Monday, January 23

Pagar pada gigi

Hai peeps... :)
Sebenarnya saya dah lama berazam untuk memakai pendakap gigi (braces)..
Memandangkan saya baru habis belajar, dan baru bekerja, saya tangguhkan dulu niat tersebut..
Akan tetapi bukan bermakna tak jadi. Cuma memerlukan masa sedikit.

Akhirnya apa yang saya inginkan hampir tercapai.. Alhamdulillah :)
Saya dah buat rawatan di klinik yang memang khas untuk memasang braces (Orthodentic Clinic).
X-ray dan acuan telah selesai.
Doktor bagitahu, minor surgery mungkin akan dibuat.
Owwwwhh #sentapmaknak..
Tapi tidak apa-apa.. Saya kan sudah besar panjang.
Takkan penakut lagi.. hewhewhew :p

Tempoh pemakaian mungkin akan menjadi singkat jika ambil pakej yang mahal dan agak lama sedikit jika mengambil pakej yang biasa.
Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu saya uruskan, jadi saya mengambil keputusan untuk mengambil pakej yang murah. (If ada sponsor, sure saya ambil pakej yang mahal )
Setelah berbincang dengan doktor yang baik lagi comel, beliau akan emmasang pagar tersebut pada awal bulan hadapan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana rupa setelah memakai pagar tersebut.
Mesti saya akan melalui 1 pengalaman yang sangat pelik.
Mesti mulut saya akan mendapat ulser.
Mesti percakapan saya agak kurang jelas.
Mesti saya janggal melihat wajah dan gigi saya.
Mesti bnayak makanan yang perlu saya elakkan since gigi saya tak kuat untuk memotong makanan tersebut.
Mesti kena selalu makan makanan yang lembut-lembut sahaja.
Owhhh banyaknya mesti..
Mesti kene sedia peralatan untuk menguruskan pagar tersebut juga..
Dan lagi mesti..
Mesti kene jaga-jaga bila bercakap. (takut ada yang tempias......)
Mesti kena alert dengan checkup with doktor.
Mesti doktor banyak pesan itu dan ini
Dan kemestian yang terakhir....
Mesti saya bertambah kurus lepas ni  :(






Nota kaki: Mahu pakai band bracket color pink lah. Baru gegirl sikit. :)

No comments:

Post a Comment