Wednesday, February 16

3 dalam 1 entry. Tapi yang perenggan ke-3 adalah cerita sebenar entry ini.


Alangkah indahnya kalau saya dapat sambung tidur pada waktu ini...cuaca pun agak membuai mata agar terus lena dibuai mimpi-mimpi indah.. tapi apakan daya, ada kerja yang perlu disiapkan.. kerja?? Sudah bekerja ke saya.. belum lagi. Dah. Eh belum.. eh dah..iye, kamu sudah bekerja ya.. pra bekerja..bukan budak-budak sekolah lagi.. kalau masa belajar dulu, suka hati pilih waktu kuliah yang agak tengahari sikit..dengan impian untuk mendapat tidur rehat yang secukupnya. Takut kalau tak cukup tidur rehat, mengantuk dalam kelas dan tak boleh focus pada subjek yang sedang dipelajari.. tapi sekarang semua sudah berubah dan masa indah tersebut telah berlalu..itulah dulu masa belajar,hati tak ketahuan memberontak nak bekerja, nak bekerja.. seboleh-boleh nak habis belajar cepat-cepat macam arnab yang lari laju-laju lepas tu tertidur kat tengah jalan..hihi..ini baru je masuk fasa pra bekerja. Diulangi, fasa pra bekerja.. dah mengeluh sana sini..macam memikul jawatan sebagai bos pula.. haisshhh mana nak lalui hari-hari yang akan datang?? Owhhh sesungguhnya kamu perlu bertabah dan terus berusaha untuk mencapai apa yang telah kamu inginkan dan apa yang kamu ingin kecapi.. tapiiiiiiiiiii.... apa yang tapi?? Kepala masih buntu, hati masih tak tahu, minda masih terbelenggu, jiwa masih tak menentu..kacaunya semua faktor-faktor itu... Ya tuhan, permudahkanlah segala urusan dan rezekiku.. sesungguhnya engkaulah yang maha mengetahui dan maha penyayang..  tak apa.. ada masa lagi.. semoga tuhan mempermudahkan segala urusan kamu.. amin..
Kelmarin cuti..tak berape nak hooray hooray sebab selsema..jadi hampir separuh hari campur setengah malam waktu digunakan untuk tidur.. buku dan laptop tolak tepi.. tak pandang langsung.. kesian kat mereka..saya sangat tak larat nak ulangkaji pelajaran..maaf maaf.. seronoknya kalau time tu ada orang datang bawakan ubat-ubatan, buah-buahan, bubur atau sup, lollipop, bunga atau teddy bear,atau ada orang tolong urut-urutkan badan ke.. tapi tiada.. yang ada ialah..haahaaa jeng jeng jeng.. orang yang bawa saya pergi mana saya nak pergi, makan apa saya nak makan, beli apa saya nak beli, sangat bertuah macam tuan puteri...hahaha.. terus baik semuanya.. hilang selsema, hilang sakit kepala..^_~
Waktu berlalu sangat-sangat pantas.. sedar tak sedar masing-masing sudah besar panjang.. sudah bekerja dan punya perancangan hidup sendiri.. bila tengok fb kawan sana sibuk dengan plan nak berkahwin.. rata-rata semua sebaya saya..bila tengok album gambar pula, title album macam ni, my engagement day, sudah tiba masanya, just engagement dan yang seangkatan dengannya.. tahun ini sangat ramai kawan-kawan memulakan kehidupan baru diawal tahun..maybe ini azam baru mereka kot.. dan ramai juga yang melangkah kea lam pra fasa perkahwinan (tunang) dan ada juga yang sedang membilang hari untuk menyambut kehadiran orang baru..dan saya...saya bila?? Dalam hati ada rasa cemburu dan sedih.. cemburu kerana turn saya tak sampai-sampai lagi..huhu..boleh ea.. sedih sebab kawan baik saya akan lebih tumpukan pada kehidupan baru selepas ini.. maka akan ada sedikit jurang disitu.. eh bukan jurang..dia macam ada sekatan atau gap kat situ..kalau dulu, nak telefon tengah malam pun tak apa.. sekarang telefon masa office hour je..lepas tu kena hormat privacy mereka...owhhh..... insyaallah masa saya akan tiba satu hari nanti..Cuma tak tahu bila.. allah maha mengetahui.. saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk tempuh alam baru.. melihat dugaan yang menimpa orang-orang disekeliling, rasa macam takut pula.. tapi teringin..tapi takut..tapi teringin.. tidak apa.. tidak apa.. sabar itu separuh daripada iman..

No comments:

Post a Comment