Wednesday, March 5

Dah mula kira hari :)

Salam semua...

Apa khabar? Sihat ke tu? Saye harap semua sihat2 saje hendaknye.
Makin hari, makin dekat dengan majlis saye. Belum nak berdebar sangat sebab masih sibuk dengan hal2 kerje. Selagi belum start cuti, selagi tu kerje masih menimbun. Tak luak2 pun. Hai, saye semakin letih dan ade jugak mengabaikan diri sendiri. Makan tak menentu dan selalu tak cukup tidur. Harap2 seminggu sebelum majlis, sempat nak make sure, badan, mental dan fizikal semua tip top. Insyaallah.

Doa dari kalian sangat diharap2kan..

Bagi yang sudi datang singgah di blog saye ni, dengan rase rendah diri, saye menjemput untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Siape yang nak kad, boleh PM alamat kepade saye di sugarmeetcoffee@gmail.com. Nanti saye pos kad :)


Semoga urusan perkahwinan saye berjalan dengan lancar. Insyaallah, ameen... :)


Monday, February 10

Proses Menghantar Permohonan Tergendala

Salam dan selamat pagi isnin...

No no no Monday blues ye... Sabar dan senyumlah walau kerja anda banyak dan bertimbun-timbun pada hari isnin yang indah ini. Motivasi untuk diri sendiri jugak.

Hari ni saye plan nak continue on submission untuk proses permohonan nikah. Akan tetapi, sesuatu yang menguji kesabaran untuk kesekian kalinya. Semua browser yang saye ade dalam laptop ni unable to display the site. Apo kono ko jang?? Haishhh sabar je lah.




Sabar dan sila cuba lain kali. tata

Thursday, February 6

Masih wujud

Salam semua ^___^

Ape khabar? Sihat ke? Saye sihat dan terlebih-lebih sihat.. Blog ini dan saye masih lagi wujud. Mungkin kalau saye ade mase yang sangat-sangat terluang, saye buat penambah baikkan supaya nampak menarik sikit la kan blog saye yang tak seberape ni. hihi.

Kekerapan saye untuk update blog masih di tahap yang paling rendah. Mungkin kerana kesibukan yang tak terkata. Dalam kepala banyak sangat perkara yang saye nak review/cerite. Tapi selalu je terbengkalai. Sudahnye, cerite sudah lapuk dan terbiar macamtu je. Takpelah, hope one fine day, saye ade banyak sangat mase untuk update blog. Hari-hari saye update, hehehe.


**teaser for my big day :)

Wednesday, January 15

Saya pun minat pada yang kanan dan yang kiri

Hi dan salammmmm... :)

Sejak saya tengok movie Balistik, baru saya perasan yang minat saya pada Rosyam Nor semakin bertambah.. huahuahua... Tapi tak boleh menandingi minat saya pada Rosyam Nor Dua iaitu kekasih hati... Tolong semua yang baca, jangan loya.. hahaha..



Pada mulanya expectation saye, filem ni macam KL Gangster.. Tapi sangkaan saye sedikit meleset.. Ade pulak part yang buat saye touching.  Mungkin sebab ade pelakon wanita dan kanak-kanak dalam filem tu. Overall, saye bagi 4 bintang untuk filem. Okaylah untuk ditonton bersama keluarga chewahhhh..

Sinopsis filem:

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.

Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.



Enjoy the movieeeeeeee.... :)

Wednesday, January 8

Rezeki

Rezeki itu milik Allah.
Percayalah, jika ia telah ditakdirkan untuk kita, maka, rezeki itu kita yang punya.

#Allah knows best.

Tuesday, January 7

Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Kadang-kadang, bila saye rasa saye sangat susah hati, jiwa tak tenteram, saye rasa down, nak menangis dan macam-macam lagi, saye selalu terfikir kenapa saye? Kenapa pilih saye? Kenapa bukan orang lain?

Sebab, Allah tahu dah ape yang terbaik untuk kite. Dia dah susun cerita yang terbaik untuk kite. Dia dah tetapkan segala-galanya untuk kite. Bersangka baiklah. Insyaallah, Allah beri jalan keluar.

#Senyumlah.. boleh dapat pahala darinya :)


Dah, jangan sedih-sedih ye! :)

Sunday, January 5

Debaran bermula

Meskipun traffic tak berapa tinggi, tapi, saya suka menulis didiari online saya.. :) Mungkin satu hari nanti, ia boleh mengingatkan saya pada sesuatu kenangan sama ada ia gembira atau sebaliknya. Memori itu bagi saya, harganya sangat mahal. Just nak share, my e-day cuma tinggal tak sampai 100 hari lagi! Ya Allah, i'm so blessed for the ups and downs that I've been go through. The experiences are priceless and memorable. Thank you Allah..

Keep Calm and May Allah Ease Everything's :)


Tahun Baru 2014

Hai semua...
Harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2014.. :)
Semoga tahun ini memberi sebanyak mungkin kebaikan dan kegembiraan.. Insyaallah :)


#Semoga tahun 2014, saya lebih rajin menulis blog.. hehehe :)