Friday, November 23

Biarlah Hanya Allah Yang Tahu

Assalam semua...


Masih ada lagi ke yang sudi singgah di blog saya ni, blog yang dah tak berupdate, cerita lama pun dah basi, sepi dan tak menarik jika nak dibandingkan pada blog orang lain.
Mujurlah juga blog ni bukan blog popular yang selalu diterjah oleh ramai orang, kerana saya jadikannya sebagai diari maya saya, yang mana cerita saya mungkin sedih dan gembira, mungkin juga ada yang berbaur mengada-ngada jika sampai masa saya untuk rasa 'berjiwang-jiwang'... hewwwwwwww >.<


Walau macamana pun, masih ada cerita atau luahan hati yang masih ingin dikongsi.


Baru-baru ini, kita selalu dengar tentang kisah peperangan di Gaza. Ya Allah, rasa sangat bersyukur kerana saya duduk di dalam negara yang aman makmur. Perit melihat kesengsaraan yang dihadapi mereka dan kagum dengan kekuatan yang ada dalam setiap jiwa mereka di sana. Hanya doa yang mampu saya kirimkan semoga mereka masih boleh untuk terus melihat dunia dan merasai nikmat Allah s.w.t.


Namun, ada sesuatu yang bermain difikiran saya, maaf jika penulisan saya membuatkan para pembaca/kawan-kawan rasa marah. Ini adalah apa yang terlintas di hati kecil saya. Saya sangat menghargai jika ada yang sudi menegur dan memperbaiki kelemahan saya.


Dalam kita mengikuti kisah peperangan di Gaza, banyak feedback dari orang ramai kita dengar dan lihat. Ada yang menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit, ubat-ubatan dan tak kurang juga sokongan moral. Alhamdulillah, masih ada yang peka dengan kesulitan mereka disana.


Bila peperangan seperti ini terjadi, bukan sekali, malah sudah berkali-kali rasanya, saya perhatikan, setiap individu akan mula memboikot barangan yang di keluarkan atau ada unsur-unsur dengan mereka/pengganas. Pernahkah kita kaji setiap apa yang kita pakai/guna sekarang ini bebas dari unsur-unsur mereka?

Kita nampak, ramai boikot McD, Nestle dan anak-anak syarikat mereka yang lain.. tapi ada tak yang terfikir tentang teknologi mereka, processor dlm komputer/laptop malah dalam telefon bimbit canggih yang fully touch screen yang kita guna dengan kelajuan yang maksimum dalam itu pun ada unsur-unsur mereka. Ada tak yang pernah terfikir/buat sebarang kajian. Facebook ni mungkin juga penyumbang kepada mereka. Ada sesiapa yang kaji tak? Dan apabila peperangan reda/tamat, masihkah kita terus memboikot barangan mereka, pasti ramai yang tidak kan. Hanya beberapa peratus sahaja yang masih terus memboikot. Bukan nak menyebelahi mereka, sepatutnya jika nak memboikot, kita tutup terus syarikat atau mana-mana sumber daripada mereka ke negara kita. Tak ada lagi anasir-anasir mereka disini dan barulah kita boleh istiqamah menyokong dan menegakkan kebenaran. Berdasarkan pandangan mata saya, selalunye, selepas semuanya reda/tamat, yang memboikot tu yang akan share kupon McD kepada kawan-kawan yang lain kalau mereka buat promosi buy 1 free 1 ( McDonald's Buy 1 Free 1 Chicken Foldover Coupon) yeay, jom serbu McD. Tepuk dada tanya hati.


Nota: Kenapa saya bagi contoh McD, kerana contoh ini paling senang untuk dirungkai, berlaku depan amta saya dan dijadikan sebenar-benar contoh bagi mereka yang dah buang tapi kutip semula.. Kita boikot diam-diam sudah lah kan.. Hanya Allah yang tahu. Bukan canang 1 Facebook boikot itu ini, dan lepas 3 bulan, up status 'check in - at McDonald's Bayan Baru'.. sebagai contoh ye kawan-kawan semua.. Tiada niat mahu perli mana-mana pihak. Peringatan untuk diri sendiri juga. Peace.. :)
Wasalam dan jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment