Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Sunday, July 15

Owh sudah Julai ke?


As salam semua :)

Saya sangat merindukan blog saya.. Hampir sebulan saya menyepikan diri.. Bukan sombong atau tiada benda nak cerita, tapi kesibukan kerja agak membataskan saya untuk menulis. InsyaAllah, saya akan kikis tabiat malas itu.. hihi

Cepat sungguh masa berlalu kan? Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Julai. Enam bulan lalu, jika saya pandang ke belakang, saya sangat sibuk dengan kerja. MasyaAllah.. kadang-kadang saya lupa dengan apa yang terjadi di sekeliling saya. Ohh my....
Walau ape pun, bulan ni merupakan bulan yang indah sebab kita dah semakin sangat hampir dengan Ramadhan, mudah-mudahan amalan puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. :)

InsyaAllah selepas Ramadhan, Syawal pula menjelma.. :) Cepatnya masa berlalu.. Kalaulah ia boleh diundur sedikit, saya mahu undurkan ia. Tatkala ini, umur semakin meningkat dan tanggungjawab semakin bertambah. Mampukah saya untuk terus matang menghadapi setiap dugaan atau cabaran ini? Hanya pada Allah saya serahkan segalanya :)

Oh ya, sudahkan anda semua menempah baju raya untuk tahun ini, jika belum jom dapatkan koleksi yang cantik dari Minaz :)

Boleh cari klik link ni minazboutiquestudio.com dan saya super adorable dengan semua design yang diperagakan.. :) Dapat grab sehelai untuk hari raya dan sehelai lagi untuk majlis tetttttttt ^_^ semoga baju ini suite dengan badan saya otherwise saya terpaksa let go.. owhhh no :(
Saya review sikit koleksi untuk hari raya dari Minaz ni, selebihnya uolss boleh singgah di fanpage mereka.




Adorable sangat kan design dia ... :)


Okay, baju sudah, skincare dah ada ke belum? Jka belum, saya nak suggest Everlynn skincare.. Sangat berbaloi-baloi ya.. Saya sudah pakai dan memang sangat berpuas hati :) Untuk sebarang info, boleh refer di SINI .. :)



Friday, February 24

First Time

Salam semua....

Saya sihat seadanya... :)

After three weeks wearing braces. Lama sungguh entry ini tertangguh.
Dengan izin Allah, akhirnya tercapai satu impian saya untuk mentertibkan gigi saya dengan memakai braces sebelum saya berkahwin. :)
I'll story a little bit how I'm feel after it tight my teeth.
3 jam pertama selepas pakai, rasa okay, tak rasa sakit apa pun. Senyum pun lebar.
Since doktor pun dah berpesan, ambil makanan yang lembut-lembut for a few days, jadi selepas balik dari klinik, saya makan biskut cicah air milo suam, makan roti cicah air suam dan masak bubur nasi. Owh pakai braces saja memerlukan pantang-pantang segala. heeeeehe

4 jam selepas itu, saya rasa sedikit kurang selesa sebab macam ada benda dalam mulut. Bahagian gigi dan gusi pula seperti berdenyut-denyut. rasa macam nak cabut besi tu dan letak ditepi lepas tu pasang balik. Rasa nak menangis pun ada. :'( Bila makan dengan sudu besi, tersentuh pula besi di gigi... ouccchhhhh ngilunya rasa....

Bila malam nak tidur pula, rasa denyutan di gusi dan gigi berperang dalam mulut.. Disebabkan esok perlu pergi kerja, saya gagahkan juga menahan sakit dan pejam mata sampai saya tertidur dengan sendiri. Keesokkan harinya... saya langsung tidak mengambil nasi.. hanya air milo suam dan bubur sahaja santapan saya..

Masuk hari kedua ketiga dan keempat, mulut saya pula rasa seperti terluka kerana besi tu masih belum dapat nak cooperate dengan diri saya.. tapi masih belum terkena ulser mulut lagi.. kalau kena yang itu, pasti saya menangis..

Setelah hampir lebih kurang 8-9 hari selepas itu saya cuba untuk makan nasi. Almaklumlah saya perut orang jawa. Tidak lengkap kalau tidak dapat makan nasi. Bila saya yakin yang gigi geraham saya mampu menggigit dengan kuat, saya sangat bersyukur dan gembira. Saya makan nasi dengan banyak almaklumlah lebih seminggu tak makan nasi. Badan pun semakin kurus kering.. hihihi..

Sekarang, saya sudah boleh mengunyah makanan yg separa lembut. Daging dan buah yang keras seperti jambu batu masih belum berani untuk diambil. Epal juga begitu. hihihi

Awal bulan hadapan saya perlu lalui minor surgery untuk keluarkan gigi saya yang tak keluar dari gusi. Malu agaknya.. Sangat takut. dan seminggu selepas itu, saya ada check up untuk braces dan bermula lagilah pantang saya. :)

Monday, January 23

Pagar pada gigi

Hai peeps... :)
Sebenarnya saya dah lama berazam untuk memakai pendakap gigi (braces)..
Memandangkan saya baru habis belajar, dan baru bekerja, saya tangguhkan dulu niat tersebut..
Akan tetapi bukan bermakna tak jadi. Cuma memerlukan masa sedikit.

Akhirnya apa yang saya inginkan hampir tercapai.. Alhamdulillah :)
Saya dah buat rawatan di klinik yang memang khas untuk memasang braces (Orthodentic Clinic).
X-ray dan acuan telah selesai.
Doktor bagitahu, minor surgery mungkin akan dibuat.
Owwwwhh #sentapmaknak..
Tapi tidak apa-apa.. Saya kan sudah besar panjang.
Takkan penakut lagi.. hewhewhew :p

Tempoh pemakaian mungkin akan menjadi singkat jika ambil pakej yang mahal dan agak lama sedikit jika mengambil pakej yang biasa.
Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu saya uruskan, jadi saya mengambil keputusan untuk mengambil pakej yang murah. (If ada sponsor, sure saya ambil pakej yang mahal )
Setelah berbincang dengan doktor yang baik lagi comel, beliau akan emmasang pagar tersebut pada awal bulan hadapan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana rupa setelah memakai pagar tersebut.
Mesti saya akan melalui 1 pengalaman yang sangat pelik.
Mesti mulut saya akan mendapat ulser.
Mesti percakapan saya agak kurang jelas.
Mesti saya janggal melihat wajah dan gigi saya.
Mesti bnayak makanan yang perlu saya elakkan since gigi saya tak kuat untuk memotong makanan tersebut.
Mesti kena selalu makan makanan yang lembut-lembut sahaja.
Owhhh banyaknya mesti..
Mesti kene sedia peralatan untuk menguruskan pagar tersebut juga..
Dan lagi mesti..
Mesti kene jaga-jaga bila bercakap. (takut ada yang tempias......)
Mesti kena alert dengan checkup with doktor.
Mesti doktor banyak pesan itu dan ini
Dan kemestian yang terakhir....
Mesti saya bertambah kurus lepas ni  :(






Nota kaki: Mahu pakai band bracket color pink lah. Baru gegirl sikit. :)

Saturday, November 12

Makanan Kulit

Salam dearies :)

Semalam saya ada beritahu bahawa ada sesuatu yg ada didalam kepala saya. harini saya akan reveal apa yg ada didalam kepala saya tu. sebenarnya bukanlah apa2 sangat. bukan hot topic pun. cuma saya yg menggatal.

Sejak 3 minggu kebelakangan ini, saya semakin alert dengan pemakanan yang sihat, supplement untuk body yg baik, penjagaan kulit wajah dan seluruh badan, baca petua2 yg boleh saya amalkan untuk menjaga badan agar mampu bertahan untuk 30 tahun lagi. Insyaallah jika diizin tuhan.

Baru2 ini saya ada mencuba satu produk. makanan untuk kulit muka saya. bukan badan saja memerlukan vitamin, wajah saya juga perlukannya sama. saya baru 2 minggu menggunakan Vitamin E Soft Collagen. bukan pil. bukan juga botox/bahan yg memudaratkan. ia sangat selamat dan halal untuk digunakan. tak perlu sakit2 sana cucuk2 sini. sebelum tidur, saya akan cuci muka dengan bersih. lap muka sehingga kering dan sapukan vitamin E tersebut pada seluruh wajah tanpa ragu2 :)   setelah hampir 2 minggu, saya dapati, kulit wajah saya semakin lembut. parut jerawat semakin pudar. wajah bertambah cerah dan berseri (owh peh lis lah.. haha). tapi betul. saya sangat-sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. memang sangat berbaloi.

Vitamin E ini sesuai untuk semua jenis kulit. jangan risau/khuatir kerana tiada side effect. haaaaa cuba ya jangan tak cuba. pasti berpuas hati ya kawan2. beri sedikit vitamin pada kulit wajah agar sentiasa sihat, wajah kelihatan muda, smooth dan glow. wow!

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Vitamin E ini merupakan kapsul. cuma perlu gunting sedikit diatasnya dan keluarkan isinya. then, apply pada seluruh muka. bau vitamin E ini sangat wangi dan juga tidak berminyak. readers, you should try. wajah cantik, keyakinan diri pun bertambah. harga dia RM2.50/kapsul. barang bagus, mahal sedikit tidak mengapa. sebotol ada 20biji. -iklan sekejap.. hihi

Sila klik pada gambar untuk tumbesaran


Jika ada kekeliruan, boleh juga refer DISINI

Perkara yang baik haruslah dikongsi bersama. :)

Monday, April 18

Cantik Tak Cantik - Part 2

Satu hari, ibu saya ajak saya untuk pergi buat facial.. saya rasa sangat excited untuk mencuba bagaimana rasanya apabila wajah diurut, diwap, dan lain-lain..hihi.. seronok rasanya bila urutan dilakukan pada wajah saya.. maklumlah, saya masih budak hingusan pada masa itu.. jadi, pengalaman itu adalah pengalaman yang paling terbest la bagi saya…kakak kat kedai facial tu suggest pada saya untuk menggunakan produk keluaran Sri Cahaya.. maka ibu pun belikan lah untuk saya.. dengan harapan, wajah anaknya akan kembali ok…



Saya larat pakai produk tersebut untuk 3 bulan sahaja.. sebab ia seperti tidak menampakkan kesan yang positif pada wajah saya..selepas itu, saya behenti dan bertukar pula pada jenama keluaran Shadira… ibu agak membebel jugalah akan saya yang kerap bertukar produk wajah.. tetapi dalam masa yang sama, dia bersetuju untuk membeli produk wajah tersebut. Saya hanya bermula dengan mencuba pek percubaan. Kerana tidak tahu sejauh mana produk ini sesuai pada muka saya. Saya guna produk ini hanya sementara sahaja. Selang seminggu saya terus berhenti.. sangat pedih wajah saya bila saya sapu toner dan krim pada wajah .. mata saya juga pedih bila toner terkena pada sekeliling mata. Saya telah diberitahu oleh promoter tersebut supaya tidak menyapukan toner disekitar wajah.. saya ikut arahan..akan tetapi, mungkin kulit saya sudah nipis, maka sebab itu juga pedih terasa di mata meskipun sapuan tidak langsung terkena pada kawasan sekeliling mata. Dengan drastik, saya berhenti..


Setelah berhenti menggunakan produk yang agak menyiksakan saya, saya mencuba  produk Sendayu Tinggi.. promoter tersebut melihat wajah saya, dia mendapati bahawa ada kemungkinan saya ada resdung. Dia pun recommend saya untuk mencuba ambil pil untuk mengurangkan masalah resdung.. saya pun beli..dengan harapan cepat sembuh dari resdung.. wajah saya sedikit ok setelah mencuba produk tersebut..


Sampailah saya menyambung pengajian peringkat diploma… wajah saya masih sama..turun naik pun begitu juga.. kerisauan saya bertambah bila adanya presentation untuk setiap subjek yang saya ambil. Maka saya perlukan keyakinan untuk berdepan dengan orang.. saya cuba sedaya upaya mencari produk yang bersesuaian untuk kulit saya.. melihat wajah orang laian yang elok dan tidak bermasalah, saya jadi cemburu dan berfikir.. “kan bagus kalau saya ada wajah seperti dia”.. tidak mengapa..dugaan untuk saya..  pasti ada hikmah disebalik setiap yang allah turunkan kepada saya.. dan saya pasti, akan ada penawar untuk saya suatu hari nanti.. sampailah suatu hari saya berjalan di sebuah pasaraya, tiba-tiba datang seorang chinese pada saya dan beri saya name card dia.. dia kata dia ada saloon.. kalau saya datang, saya dapat perkhidmatan percuma.. saya seperti tidak percaya.. tapi dalam hati sangat berkeinginan untuk mencuba.. dengan tidak berfikir panjangnya, saya pun pergi ke saloon tersebut.. memang benar.. perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.. saya hanya perlu memakai sabun yang dia beri dan datang buat facial dalam temujanji akan datang. Dalam 2 bulan lebih saya buat facial di saloon tersebut, saya dicadangkan untuk mencuba produk yang mereka gunakan. Saya pun dengan terpengaruhnya, beli la produk tersebut. Produk tersebut mahal.. mujur ada duit pinjaman.. saya guna untuk perelokkan semula wajah saya.. kesan agak positif tetapi agak memakan masa.. saya berhenti juga menggunakan produk muka tersebut kerana tidak sanggup untuk menampung kos yang agak tinggi..

Tidak cukup selepas itu, saya cuba lagi cari sesuatu produk yang bersesuaian dengan amsalah kulit saya.. saya try google di internet untuk mencari produk yang bersesuaian.. saya ada review dengan 1 produk ni.. wat review sikit.. berkenan pula nak cuba. Saya pun ajak ibu saya pergi ke kedai stokis yang berdekatan.. kakak kat kedai tu pun suggest dekat saya agar saya mencuba set yang berminyak dan minum gamat untuk pulihkan luka dalaman.. saya pun cuba.. tetapi tidak juga berjaya.. masih di takuk yang sama pembiakan jerawat saya… sedih =(







Setelah berhenti, saya cari produk lain pula.. kisahnya bila saya jalan-jalan di shopping complex, kawan saya cadangkan agar saya mencuba menggunakan produk ini. Bagus katanya.. saya kan mudah terpengaruh, maka saya pun beli.. saya guna cleanser, toner, moisturizer, sunblock cream dan compact powder.. saya cuba produk jenama Skin Food.. produk semulajadi katanya.. yelah… cuba sajalah kan… mana tahu nasib menyebelahi saya… agak lama juga saya bertahan..sehingga saya tamat pengajian diploma..


Habis-habis saja belajar, saya jadi cuba pula produk lain.. saya cuba produk Natasya.. pada mulanya macam ragu-ragu juga.. tetapi tawakal saja.. belum cuba belum tahu.. saya selalu berdoa agar wajah saya pulih.. 3 bulan setelah pakai set natasya, saya dapati ada perubahan positif pada wajah saya.. saya gembira.. walaupun jerawat masih juga tumbuh, ia masih dalam kawalan..  akan tetapi, masalah yang saya hadapai ialah resdung… memang benarlah orang kata, jika kita beri penawar bahagian luar, yang dalamnya masih luka.. hahaha.. bermadahan pula.. saya teringat pada seorang junior saya.. wajahnya lebih teruk dari saya.. kasihan saya melihatnya.. saya dapat rasa akan perasaannya.. satu hari saya jumpa, dia sudah boleh tersenyum dan yakin berdepan dengan orang sekeliling.. saya tanya padanya, apakah petua.. dia cakap dia berubat secara tradisional untuk sembuhkan resdung dan apabila resdung sembuh, jerawat akan surut.. saya pun cuba.. memang mujarab.. setelah beberapa kali saya berubat secara tradisional, wajah saya semakin ok.. saya sangat lega dan bersyukur..  dekat 2 tahun juga saya pakai produk Natasya tu.. produk itu recommended cume parut di wajah saya tidak hilang.. 

Pada 1 hari, saya baca 1 blog ni, blog Kak Lynna.. (review labels buy my family product) masa dia buat entri mengenai skin care yang dia pakai.. wallaweih ...saya sangat teruja untuk mencuba.. dengan rasa bersemangat saya emel pada kak Lynna dan deal untuk purchase 1 set skin care.. kawan saya ada juga yang menegah kerana tidak pasti sama ada produk tersebut sesuai untuk kulit saya atau tidak.. saya tetap tidak peduli.. bila barang dah sampai, saya cuba.. 3 bulan pertama, saya rasa wajah saya cerah.. 6 bulan berikutnya, kawan saya cakap yang parut diwajah saya sudah sedikit pudar.. owh terharunya.. semua orang tanya saya pakai produk apa.. dan saya pun beritahu yang saya beli online produk tu.. waktu itu, produk ini belum ade nama sendiri.. Cuma setelah hampir setahun saya guna, produk tersebut ada improvement dari segi brand and packaging.. saya sangat suka bila jerawat sudah tiada dan parut hampir pulih… oh tuhan…bersyukurnya saya… hampir 10 tahun wajah saya bersahabat dengan jerawat.. akhirnya saya temu jodoh untuk wajah saya.. Totally, saya sangat berpuas hati… 



Dan pada suatu hari, kekasih hati hadiahkan saya skin care ini.. memang menjadi idaman saya.. Cuma tunggu bila kerja nanti baru mampu beli.. dan saya rasa sangat berpuas hati.. wajah saya terasa sihat dan hampir sempurna pada mata saya..



** Gambar??...Insyaallah nanti saya cari dulu ye... bubbye =)

Saturday, April 16

Cantik Tak Cantik - Part 1

Entri ini adalah entri yang tiada kena mengena dengan emosi… bukan apa, kebanyakan entri-entri dalam blog ini berkisarkan tentang perasaan saya.. jadi untuk entri kali ini, mungkin ada kelainan sedikit… hari ini mood saya adalah ingin menulis cerita tentang kecantikan.. saya tidaklah terlalu cantik untuk bercerita mengenai kecantikan..tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman.. jadi apalah salahnya jika saya kongsikan..betul tak.. (betul, betul, betul)…hihi.. Banyak sebenarnya produk wajah yang telah saya gunakan, akan tetapi, yang tersenarai dibawah adalah yang 'terbaik' bagi saya....hahaha.. Banyak jugalah saya berhabis untuk wajah saya.. Sehingga rasa ingin buat pembedahan plastik..*toing..hamboi...kayakah saya??? owh tidak.. Jadi, tataplah cerita saya yang tak seberapa best yah...

Alkisah bermula semasa saya berada dalam tingkatan 1. Masa tu saya terlalu taksub untuk mencuba produk pencuci wajah.. Wajah saya pada awalnya elok dan tidak ada sebarang jerawat.. Bila saya tengok kawan-kawan saya guna produk pencuci wajah, saya pun rasa ingin mencuba.. dan saya pula jenis mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang kata produk ini dan itu bagus…mungkin itu bagus pada kulit dia dan belum tentu bagus pada kulit saya.. dengan rasa ‘excited’nya, saya pun pergi beli pencuci wajah tersebut..dengan menggunakan duit saku sekolah yang saya kumpul.. dan diluar pengetahuan ibu saya.. selepas selang 2 minggu saya guna produk tersebut, wajah saya mula naik berjerawat.. mula-mula 1 atau 2 biji saja.. tetapi setelah masuk sebulan, semakin banyak..saya semakin tidak keruan dan bila pandang wajah dicermin, rasa macam nak menangis.. lalu saya terus berhenti dari menggunakan produk tersebut dengan drastik.. dan lepas tu, bertambah pembiakan di wajah saya dengan banyak dan jayanya..


Selepas gagal dengan percubaan produk pencuci wajah yang pertama, saya tukar pula ke jenama lain..dengan harapan, formula susu kambing yang terkandung di dalam produk ini akan membantu saya memulihkan jerawat…tetapi tidak.. jerawat masih kekal maintain berpeleseran di seluruh wajah saya…



Selepas kegagalan percubaan produk tersebut, saya tukar ke jenama yang lain pula.. saya tidak berputus asa.. saya tukar kepada produk yang menawarkan bukan sekadar pencuci wajah malah disertakan sekali dengan toner dan pelembab.. dengan harapan ia akan dapat membantu… tatapi tidak juga.. tahap keyakinan diri untuk berdepan dengan orang sekeliling agak merundum..


Dalam setahun lebih selepas itu, ibu saya mula membebel dan bawa saya ke klinik.. semasa di klinik, segala jerawat yang ada di wajah saya dipicit oleh doktor dengan menggunakan jarum suntikan.. saya rasa mahu menangis menjerit-jerit masa tu.. sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.. wajah saya jadi merah.. ibu saya rasa sedikit terkilan bila doktor buat wajah saya jadi sakit.. semua orang pandang saya bila saya keluar daripada bilik doktor.. saya menangis kerana malu dan sakit… ubat yang doktor beri juga tidak berapa membantu.. dan ayah saya pula take over..dia bawa saya ke farmasi.. doktor farmasi beri saya krim sapu dan pencuci.. Alhamdulillah.. jerawat berkurang..tetapi parut pula banyak di wajah saya.. [Menangissss….huwaaaaaaaa….sob sob sob…] ----> Maaf ya, gambar tiada...doktor kata P&C


Semasa saya berada di tingkatan 4, ibu saya cadangkan pula saya guna satu produk.. kebetulan saya dapat masuk sekolah berasrama pada masa itu.. jadi dia belikan saya satu produk ni, kawan dia yang recommend pada dia.. dengan harapan wajah saya kembali elok.. akan tetapi..wajah saya jadi seperti udang kena panggang atas bara api… bila saya gelak, wajah saya akan jadi merah.. bila saya malu-malu wajah saya akan jadi merah, bila saya terkena pancaran matahari, wajah saya juga akan jadi merah.. masa itu saya mengadu pada ibu tentang kesan produk tersebut ke atas wajah saya… dan ibu kasihan melihat wajah saya. Dia menyuruh saya berhenti dari terus memakai produk tersebut..

(Maaf, hanya sabun saja saya berjaya Google..toner dan krim tidak dijumpai)

Selepas saya berhenti menggunakan produk yang dicadangkan oleh ibu saya, saya mencuba pula produk jenama Safi.. oleh kerana saya dah lali dengan jerawat melata di bahagian wajah saya..saya sudah rasa kebal wajah.. safi tidak merubah apa-apa.. tetapi ok dari segi mencerahkan.. produk tersebut mencerahkan sedikit wajah saya.. dan saya teruskan dengan menggunakan produk tersebut sehingga saya tamat sekolah.. 




bersambung lagi...