Thursday, November 29

Senangnya dalam hati, hari ini.. Esok kerja banyak menanti..

Assalamualaikum semua...

Hai senangnya dalam hati... lalalalalala... mari menyanyi lagu senangnya dalam hati dan lepas tu anda sambung sendiri ya.. :)

Mengapa senang hati sangat ni? Senyum sampai ke telinga lagi... Rasa-rasa, kalau ada masalah pun, boleh senyum lagi. Betul ke ni.. Cakap boleh lah kan, kalau jadi betul nanti, muka tu macam kerang busuk dah.. hehe..

Pagi-pagi masuk office, ada sebungkus plastik. Dalam plastik ada coklat Cadbury, nasi lemak sebungkus dan cucur udang. Owh seronoknya, kekasih hati belikan sarapan pagi. Sebab tu yang senyum sampai ke telinga tu. Ditambah pula hari ini, dia on day shift, so, boleh jeling-menjeling... auuuuwww... Alhamdulillah, walaupun skop kerja tak sama, tapi mungkin ada hikmah bila bekerja di bawah satu bumbung. Bukan untuk sekodeng apa yang dia buat atau memantau gerak geri dia sepanjang masa, sekurang-kurangnya, bila saya ada masalah, dia cepat dapat tahu (Jika time waktu dia kerja siang. Jika kerja malam, saya sorang-sorang juga). hehe

Eeeeee cepatnya November berlalu. Saya takut. Kerja saya lagi mencabar selepas ini. Mampukah saya untuk memikul tanggungjawab tersebut? Insyaallah. Saya akan cuba buat yang terbaik. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Banyak masa yang saya perlukan untuk saya adapt dengan kerja baru saya ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Ameen.

Thanks <3 for="for" note="note" this="this">



Dup dap dup dap countdown started!

No comments:

Post a Comment