Friday, October 25

Lapar dan Makanan

Lapar

saya kalau lapar sangat, badan saya akan menggigil.
bila dah menggigil pulak, saya tak boleh fokus pada keadaan sekeliling.
bila saya tak boleh fokus, maka saya akan buat tak tahu pada semua benda.
dan bila saya dah buat tak tahu, kadang-kadang ianya boleh trigger emosi saya.. astaghfirullahalazim..

Makanan

bila saya dan makan, dah kenyang, badan dah tak menggigil, saya akan rasa sangat gembira segembira gembiranya.
dan masa tu, baru saya boleh recall ape yang berlaku sebelum saya makan.
Oh my, maafkan saya.. saya tak sengaja. ^__^

Monday, July 15

Kadang-kadang percaya juga pada pepatah 'What You Give, You Get Back'

Salam semua.. Alhamdulillah. Dah 6 hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita semua diterima Allah. Alhamdulillah juga rezeki dari Allah masih ada dibulan yang mulia ini.

Sebagai manusia, kadang-kadang saya percaya pada ayat 'What you give, you get back'. Sama juga dengan ayat 'What you give is what you get'. Sama jugalah dengan ayat 'What goes around comes around'. Dan sama juga macam 'Karma'. Semua itu datang dari kita. Baik yang kita bagi, baik jugaklah yang kita dapat. Begitulah sebaliknya. Saya yakin, kalau setiap orang faham akan potongan ayat ini. Kita sentiasa akan melakukan kebaikan. Yang saya doa, semoga awak diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Time awak minta tolong, push saya, force saya, saya turuti. Tapi bila time saya, awak buat lengah-lengah. Malah cuba mengelak dan jauhkan diri dari saya. Kawan apakah ini? Inilah sebahagian manusia yang saya rasa, mereka cuma fikir untuk diri sendiri sahaja!


Friday, July 12

Salam Ramadhan

Salam.. Alhamdulillah. dah masuk hari ketiga umat islam diserata dunia menjalani ibadah berpuasa. Syukur atas nikmat itu. Dah hari ketiga pun baru nak ucap Salam Ramadhan. Boleh lagi kan? Belum terlambat lagi kan? :) Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini berjalan dengan sempurna dan diterima Allah. Insyaallah.

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."




Sunday, July 7

Ubat Ajaib

Sambungan entry ulser beberapa hari yang lalu. Saya sangat senang untuk menggunakan ubat yang beberapa sen sahaja harganya berbanding ubat mahal yang saya beli di farmasi. hehe.. 2 hari je dah boleh sembuh dah.. Alhamdulillah. Dah kurang sakit nak makan dan bercakap. Sapu je serbuk ubat tu sedikit dekat ulser tu lepastu biarkan je.. Seeloknye sapu sebelum tidur dan biarkan saje semalaman. Insyaallah esok pagi dah boleh reda sikit. :) kalau tak sembuh lagi, letak serbuk tu lagi.. Inilah ubat ulser saya.


Thursday, July 4

Ulser

Sejak seminggu yang lalu, selepas checkup tukar bracket di gigi, saya kena ulser. Sakitnyaaaaaaa.... Selama pakai braces, ini lah baru sekali saya kena. Mungkin dawai baru yang digunakan tu agak tajam ke ape pun saya tak tahu. Nak cakap banyak pun tak boleh. Nak makan pedas pun tak boleh. Semoga ada hikmah untuk sakit yang sedikit ini. Insyaallah.


Wednesday, June 26

Saya memang takut kucing

Kalau pergi kedai makan, seboleh-bolehnya, saya harap, tiada kucing berkeliaran di kedai makan itu agar dia tidak menggeselkan badannya di kaki saya.
Kalau pergi pasar, saya berharap, tiada kucing yang mengekori saya kalau saya beli ikan.
Kalau ziarah rumah orang, saya berharap sangat kucing yang mereka bela takut kepada tetamu.
Kalau sedang tunggu kawan-kawan di pondok guard, saya berharap agar kucing yang dari tadi pandai main dengan sendiri, tidak datang dekat pada saya untuk meminta makanan.
Begitulah saya. Sangat berharap agar kucing takut dan tak mendekati saya.
Tetapi, selalu je tak faham. Makin kite takut dan nak melarikan diri, makin dia datang dekat.

Sebenarnya saya geli kalau badan dia yang lembut dan berbulu itu gesel-gesel manja-manja dekat kaki saya. Entahlah. Memang dari kecik saya macamtu. Walau comel mana pun dia, walau gebu mana pun dia, walau jinak mana pun dia, saya tetap takut dengan dia. Mesti orang ingat saya mengada-ngada. Tapi.... Ade haku kesah.. :P

Memang saya akan jadi macam orang dalam gambar tu. Kaki paling penting untuk diselamatkan Bersila atas kerusi pun sanggup.


Kadang-kadang terfikir juga saya, kalau dah kawin nanti, ade anak, anak mesti pelik "mama saya panakut kucing." Saat tu, saya rasa macam nak cari anak patung Hello Kitty. Tunjuk kat dia yang ayat dia itu auta. Hello Kitty pun kucing juga kan.. miaowwwwww...

Sunday, June 23

Hati Oh Hati

Assalam untuk semua... Ini betul-betul berhabuk dan mungkin bersarang labah-labah dah..

Rindunya saya nak berblog dan luahkan apa saja disini. tapi apakan daya, masa masa dan masa yang agak cemburu dengan saya untuk saya menghabiskannya disini. Tapi insyaallah saya akan cuba. Walau rasanya sebelum ni pun janji macam ni juga. Hihi..

Hati. Sekarang ni terlalu sensitif. Mungkin juga kerana kerja yang sangat banyak di office. Sedikit sebanyak dia mempengaruhi emosi saya. Bukan saya tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada saya. Saya bersyukur sangat-sangat. Cuma mungkin saya terlalu mentah untuk jadi orang yang mengatur atau memberi arahan pada mereka yang saya anggap seperti kakak dan ibu. Untuk mengarahkan mereka saja pun saya perlu fikir banyak kali. Mungkin hati saya terlalu lembut. Jenis yang tak sampai hati dan sedih plus menyesal kalau buat mereka bersedih.. Owh, saya perlu control all of this things agar ianya tak mengganggu emosi saya juga diluar waktu bekerja.

Hati. Ya sangat sangat sensitif sekarang ni. Bila berstatus tunang ni, saya sangat beremosi. Semua serba serbi saya berkira. Terlalu terperinci sehingga mungkin akan ada yang rimas dengan sikap saya tu. Entahlah. Saya cuba untuk terima saja. Tetapi hati selalu menyangkal dan minta untuk saya cari punca akan sesuatu itu berlaku. Betul orang kata, jangan ikat tali pertunangan dalam jangka masa yang lama. Bergantung pada keadaan seseorang itu. Tapi mungkin saya jenis yang macamni. Huhu.. Agak mencabar mental dan fizikal. Kadang-kadang sayaselalu fikir, ade hikmahnya juga ikatan ini. mungkin akan mengajar saya sesuatu untuk masa yang akan datang. Insyaallah..

Bila sesuatu membuatkan saya rasa tak keruan dalam hati, saya selalu amalkan doa ini:

"Robbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim bi Khair"

-Semoga Allah s.w.t akan memudahkan segalanya. Ameen

Sunday, March 17

Site visit - KL

Assalam semua..

Ni cerita awal bulan March yang lalu. Sekarang dah tengah bulan dan dah nak masuk hujung bulan.
Awal bulan lalu, saya ke KL (site visit). Mane la tau kan, boleh hilangkan stressed. Almaklumlah, kan keje macam robot. Nasib baik robot takde hati dan perasaan, kalau tak, mesti dia pun nak mintak cuti gak kan? Ikut saya.. ;p

Alkisahnye, pegi KL kali ni, bukan nak shopping barang-barang nak kahwin, tapi lebih kepada sumbangkan duit seperti di MidValley, Sungei Wang, H&M, Lot 10, KLCC, IKEA, One Utama, The Curve, e-Curve.. wahhh, semua tempat kau jelajah.. Bab makan, tak payah nak kate, selagi belum penuh perut tu, memang non-stop makan.. (macam bas express pulak). Walaupun tahu, balik penang nanti, huwaaa huwaaa sebab dalam bank duit dah menipis.. Takpe-takpe, setahun sekali je buat macam ni (macam raye pulak kan, setahun sekali syawal datang lagi....(nyanyi lagu raye pulak, puase ganti pun belum abis bayar lagi))

Okay, kami gerak dari Penang hari Khamis malam, meaning, malam jumaat. Alhamdulillah, berkat pemanduan yang mantap oleh professional driver, kami selamat sampai di Shah Alam around 4am.. 3 hari di KL cukup untuk saya release stressed.. releaseeeee sangat kerrrrrrrrrrrr? hahahhaa..

Mase jalan-jalan dekat IKEA tu, jumpe fika. kawan lame.(lame la sangat) Kalau jodoh tak kemana kan Fika.. :) Terkejut tak terkata terserempak anda depan mata. :)

Setelah 2 hari di KL, tamatlah program site visit saya.. Bye bye KL, hello Penang (again!).. Redha jelah.. ini merupakan tempat saya cari sesuap nasi.. :)

Muka penat/kepanasan/kehausan dan lenguh-lenguh kaki.

Terjumpa Fika depan mata

Tumpang posing kat bilik pengantin sekejap ye.. :p

Saja duduk nak hilangkan penat :)

Friday, March 15

Baru ada rasa nak update blog

Assalamualaikum semua.. wahhh lama saya menyepikan diri kan? Rindunyeeee pada semua readers.. (hahahah ayat budget artis tak?) ;p


Sebenarnye saya pun rindu nak berblog/menulis tapi apakan daya, kekangan masa/kerja dan urusan seharian membuatkan saya tak sempat nak menjengah ke blog yang tak seberapa ni. Berkongsi cerita pun sekadar biasa-biasa sahaja.

Hurmmmmmm….. Sedar tak sedar, we are in March now. Cepat sungguh masa berlalu. Pheww.. Tinggalkan kita dengan segala kenangan pahit dan manis macam madu gula semua ada. Yang pahit macam hempedu tu kita buang jauh-jauh, dan yang manis macam madu tu kita simpan dalam hati, jaga rapi-rapi ya..

Okay, since saya pun dah lama tak menjengah ke blog ini, rasenye nak lap-lap sikit habuk-habuk dan ape-ape yang patut di lap. Berdebu semuanya.. Dan ada jugak story nak share.. Name pun pocket full of stories.. Nak kate banyak sangat tu mungkin tidaklah, sikit je. Tapi nak share jugak.

Kisah hujung tahun dan melangkah setapak ke alam baru dan kisah tahun baru juga ^__^

Hujung tahun lepas, starting from 21st Dec – 2nd Jan 2013, kilang saye shutdown due to clear off system before resume semula on 2nd Jan 2013. Dan memandangkan saye bercuti dalam tempoh yang agak lame, saye plan untuk bertunang pada 29th Dec 2012. Alhamdulillah, plan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan dengan izin allah, saya selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati sanubari, dia kacak saya berseri (pada mase tu je).. ;p

Memandangkan saye kerja di Penang dan rumah di Batu Pahat, so, takdelah nak preparation sangat. Since barang hantaran saye dah beli awal, jadi tinggal fikir untuk deco-deco sahaje. Fikir punye fikir punye fikir, saye ni bukanlah terlalu kreatif nak deco semua-semua tu. So startlah saya cari sumber di internet. Kawan lama mase sekolah dulu ade buat business chocolate, deco barang hantaran, hand bouquet dan macam-macam lagi, yang berkenaan dengan wedding event. So discuss punye discuss, die bersetuju nak tolong saye. Kalau nak compare harge antare buat sendiri vs minta orang buatkan, bagi saye, kosnye adalah hampir sama. Dengan saye yang tak berape kreatif ni, mesti lagi banyak benda yang saye akan bazirkan nanti. Hehehe. Saye minta tolong dia deco hantaran + hand bouquet.

Untuk baju tunang pula, saye beli ready made from minazboutiquestudio.com. Beli awal-awal dulu. Memang plan nak buat baju tu sebagai baju tunang. Just saye tambah beads area dada and alter sikit bahagian bawah baju tu. Kebetulan, kakak yang jahit beads di baju saye tu ade service buat veil sekali, so, saye decide untuk mintak tolong die. Hasilnya sangat memuaskan hati saye.

Persiapan lain seperti goodies bag saya kecik-kecik je sebab saya dah plan nak buat majis yang paling simple. Tak nak yang grand-grand sangat. Sebab saya fikir, ni baru bertunang. Insyaallah, ada jodoh, agak meriah sikit majlis kahwin saya nanti.. Tie tu nanti, saye jemput semua kawan-kawan.. Insyaallah. Rombongan dari pihak lelaki cuma 2 kereta sahaja dan saya hanya panggil saudara/jiran terdekat. Masa rombongan nak sampai tu, hanya Allah yang tahu. Time tu jantung dup dap dup dap, hati berbunga-bunga, berdaun, beranting dan sebagainya. Perut rasa kecut dan serba serbi tak kena. Lepas both family habis discuss, saya dipanggil untuk sesi menyarung cincin. Huiiiii berdebar rase jantung ni macam nak tersembul keluar. Hahaha.. Selepas sarung cincin, tetamu semua menjamu selera dan selepas itu sesi bergambar. Picture taken from GambarGumbira Photography. Thanks a lot. You do a good job!

Rasenye memang dah terlalu lambat kalau nak wish happy new year kan? Tapi tak ape, saye wish happy belated new year ye pade semua. Alhamdulillah, masih lagi kita diberi nikmat untuk menikmati kehidupan di bumi Allah, diberi kesihatan dan rezeki yang cukup buat kita. Bersyukur sangat-sangat.

As of now, ni story dihujung tahun lepas and wish for happy new year. A new story will be coming up soon. Insyaallah.

Layan gambar sampai mata berpinar ye.. :)
 Kad undangan.. Jemput kat FB jew.. :p

Dress attire after add some beads.. :)

Fully picture


Yang Bunga kuning, untuk pihak lelaki
Bunga pink untuk saya :)
Rombongan pihak lelaki
Kakak dan makcik kekasih hati ;)
Kakak dan anak saudara kekasih hati
Cinta hati dan kesayangan saya
Kawan saya :)
U & Me

Okay2... mata saya pula yang berpinar..


Ye ye tahu dah lambat.. tapi nak wish jugak!


bui bui..

Monday, January 21

Wanna to feeling feeling :)

Assalamualaikum darlsss.... :)

Just a little update as a refreshment ;p
Enjoy the video :)
<3>

I'm so in love while I heard into this song.. Wanna go and getting married now!



P/S: I will try to update and share my sweet moments for the end last year. One step ahead.. Alhamdulillah. :)