Monday, December 5

Review: Ombak Rindu

Assalamualaikum readers :)

Semoga sentiasa sihat dan baik2 saja hendaknya..

So far, banyak sangat orang post kat facebook, twitter, surat khabar, radio, tv dan pelbagai cerita tentang Ombak Rindu. Mula2 macam tak nak tengok cerita ni.. walaupun lagu agak best (boleh layan) tapi sebab tak baca novel jadi macam tak ada feel nak ke panggung. But then, semalam petang, kekasih hati cakap nak belanja tengok cerita ni. wow, bukan senang kekasih hati nak menonton cerita melayu. tapi kali ini.. ohhh kagumnya.. dan terasa best juga.. (boleh dating sekejap). wink-wink.

Tidak mengapa juga tidak dapat duduk di bahagian favourite. beli saja mana2 seat yg masih available. memang sangat ramai ya yg datang menonton walaupun masa tayangan adalah agak lewat dan keesokkan hari adalah waktu bekerja. memang hebat penangan ombak di panggung.

Tak sangka sama sekali Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani boleh bawa watak dengan sangat berkesan. dan super duper sweet + romantik untuk Aaron Aziz. (tiba2 pejam mata dan bayangkan jika ada lelaki seperti itu hadir dalam hidup). cukup. jangan bermimpi lagi. bersyukur dengan apa yg ada. :)

Mula2 tengok, rasa macam boleh lagi untuk menyeka air mata dari gugur. tapi apakan daya, naluri keperempuanan saya akhirnya terlerai. gugur juga air mata bila ada babak2 yg menyentuh perasaan. tapi bukanlah sepanjang masa menonton menangis. owh itu sangat gembeng namanya. harus terima kenyataan bahawa tidak akan ada jalan cerita yg 100% sama seperti yg ditayangkan di layar.





Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.




** Buat pertama kali kekasih hati memuji2 cerita ini best!! (Ala sebab ada Aaron Aziz kan. mestilah best)

Monday, November 28

Salam Maal Hijrah

Kepada semua para pembaca yang dikasihi, saya nk ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433.


Saturday, November 12

Makanan Kulit

Salam dearies :)

Semalam saya ada beritahu bahawa ada sesuatu yg ada didalam kepala saya. harini saya akan reveal apa yg ada didalam kepala saya tu. sebenarnya bukanlah apa2 sangat. bukan hot topic pun. cuma saya yg menggatal.

Sejak 3 minggu kebelakangan ini, saya semakin alert dengan pemakanan yang sihat, supplement untuk body yg baik, penjagaan kulit wajah dan seluruh badan, baca petua2 yg boleh saya amalkan untuk menjaga badan agar mampu bertahan untuk 30 tahun lagi. Insyaallah jika diizin tuhan.

Baru2 ini saya ada mencuba satu produk. makanan untuk kulit muka saya. bukan badan saja memerlukan vitamin, wajah saya juga perlukannya sama. saya baru 2 minggu menggunakan Vitamin E Soft Collagen. bukan pil. bukan juga botox/bahan yg memudaratkan. ia sangat selamat dan halal untuk digunakan. tak perlu sakit2 sana cucuk2 sini. sebelum tidur, saya akan cuci muka dengan bersih. lap muka sehingga kering dan sapukan vitamin E tersebut pada seluruh wajah tanpa ragu2 :)   setelah hampir 2 minggu, saya dapati, kulit wajah saya semakin lembut. parut jerawat semakin pudar. wajah bertambah cerah dan berseri (owh peh lis lah.. haha). tapi betul. saya sangat-sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. memang sangat berbaloi.

Vitamin E ini sesuai untuk semua jenis kulit. jangan risau/khuatir kerana tiada side effect. haaaaa cuba ya jangan tak cuba. pasti berpuas hati ya kawan2. beri sedikit vitamin pada kulit wajah agar sentiasa sihat, wajah kelihatan muda, smooth dan glow. wow!

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Vitamin E ini merupakan kapsul. cuma perlu gunting sedikit diatasnya dan keluarkan isinya. then, apply pada seluruh muka. bau vitamin E ini sangat wangi dan juga tidak berminyak. readers, you should try. wajah cantik, keyakinan diri pun bertambah. harga dia RM2.50/kapsul. barang bagus, mahal sedikit tidak mengapa. sebotol ada 20biji. -iklan sekejap.. hihi

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran


Jika ada kekeliruan, boleh juga refer DISINI

Perkara yang baik haruslah dikongsi bersama. :)

Random

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya dah lama ya saya tak berblogging. apakan daya. kerja yg banyak dan kekangan masa yang agak membataskan saya untuk berblog. banyak perkara yang berlaku dan banyak cerita untuk dikongsi. saya akan kongsi setiap cerita yang saya lalui dengan ringkas ya :)

1) Saya sudah mula bekerja. dan bermula saat itu, waktu kerja saya kadangkala melebihi waktu untuk saya bersantai. even nak bermukabuku juga kadangkala tak berkesempatan. kalau curi2 sekejap2 tu bolehla.. hihi
sepanjang saya bekerja, banyak kenangan yg tak akan saya lupa. banyak sangat. I miss you all guys :)

It's bowling time...
Before the game started, haruslah bergambar sakan. hihi

 Super girls.. boleh tak??

I miss this girl.. Yuva :)

Semua yang ada didalam gambar adalah merupakan rakan sekerja yang sangat sporting. saya pasti rindu pada kamu semua apabila saya sudah tidak bersama kamu semua lagi.
ya saya sudah menangis sekarang :'(
Walau bagaimanapun, jika ada waktu terluang, saya sangat ingin berjumpa kamu semua.

2) Waktu terbaik untuk berjumpa kawan lama ketika zaman persekolahan adalah bila adanya majlis kahwin. betul tak? sebab waktu ini hampir semua kawan sekolah akan dijemput dan suku dari itu akan hadir untuk meraikan pengantin. dan saya tidak terkecuali. alang2 saya berada dikampung, saya sangat rindu untuk bertemu kawan sekolah lama. mesti dah banyak perbezaan pada mereka. wajah setiap seorang sudah berubah tetapi kawan sejati akan tetap mengenali sahabatnya.. hihi.. yang dulu tiada teman lelaki, sudah datang ke majlis bersama teman lelaki/tunang, yang sudah berkahwin akan datang membawa si kecil. dan semua itu sangat indah untuk dikongsi bersama. wahh meriah sungguh waktu ini.. dan masa ini jugalah akan digunakan untuk bergossip. I mean bertanya khabar dan bertukar2 cerita. :)

Pasangan pengantin yang dirai. both are my schoolmate.


Before bye2.. :) nanti jumpa lagi ya.



3) Saya sudah habis belajar. ya saya sudah bergraduate. syukur ke hadrat Ilahi. terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana menghantar saya ke tempat belajar yang hasilnya membolehkan saya berbakti kepada semua. 

My classmate.. :) Congratulation guys!



































TerOver-limit border :)


Cukup sekadar itu cerita yang tak seberapa kali ini. dalam kepala ada 1 entry untuk diupdate segera. mungkin esok hari. Insyaallah..
Selamat malam semua.. 

xoxo,
Sue

Friday, November 11

Owwwwwhhh berdebuuuuu

Owh nampaknya blog ini sudah sangat berdebu.. sehingga ada yg terbatuk2 bila tersinggah/terlalu disini.. apakan daya, kerajinan saya belum datang menyinggah.. for the time being, saya lap-lap mana2 yang berhabuk dan gosok2 sikit mana yang berkarat tu ye.. Nanti saya datang lagi... daaaaaaaaaa~~

Saturday, August 27

Selamat Hari Raya




~Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Dan Batin To All My Friends~







Sunday, August 7

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Rasanya sudah lambat tapi rasa macam belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan sekalian dan sahabat handai sekalian... ^______^

Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna... amin...

Bercakap mengenai puasa... saya ada benda untuk dikongsi bersama.. kiranya ini adalah entri pukal sekali...ngeee~~... ok benda tersebut ialah:

  1. Saya memulakan kerja untuk yang pertama kali setelah habis belajar pada 1 ramadhan... Alhamdulillah... rezeki dari Allah sempena bulan yang mulia... walaupun hanya pekerjaan yang biasa2 saja, tapi sangat bermakna bagi saya kerana inilah masa untuk saya menimba pengalaman... selepas setahun, saya mahu cut contract..hehehehe... sangat tidak berpatutan ye... hahahaha.. biar saja masa yang menentukan... just follow the flow... =)
  2. Hari kedua berpuasa merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke..... tetttttttttttttttttttttt.... hihihi... itu rahsia awet muda saya...nanti2 saya bagitahu ya... *gediksnyeeee... hari keputerian saya jatuh pada bulan puasa..Alhamdulillah... saya masih berpeluang untuk memperolehi nikmat darinya...
setakat ini, hanya dua kisah yang ini saja kot... tunggu sehingga habis ramadhan..mungkin benda-benda-benda tersebut boleh jadi sampai bilangan yang ke-30...huahuahua.... tunggu saja ya.. pasti ada...kalau tak 30 benda pun, pasti ada pertambahannya.. mungkin akan ada 3 benda saja nak cerita selepas ini... apakah yang saya mengarut ini...

Okeyh.. semalam saya dan kekasih hati serta kawan-kawan beliau telah book 1 restoran ala-ala korean style untuk berbuka puasa... sangat kenyang sekali.. ambil lah seberapa banyak makanan pun (kalau boleh habis makan) then, bakar sendiri.. restoran ini macam korean style.. layan diri dan bakar sendiri.. bukan bakar diri ye.. bakar makanan mentah yang telah mereka sediakan.. kita pilih dan ambil, then kita bakar hingga masak dan makan sampai kenyang dan perut buncit... erkkk alhamdulillah.. makan sampai tak boleh bangun.. akibat daripada itu, perut saya rasa macam nak membuncit dah.. hahahaha....





Okeyh... setakat itu sahaja kemeriahan yang dapat saya rakam.. nanti kalau ada gambar lain, saya add on lain ok..sekian....


P/s: i love my family very-very much and i love my kekasih hati too........

Sunday, July 31

Turn to 27th

Oppsssss.... it's not mine....
But it's goes to him....





Happy Birthday My Dear...






P/s: i love you!

Wednesday, July 20

Setia menanti.....

Assalamualaikum w.b.t...


Saya merupakan seorang yang setia...
Haruskah bangga???? tumbok baru tahu!!
Tidakkkk...bukan... tapi memang saya setia......



Saya setia menanti..........






















Menanti...........................................












Menanti lagi..............................................








Lagi akan menanti.................................................

























Dan terus menanti..........................................


































Akan tetap menanti................................................






















Ya...sayalah penanti yang setia untuk........................................

































































...............untuk mendapat KERJA!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 12

2 days 1 night...

Dua hari yang lalu, saya mengikut kekasih hati pergi dinner untuk majlis bertandang sempena perkahwinan kawan baik beliau.. saya sangat excited... almaklumlah, dah lama tak kesana.. perjalanan mengambil masa selama hampir 6 jam untuk sampai.. sepatutnya 5 jam sahaja, ini akibat saya yang banyak songeh, asyik nak berhenti-berhenti pergi toilet sahaja sehingga menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati dihati kekasih hati kerana akan tiba agak lambat.. pasti dia menyesal kerana membawa saya..hahahahha...

Setelah sampai, saya decide untuk menginap di tempat yang berbumbung ala-ala Vistana Hotel.. hihi.. setelah selesai check in, saya dan kekasih hati keluar minum air kelapa kerana sepanjang jalan asyik cakap, alangkah indah dapat menikmati air kelapa petang-petang begini...owh sangat touching...hohoho..dan sementara menunggu masa untuk bersiap pergi ke dinner tersebut kami pun berehat lah bersama air kelapa muda..alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. alang-alang pulang ke kampung, haruslah bertemu kawan-kawan... saya pun follow je... tak apa, tunggu la esok,akan saya heret dia berjumpa kawan saya pula...hohoho...

Ok, tibalah masanya untuk bersiap-siap.. saya pakai biasa-biasa saja.. langsung tidak menepati tema.. owh tidak mengapa, asalkan berbaju comel.. hihihi masuk bakul angkat sendiri.. setelah siap, kami pun berangkat ke tempat yang ditetapkan bersama kawan kekasih hati bersama wife yang tumpang sekali.. kan muhibbah tu..hihi.. sesampainya kami dipintu utama, kelihatan pengantin baru nak berarak masuk.. wahh secocok pasangan ini..dan baju itu...owhhh baju yang saya idam-idamkan untuk hari persandingan saya nanti.. nah amik kaki kat muka!! cantik sungguh songket purple... make up pun cantik..dan semua cantik.. keadaan didalam restoran sudah penuh dan kami perlu kuruskan badan yang tak berapa nak besar untuk lalu di celah-celah kerusi tetamu lain.. baru duduk tak sampai 5 minit, pak ustaz sudah berucap untuk baca doa makan.. rezeki jangan ditolak.. lauk pauk yang sedap dan menyelerakan menunggu masa untuk dijamah.. tak mahu buang masa dan terus makan.. sedang makan, tiba-tiba kekasih hati bisikkan something "photographer tu yang PhotoAura tu kan..." saya terus terbehenti makan untuk memastikan bahawa photographer yang diperkatakan itu betul..dan memang betulllll... OMG, kalau tahu ada ptographer ini, haruslah pergi ke Kamdar petang tadi dan beli 1 baju paling gojes!! waaaa...inilah photographer impian untuk saya hire pada hari saya pula nanti.. cuma pasti kena simpan $$$$ lebih sikit ya..

Selesai makan, acara bergambar pula.. waaa harap-haraplah muka saya yang sememeh ni dapat masuk dalam page itu.. rasa la juga aura dia..hihihi.. selesai semua, biasalah kan, malam masih muda, tak kan nak lepak atas katil saja....haruslah cari port untuk sesi bertanya khabar..kan dah lama tak berjumpa... hoho.. selepas penghulu buat keputusan, kami pergi minum dekat 1 restoran ala-ala mamak tapi bukan mamak.. restoran Cik Siti..amboi manisnya nama... patutlah ramai pengunjung..  ada 1 peristiwa lucu terjadi.. saya dan kekasih hati pesan air jus.. pada mulanya, kami nak gelas besar dan ingatkan besar tu taklah sebesar mana.. tapi saya fikir takut kekenyangan sebab saya pesan air tembikai campur susu..so fresh... then bila order sampai, alangkah terkejutnya kami bila air gelas besar untuk kekasih hati memang sangat besar.. dah serupa jag saya tengok.. hampir semua orang ketawa, ini bukan air untuk lepak sejam dua.. boleh melarat sampai 3 hingga 4 jam ni.. haisshhh... sembang punya sembang punya sembang, tiba-tiba someone announce yang pengantin nak datang join lepak sekali..wahh sangat sporting walaupun sanggul masih terletak dikepala.. semua orang perhati bila pengantin sampai.. pengantin sangat peramah.. siap sharing what do's and don'ts untuk berkahwin.. wahhh teruja dan teruja.. rasa nak kahwin esok!! pengantin siap show off cincin yang dia custom made untuk wedding dia.. its so interesting.. mana tahu saya pun boleh buat begitu..hihii..Insyaallah jika ada rezeki.. setelah lama bersembang,kawan kekasih hati dan wife ajak balik rumah sebab teringat pada his son yang ditinggal dirumah.. kami balik dan tidur.. rehat harus cukup.. esok nak berjalan jauh lagi..

Keesokkan hari, pagi-pagi saya dah bangun.. perut bunyi kruk krak kruk krakkk.. alaaaa lapar lah pulak perut ni.. kekasih hati hati masih diulit mimpi.. saya bergolek-golek atas katil dengan harapan perut akan berhenti berbunyi dan rasa kenyang setelah makan angin sedikit. tetapi tidak berkurangan juga.. dan tidak semena-mena, handphone saya berbunyi.. kekasih hati call..macam tahu saya sedang lapar.. kami keluar sebentar dan makan nasi Kak Wook.. nasi yang popular sekitar kota baru.. kalau saya datang sana, saya harus pergi ke kedai ini untuk makan nasi Kak Wook.. selesai makan, kami pulang untuk bersiap-siap pulang... sekejapnya datang tiba dah nak balik dah.. =(

Sebelum pulang, jumpa kawan saya dahulu.. wajib ya jumpa sebab dah lama tak jumpa walaupun sebentar.. Anis baru habis interview.. jadi alang-alang dia masih belum pulang ke rumah, apa salahnya saya jumpa dia sekejap sebelum balik ni..


Selepas berjumpa dengan Anis, saya pun gerak terus balik ke Penang semula... owh sendi-sendi semua sakit tapi saya belum tua.. kekasih hati minta saya drive.. saya agak yakin tak yakin sebab jalan yang kami lalui memang sangat mencabar mental dan fizikal... sampai di Tasik Banding, saya berhenti.. konon nak berehat sebentar tetapi sebenarnya mahu bergambar.. bagus kan taktik begini.. gunalah, pasti mujarab.. hohoho..






Merenung masa depan kaum kerabatnya yang
masih bertapa di dalam hutan bersama sumpit....

Indahnya ciptaan Tuhan....



Jauh perjalanan luas pemandangan walaupun saya krohhh krohh krohhh dalam kereta...hahahahah... =)


Monday, July 4

m a l a s

Title sudah menunjukkan bahawasanya saya sedang malas...
Tahap kerajinan semakin merundum..
Mungkinkah kerana kekurangan makan...
Ohhh itu tidak mungkin...
Tapi mengapakah???
Entah.............................................................

Thursday, June 30

Fun Day @Wednesday

Huyeahhhhh... tetibe pulak kan saya pergi bergumbira pada hari semua orang pergi bekerja.. boleh-boleh.. janji seronok.. boleh main air sampai masuk dalam perut akibat terminum air dengan tak sengaja.. uwekkss!! tak sedap!!! tapi yang pasti, ia dapat mereleasekan diri.. adakah saya berpenat lelah bekerja... owhhh tidak.... mewakili kekasih hati... tetttttt..... hoho... tidak mengapa asalkan semuanya percuma...wakakakaakaa... owh beruntungnya kalau selalu begini.. memandangkan kekasih hati bersama kawan-kawan beliau ingin mencari tempat untuk menghilangkan lelah bekerja keras, jadi kami decide untuk ke Bukit Merah sebab last month dah pergi Lost World Of Tambun.. so, kali ini cuba tempat lain pula..cuma bagi pendapat saya, jika mahu dibandingkan antara Bukit Merah dan Lost World Of Tambun, saya prefer Lost World Of Tambun lagi.. sebab dekat sana, semua permainan boleh berfungsi dengan baik dan tiada perlu had maximum person untuk bermain sesuatu permainan.. cuma harga dia agak wow sedikitlah dari Bukit Merah.. Bukit Merah is less cheaper than Lost World Of Tambun.. but both is still ok untuk bergumbira.... lalalalalaa.....




















































Picture lain sedang dalam proses migration... =)

Thursday, June 23

Kira Dengan Jari

Mari kawan-kawan kita kira dengan jari hari-hari yang tinggal untuk bulan ini...
Sekian...... (Ok menangis sambil ketawa... *pang sekali!)



Days to go.... huwaaaaaaaaaaaa

Friday, June 17

Sesuatu Yang Berbeza

Ahhhhhhhhhhhhhhhh demam Nora Elena ada lagi.... owh sangat bahaya virus ini...
Tapi tidak mengapa... mungkin sementara sahaja...
Sangat obses dengan lagu dari drama tersebut dan inilah jadinya...
Meskipun video klip sebenar tidak dapat dijumpai, upload saja mana yang ada..
Maafkan saya..... ini adalah video klip korea yang menggunakan lagu ini.. 
Bolehkan saja la ye...hihihi...



Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini


Sindrom Nora Elena dah habis.....

Huhuhuhu......hahahaha... yeay tak yeay sangat lah kan...drama yang saya follow telah menemui episod yang terakhir.. setiap scene for both actor and actress are so sweeeeeeeeeeeettttt.... hati jadi cair sekejap.. terus membayangkan jikalau saya berada ditempat Nora dan kekasih hati saya adalah seperti Seth.... wow wow... mesti saya jadi yang dalam cerita tu kan (minus kisah silam mereka plus ambil part after married).... owh bisa dapatkah peluang seperti itu???? hanya Allah yang Maha Mengetahui....  setiap orang mempunyai cara yang tersendiri.. drama tersebut hanya berdasarkan novel yang mungkin hanya rekaan atau jika ia berdasarkan cerita sebenar pun mungkin telah ada part yang ditokok tambah... dan jika ada pun pasangan begitu dalam dunia, nisbahnya mungkin dalam lingkungan 1:10 atau 10:100 atau 100:10000...haaaaaaa.... hihihihi.... by the way, mungkin dari cerita tersebut, ada yang boleh kita belajar seperti:

  • Tidak terlalu mempercayai orang sekeliling... muka nampak baik..tapi dalam hati..masyaallah...
  • Jangan telalu mengikut perasaan... berfikir sebelum bertindak... jangan menyesal di kemudian hari...
  • Siasat sesuatu perkara sama ada betul atau tidak sebelum mengambil tindakan...
  • Tak semua yang kita suka adalah baik bagi kita dan tak semua yang kita benci akan mendatangkan keburukan pada kita..
So, sayangilah apa yang kita ada dengan sebaiknya dan janganlah membenci sesuatu itu dengan keterlaluan...





Mode: Rindu-rinduan....

    Sunday, June 12

    Jenjalan Jenjalan

    Kawan baik saya datang dari jauh.. maka saya telah menyediakan tentatif untuk mereka agar seharian mereka dipenuhi dengan aktiviti yang sihat... Saya bersama 'supir' kesayangan telah membawa mereka jenjalan di beberapa tempat yang saya sendiri tak pernah pergi semenjak bertapa di bumi Penang sejak hampir 6 bulan yang lalu.. Ini kali pertama dan berasa agak teruja... wahhhhhhh... kalau tidak kerana kawan-kawan, tak ada maknanya saya dapat jejakkan kaki di Padang Kota Lama.. tempat bersejarah uuuoooolllsssssss... =)






















    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -

    eeeeeeeeeeeeeeeee gedikssss.... *Sila muntah hijau!

    Sunday, June 5

    Malas. Kenapa malas? Sebab malas!

    Owhhhh tuhan...mengapa saya rasa terrrrrrrsangatlahhhh malas....
    Kenapa? kenapa??? kenapa???????? kenapaaaaaaaaa?????????
    Baju banyak berlonggok tetapi masih malas nak lipat....
    Dapur agak kusham tetapi malas nak clean up...
    Ruang tamu dah mula berdebu...uhuk uhuk...tetapi malas nak mop..
    Cermin tingakap dan segala mak nenek cermin dah kelabu asap tetapi malas nak lap...
    Mahu jadi apakah????? wake up..tolong wake up.....jangan asyik mahu makan tidur sahaja...
    Anda bukan anak raja... Tiada perkhidmatan bibik-bibik disini untuk tolong buat semua itu...

    Aunty dah lepas rindu pada Safiyya.......

    Kuikuikui....'aunty'....... macam kelakar...but i'm admit it...
    Kawan saya baru ada anak...jadi, takkan nak panggil saya nama sahaja...
    Takkan nak panggil kakak pula...takkan nak panggil adik pula....uissshhhhhh...Tak manis..
    Then bila panggil aunty, rasa macam dah agak tua lagi berumur matured ya....hihihi
    Tapi semalam jumpa sekejap sangat... tak habis lepas rindu lagi tetiba safiyya dah tunjuk perasaan..
    Takpa2...nanti aunty datang lagi, kita main sama-sama okkey...

    Safiyya tomeiiiii~

    Ibu safiyya, aunty Sue , maksu Safiyya
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -

    Laaaaaa uncle anti flash la pulaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakss!

    *****Nak cari kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

    Thursday, June 2

    Countdown

    From the moment now on.... I just countdown until the time is over!

    Monday, May 30

    Fun Day @Sunday

    Hari ahad yang sangat penuh dengan aktiviti.....

    1.Kenduri kahwin


     


    2. Lost World of Tambun...yeayyyy!!






    3. Night Safari





    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -


     =)