Monday, July 15

Kadang-kadang percaya juga pada pepatah 'What You Give, You Get Back'

Salam semua.. Alhamdulillah. Dah 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita semua diterima Allah. Alhamdulillah juga rezeki dari Allah masih ada dibulan yang mulia ini.

Sebagai manusia, kadang-kadang saya percaya pada ayat 'What you give, you get back'. Sama juga dengan ayat 'What you give is what you get'. Sama jugalah dengan ayat 'What goes around comes around'. Dan sama juga macam 'Karma'. Semua itu datang dari kita. Baik yang kita bagi, baik jugaklah yang kita dapat. Begitulah sebaliknya. Saya yakin, kalau setiap orang faham akan potongan ayat ini. Kita sentiasa akan melakukan kebaikan. Yang saya doa, semoga awak diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Time awak minta tolong, push saya, force saya, saya turuti. Tapi bila time saya, awak buat lengah-lengah. Malah cuba mengelak dan jauhkan diri dari saya. Kawan apakah ini? Inilah sebahagian manusia yang saya rasa, mereka cuma fikir untuk diri sendiri sahaja!


Friday, July 12

Salam Ramadhan

Salam.. Alhamdulillah. dah masuk hari ketiga umat islam diserata dunia menjalani ibadah berpuasa. Syukur atas nikmat itu. Dah hari ketiga pun baru nak ucap Salam Ramadhan. Boleh lagi kan? Belum terlambat lagi kan? :) Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini berjalan dengan sempurna dan diterima Allah. Insyaallah.

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."




Sunday, July 7

Ubat Ajaib

Sambungan entry ulser beberapa hari yang lalu. Saya sangat senang untuk menggunakan ubat yang beberapa sen sahaja harganya berbanding ubat mahal yang saya beli di farmasi. hehe.. 2 hari je dah boleh sembuh dah.. Alhamdulillah. Dah kurang sakit nak makan dan bercakap. Sapu je serbuk ubat tu sedikit dekat ulser tu lepastu biarkan je.. Seeloknye sapu sebelum tidur dan biarkan saje semalaman. Insyaallah esok pagi dah boleh reda sikit. :) kalau tak sembuh lagi, letak serbuk tu lagi.. Inilah ubat ulser saya.


Thursday, July 4

Ulser

Sejak seminggu yang lalu, selepas checkup tukar bracket di gigi, saya kena ulser. Sakitnyaaaaaaa.... Selama pakai braces, ini lah baru sekali saya kena. Mungkin dawai baru yang digunakan tu agak tajam ke ape pun saya tak tahu. Nak cakap banyak pun tak boleh. Nak makan pedas pun tak boleh. Semoga ada hikmah untuk sakit yang sedikit ini. Insyaallah.