Salam semua :)
Semoga baik-baik sahaja.. Saya Alhamdulillah.
Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya merasa bahawa ada saja yang tak kena. Baik dari segi pergaulan dan persekitaran. Kenapa saya rasa double triple sesitive walaupun saya belum sampai masa untuk datang bulan lagi.
Rasa sangat sensitive bila orang tak layan perbualan, rasa sangat sensitive bila orang tak bagi perhatian. Mengapa wahai hati. Mungkin saya banyak fikir kebelakangan ini.
Sukar juga untuk menepati akan kata-kata yang telah dibroadcastkan. Kerana bila sampai masa, tak mustahil akan ada halangan atau apa-apa juga perkara yang akan menyebabkan kita tidak dapat menunaikan apa yang telah kita nyatakan. Cuba untuk mengambil hati akan tetapi tidak dilayan. Mungkin nasib diri. Hanya Allah yang mengetahui. Tidak mengapa.
Dalam hati juga sangat serabut memikirkan sesuatu. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Saya cuma mampu berdoa. Tidak dapat dibayangkan jika impian saya tidak menjadi nyata. Bagaimana saya nanti? Adakah saya mampu untuk menempuhinya? Berapa lama masa pula yang perlu saya ambil untuk recover semuanya. Ya Allah.. saya mohon agar segalanya dipermudahkan. Sudah lama saya tunggu akan saat ini. Saya minta, impian dan harapan saya termakbul. Kekal hingga ke syurga.. Ameen..
Kadangkala melihat orang lain, nampak seperti senang sekali kehidupan mereka sehari-hari. Maka saya bersyukur jika dibandingkan dengan yang kurang bernasib baik dari saya. Sekurang-kurangnya saya lebih baik dari mereka. Ohh tuhan...
Kecelaruan fikiran. Keserabutan perasaan. Kegelisahan hati.. Pergi semuanya dari saya.

No comments:
Post a Comment