, you should try. wajah cantik, keyakinan diri pun bertambah. harga dia RM2.50/kapsul. barang bagus, mahal sedikit tidak mengapa. sebotol ada 20biji. -iklan sekejap.. hihi

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran


Jika ada kekeliruan, boleh juga refer DISINI

Perkara yang baik haruslah dikongsi bersama. :)