Sunday, May 27

Mai Jalan Penang

As Salam semua..

Just nak share story saya ronda-ronda Penang last week (pun bercerita cerita lama). Boleh kan? Boleh kan? :)

Last week, my best friend datang dari KL. Release tension after final exam.. Saya pun tumpang seronok juga sebab sepanjang setahun duduk di Penang, belum ada peluang untuk merasa nikmat seperti pelancong luar, meskipun hakikatnya saya bukan berasal dari Penang. :)

Dengan kehadiran mereka, barulah saya boleh bercerita serba sedikit tempat menarik di Penang sebab saya dah pun melawat tempat tersebut.. **Walaupun tahu, masih banyak lagi tempat yang saya belum pergi/explore. Orang kata, sikit-sikit boleh la :)

Let pictures talk :)
















Kesemua gambar-gambar diatas semasa meronda 2 hari di Penang. Ada sesetengah tempat, kami singgah tapi tak snap picture :)





Owh budak berbaju merah itu telah menampakkan gambar ini sedikit tidak lawa ^_^

Jan Jan Jalan ....

Assalamualaikum semua..

Sudah berhabuk lagi bersawang-sawangan pula blog ini.. semakin hari semakin malas dan malas itu berlarutan sehingga ke hari ini. Baru hari ini saya punya kesempatan untuk mengupdate blog.. owhh *sigh

Ini merupakan cerita lama.. ya sangat lama.. hari kejadian adalah pada awal bulan Mei dan hari diceritakan adalah hari ini..Tapi tak mengapa, boleh bercerita juga.... Ceritanya begini, saya pergi ke Cameron Highland dengan beberapa orang rakan.. Sebelum tu, kami pergi ke majlis kenduri kahwin kekasih hati punya kawan.. Alhamdulillah, sudah sampai serunya.. saya pun tumpang gembira.. :)

Pulang dari majlis kahwin, dengan tanpa tukar baju (berbaju kurung) terus menuju ke Cameron. Saya teruja sebab ini first time saya menjejakkan kaki ke sana. Wahhhh orang jakun la katekan...

Kami ambil keputusan untuk stay semalaman di sana.. Tak larat nak drive ke Penang semula.. Dan dalam hati, boleh la plan nak berself plucking for fresh strawberry.. wowweee... Malam tu pula, sebelum tidur, layan dulu foot massage.. owh memang sampai lena bermimpi..

Keesokkan pagi, bangun tidur dan bersiap-siap untuk beraktiviti sebagai seorang pelancong.. wahhh.. seronok-seronok ye.. Selepas melawat beberapa buah tempat, kami ingin pergi ke ladang teh.. Sangat sinonim juga dengan Cameron Highland.. Setelah park kereta dan saya pun teruja dengan keindahan ladang teh yang sangat besar, takdir tuhan tak siapa boleh duga.. Kekasih hati pergi test power kaki yang dah di massage malam kemarin dengan melintas divider.. Melintas, okay.. Tetapi bila nak patah balik semula, kaki kanan telah tersangkut besi.. Saya cuma ingat hanya luka kecil tapi selepas beberapa saat, darah keluar sangat banyak. Saya alahan darah. Meskipun dah cuba cuci dengan air, darah tetap mengalir.. Kesian juga melihat muka yang pucat itu.. kami decide untuk bawa ke klinik sebab takut luka tersebut dalam. Kebetulan, hari tersebut hari ahad dan majority klinik tutup. Pilihan yang ada hanya hospital. Dengan ketakutan yang amat, kami pun menuju ke hospital.

Perkara yang paling ditakutinya terjadi juga.. Doktor terpaksa menjahit luka kerana luka samgat dalam. 12 jahitan. Oh tidak.. Sayalah juga yang akan menjadi pemandu sepanjang perjalanan pulang ke Penang :( Saya kurang suka memandu. Lucu juga bila teringat semula.. Mungkin belum ada rezeki untuk meneroka keindahan bumi Cameron Highland. Insyaallah suatu hari nanti..

oleh kerana, kami pergi secara konvoi, bila mereka berhenti singgah di kedai-kedai, saya pun akan berhenti juga.. Ambil feel pun okay kan.. Dapat juga saya memetik strawberry.. Walaupun sekejap, pun boleh juga :)




Ada rezeki, saya datang lagi ya Cameron Highland :) tata

Wednesday, April 4

Dot Dot Dot


Rasa kosong.

Dan tak ada hati.

Dan rasa putus asa juga.


. . .


Ingat Allah!

Sunday, March 25

Tak tahu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya hati terlalu sayu..
Pelbagai perkara bermain-main difikiran..
Runsing yang mana satu harus didahulukan dan yang dikemudiankan
Lesu bila perkara itu tidak menjadi seperti yang difikirkan.
Hanya mampu termenung, memikirkan kenapa dan mengapa lalu menangis.
Allah.. sesungguhnya aku hanya mampu berlindung dan meminta hanya padaMu.
Semoga segalanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan.. Ameen..

Wednesday, March 21

Wordless Wednesday






Wow... best tau product ni..

Nak cuba? Klik SINI :)

Thursday, March 15

Page Updated :)

Hi hi semua...

Page untuk Everlynn skincare saya dah update, jemput singgah :)

Everlynn Skincare

Tatatititutu dearies :)

Sunday, March 11

Everlynn Skincare

Hi all.. :)

Saya nak share mengenai produk baru yang saya gunakan.
Produk ni sangat bagus. Baru 3 hari saya pakai, kulit pipi saya rasa sangat lembut.
Bahan pencuci dan penyegar yang diadun tidak mengandungi bahan kimia yang terlalu tinggi.
Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Kenapa saya memilih Everlynn?

"EVERLYNN dihasilkan daripada formula Perancis & Switzerland dengan menggunakan tumbuhan – tumbuhan, buah-buahan dan sumber semulajadi di dasar lautan. Formula yang dihasilkan telah diuji keberkesanannya dalam memberikan perlindungan dan memelihara kulit anda agar lebih jelita, muda dan berseri. Produk di bawah kawalan kilang ....."licensed with GMP Certificate by MOH since 2000 and the only manufacturer of skin care products conducted by experienced dermatologist and medical cosmetologist." Selamat & Halal digunakan, diluluskan oleh KKM"

"Kombinasi ekstrak aktif Marine Collagen, Aloe Vera, Bearberry sebagai komposisi utama kepada produk EVERLYNN membantu mempercepatkan pemulihan kulit melalui percambahan sel yang effektif, memberi kelembapan dan perlindungan yang sempurna daripada masalah kekeringan kulit & kulit tampak lebih segar,bermaya, anjal, gebu dan masalah-masalah jeragat,jerawat, kulit kusam dapat diselesaikan dengan mudah"


Harga untuk 1 set Everlynn skincare memang ternyata berbaloi ditambah pula dengan kesan yang menakjubkan yang akan diperolehi oleh setiap pengguna. Tanpa pengelupasan (kalau ada pun hanya soft peeling) untuk singkirkan sel-sel kulit mati. Selepas itu, kamu akan dapat kulit baru yang lebih lembut,gebu,sihat dan cantik. ^_^



Everlynn that cares for your skin :)
Hanya RM120 untuk 1 set.
Cepat dapatkan sekarang!!! :)


Now, saya merupakan dealer yang sah untuk area Pulau Pinang (bahagian pulau).
Untuk keterangan lanjut, boleh juga hubungi call / sms : 019-9396878 (Sue).
COD dan postage juga avilable.

Wednesday, March 7

Hati haru biru

Salam semua :)

Semoga baik-baik sahaja.. Saya Alhamdulillah.

Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya merasa bahawa ada saja yang tak kena. Baik dari segi pergaulan dan persekitaran. Kenapa saya rasa double triple sesitive walaupun saya belum sampai masa untuk datang bulan lagi.

Rasa sangat sensitive bila orang tak layan perbualan, rasa sangat sensitive bila orang tak bagi perhatian. Mengapa wahai hati. Mungkin saya banyak fikir kebelakangan ini.

Sukar juga untuk menepati akan kata-kata yang telah dibroadcastkan. Kerana bila sampai masa, tak mustahil akan ada halangan atau apa-apa juga perkara yang akan menyebabkan kita tidak dapat menunaikan apa yang telah kita nyatakan. Cuba untuk mengambil hati akan tetapi tidak dilayan. Mungkin nasib diri. Hanya Allah yang mengetahui. Tidak mengapa.

Dalam hati juga sangat serabut memikirkan sesuatu. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Saya cuma mampu berdoa. Tidak dapat dibayangkan jika impian saya tidak menjadi nyata. Bagaimana saya nanti? Adakah saya mampu untuk menempuhinya? Berapa lama masa pula yang perlu saya ambil untuk recover semuanya. Ya Allah.. saya mohon agar segalanya dipermudahkan. Sudah lama saya tunggu akan saat ini. Saya minta, impian dan harapan saya termakbul. Kekal hingga ke syurga.. Ameen..

Kadangkala melihat orang lain, nampak seperti senang sekali kehidupan mereka sehari-hari. Maka saya bersyukur jika dibandingkan dengan yang kurang bernasib baik dari saya. Sekurang-kurangnya saya lebih baik dari mereka. Ohh tuhan...

Kecelaruan fikiran. Keserabutan perasaan. Kegelisahan hati.. Pergi semuanya dari saya.