Sunday, August 22

(samb...) terlupa ada blog

fuh..fuh...berhabuknya blog ni...
maka dengan itu saya ingin bagitahu sambungan yang tak semenggah mana tu..

alkisahnya...

29 julai lalu...

dengan penuh tawakal, saya drive bersendirian to Penang...
oh my God, beraninya saya untuk sampai ke sana..
harap-harap selamat pergi dan selamat pulang...amin...
sepanjang perjalanan, rasa sunyi yang teramat..tetapi hati semakin mekar bunga-bunga..
cepatlah sampai.....mata sangat mengantuk..jika berhenti,lambat pula sampai..
tahan..tahan...kalau nak cepat sampai,jangan berhenti rehat lama...
dengan pemanduan yang berhemah dan had laju dipatuhi,
maka tepat pukul 5 petang, saya selamat tiba..alhamdulillah..
terus mahu bertemu...tak kira penat memandu...maklumlah...inspirasi katakan...hahahaaa...=p
so,dengan agenda yang telah ditetapkan, maka berhiburlah kami...yeayea.....

30 julai lalu...

hari ini dapat tempat tinggal yang agak sempurna...
yahuuu boleh tidur lena...
lepas sembahyang jumaat ada janji temu...masih dengan insan yang sama..
tidak pernah berubah...
tengok wayang,makan-makan dan yang paling penting, malam ni nak celebrate birthday..
saya ingatkan kepada diri sendiri, jangan buat perangai huduh...
niat dalam hati memang hendak meraikan kegembiraan bersama..jadi...sila faham bahasa..
tepat jam 12 malam, saya ucapkan 'Selamat Hari Lahir' pada dia..
terharu dia...sebak dada saya...sayasayang kamu...

31 julai lalu...

wahhh...masing-masing dengan gaya masing-masing...
indahnya hari bersama kamu...
akhirnya tercapai hajat saya untuk meraikan hari keputeraan kamu yah..
tetapi kamu pula yang melayan kerenah dan perangai kebudak-budakan saya..
macam saya pula yang ditempat kamu..
apa saya minta,kamu beli..kemana saya mahu pergi,kamu bawa..
wahhhh memang betul saya puteri...
cuma..pada hari itu, kamu macam raja ya, hanya duduk saja..
saya yang buat semua...memandu dan segala....
tapi tidak mengapa...asal kamu gembira..
kita raikan segalanya bersama...horeeyyy...

1 ogos lalu...

tiba masa untuk tata tata...babai babai...
mahu menangis saya....tapi tahan...
kamu pesan itu ini pada saya...
saya pulang dengan perasaan yang puas...
seronok yang tak terkata....
saya harap saya dapat jumpa kamu lagi...amin....

ok..dah habis...sekian terima kasih..

Saturday, August 14

Terlupa Ada Blog..

Owhhh...saya ada blog rupanya...
macam sudah lapuk saja ruang ini...
kesibukan dan kemalasan melanda...
jadi,inilah yang terjadi..

banyak cerita sebenarnya..
tetapi apa yang paling seronok ialah....





bersambung....
taataaaaaa....=)

Tuesday, June 29

Sunday, June 20

cari ruang

saya memerlukan ruang...

Monday, May 31

hitung salah

jika dihitung kesalahan saya...
setiap hari ada saja salah yang dibuat...
mengapa ya...apa dan dimana silapnya..
sayakah yang terlalu ikut perasaan..
semakin hari rasanya semakin menambahkan beban..
saya mengalah juga...

satu masa nanti pasti masing-masing bawa haluan sendiri..
saya kesini dan Kamu kesana...
walaupun haluan yang berbeza..jiwa saya tetap sama...
tiada apa yang berbeza...cuma masa menentukan segala..

andai takdirnya berpisah juga..
saya reda akan ketentuanNya..
saya minta semoga kekuatan dan ketabahan bersama saya..
kerana saya pasti ada ganjaran untuk saya dari atas sana.....

Thursday, May 27

melepasi fasa yang ggrrrrrr!!

tadi bila melihat keputusan yang telah dikeluarkan fakulti mengenai projek saya...syukur Alhamdulillah.. dengan izinnya, saya lulus...saya tahu keputusan tersebut boleh menjadi lebih bagus jika saya memberi perhatian lebih berbanding membuat kerja lain..tidak mengapa, saya pasti ia satu pengajaran untuk saya..selepas ini jangan diulang lagi ya..

lega rasanya melepasi fasa yang paling mencabar..selepas ini hanya fokus pada pelajaran yang hanya tinggal 1 semester sahaja..selepas itu, saya akan mulakan fasa baru dan mungkin alam baru.. sambung belajar? ohh nanti dulu..belum difikirkan lagi...letih rasanya menjadi hamba buku..hihi..ada keinginan untuk sambung belajar tapi bukan dalam masa terdekat ini..tetapi saya hanya merancang..tidak tahu kedepan nanti apa yang akan berlaku.. tuptup hari ini habis belajar, keesokan hari sudah mula berkira-kira mahu memilih institusi pengajian untuk menyambung pengajian..hehe..saya perlu ingat bahawa saya masih mempunyai adik yang mengharapkan saya dapat membantu mereka kelak..ibu bapa sudah boleh menunggu masa untuk berehat ya..saya akan cuba ambil alih..Insyaallah.. =)

Wednesday, May 26

kebahagiaan dalam perpisahan

itu tajuk yang aku rasa sangat glamour sekarang..
mana-mana wall,page,profile kat facebook penuh dengan link-link klip video tajuk itu..
aku pun sama..tak nak ketinggalan dan mahu juga join sekali sebab aku sudah minat dengan jejaka itu..
boleh tahan juga ya..(tapi tak dapat challenge dengan D3@LOV@ saya)...
tak terkira banyaknya putaran lagu tersebut di winamp..tak mengapa, selagi masih mampu dengar, dengar lah selagi boleh..jika sudah jemu nanti, pasti akan ditinggalkan juga..

begitulah adatnya..setiap kali kita menyukai akan sesuatu, kita suka hingga tidak memandang yang lain dan begitu juga sebaliknya..

Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah 2:216)

saya perlu tahu bahawa rancanganNya adalah yang terbaik...
saya perlu ingat bahawa segala yang berlaku adalah ketentuanNya....
saya perlu sabar untuk menunggu hikmah dariNya....
saya perlu tabah untuk menghadapi dugaanNya dan
saya perlu terima segala yang terjadi adalah suratanNya....
ini kerana Allah Maha Mengetahui.....

Tuesday, May 25

Hati Seorang Wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!