Friday, March 15

Baru ada rasa nak update blog

Assalamualaikum semua.. wahhh lama saya menyepikan diri kan? Rindunyeeee pada semua readers.. (hahahah ayat budget artis tak?) ;p


Sebenarnye saya pun rindu nak berblog/menulis tapi apakan daya, kekangan masa/kerja dan urusan seharian membuatkan saya tak sempat nak menjengah ke blog yang tak seberapa ni. Berkongsi cerita pun sekadar biasa-biasa sahaja.

Hurmmmmmm….. Sedar tak sedar, we are in March now. Cepat sungguh masa berlalu. Pheww.. Tinggalkan kita dengan segala kenangan pahit dan manis macam madu gula semua ada. Yang pahit macam hempedu tu kita buang jauh-jauh, dan yang manis macam madu tu kita simpan dalam hati, jaga rapi-rapi ya..

Okay, since saya pun dah lama tak menjengah ke blog ini, rasenye nak lap-lap sikit habuk-habuk dan ape-ape yang patut di lap. Berdebu semuanya.. Dan ada jugak story nak share.. Name pun pocket full of stories.. Nak kate banyak sangat tu mungkin tidaklah, sikit je. Tapi nak share jugak.

Kisah hujung tahun dan melangkah setapak ke alam baru dan kisah tahun baru juga ^__^

Hujung tahun lepas, starting from 21st Dec – 2nd Jan 2013, kilang saye shutdown due to clear off system before resume semula on 2nd Jan 2013. Dan memandangkan saye bercuti dalam tempoh yang agak lame, saye plan untuk bertunang pada 29th Dec 2012. Alhamdulillah, plan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan dengan izin allah, saya selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati sanubari, dia kacak saya berseri (pada mase tu je).. ;p

Memandangkan saye kerja di Penang dan rumah di Batu Pahat, so, takdelah nak preparation sangat. Since barang hantaran saye dah beli awal, jadi tinggal fikir untuk deco-deco sahaje. Fikir punye fikir punye fikir, saye ni bukanlah terlalu kreatif nak deco semua-semua tu. So startlah saya cari sumber di internet. Kawan lama mase sekolah dulu ade buat business chocolate, deco barang hantaran, hand bouquet dan macam-macam lagi, yang berkenaan dengan wedding event. So discuss punye discuss, die bersetuju nak tolong saye. Kalau nak compare harge antare buat sendiri vs minta orang buatkan, bagi saye, kosnye adalah hampir sama. Dengan saye yang tak berape kreatif ni, mesti lagi banyak benda yang saye akan bazirkan nanti. Hehehe. Saye minta tolong dia deco hantaran + hand bouquet.

Untuk baju tunang pula, saye beli ready made from minazboutiquestudio.com. Beli awal-awal dulu. Memang plan nak buat baju tu sebagai baju tunang. Just saye tambah beads area dada and alter sikit bahagian bawah baju tu. Kebetulan, kakak yang jahit beads di baju saye tu ade service buat veil sekali, so, saye decide untuk mintak tolong die. Hasilnya sangat memuaskan hati saye.

Persiapan lain seperti goodies bag saya kecik-kecik je sebab saya dah plan nak buat majis yang paling simple. Tak nak yang grand-grand sangat. Sebab saya fikir, ni baru bertunang. Insyaallah, ada jodoh, agak meriah sikit majlis kahwin saya nanti.. Tie tu nanti, saye jemput semua kawan-kawan.. Insyaallah. Rombongan dari pihak lelaki cuma 2 kereta sahaja dan saya hanya panggil saudara/jiran terdekat. Masa rombongan nak sampai tu, hanya Allah yang tahu. Time tu jantung dup dap dup dap, hati berbunga-bunga, berdaun, beranting dan sebagainya. Perut rasa kecut dan serba serbi tak kena. Lepas both family habis discuss, saya dipanggil untuk sesi menyarung cincin. Huiiiii berdebar rase jantung ni macam nak tersembul keluar. Hahaha.. Selepas sarung cincin, tetamu semua menjamu selera dan selepas itu sesi bergambar. Picture taken from GambarGumbira Photography. Thanks a lot. You do a good job!

Rasenye memang dah terlalu lambat kalau nak wish happy new year kan? Tapi tak ape, saye wish happy belated new year ye pade semua. Alhamdulillah, masih lagi kita diberi nikmat untuk menikmati kehidupan di bumi Allah, diberi kesihatan dan rezeki yang cukup buat kita. Bersyukur sangat-sangat.

As of now, ni story dihujung tahun lepas and wish for happy new year. A new story will be coming up soon. Insyaallah.

Layan gambar sampai mata berpinar ye.. :)
 Kad undangan.. Jemput kat FB jew.. :p

Dress attire after add some beads.. :)

Fully picture


Yang Bunga kuning, untuk pihak lelaki
Bunga pink untuk saya :)
Rombongan pihak lelaki
Kakak dan makcik kekasih hati ;)
Kakak dan anak saudara kekasih hati
Cinta hati dan kesayangan saya
Kawan saya :)
U & Me

Okay2... mata saya pula yang berpinar..


Ye ye tahu dah lambat.. tapi nak wish jugak!


bui bui..

Monday, January 21

Wanna to feeling feeling :)

Assalamualaikum darlsss.... :)

Just a little update as a refreshment ;p
Enjoy the video :)
<3>

I'm so in love while I heard into this song.. Wanna go and getting married now!



P/S: I will try to update and share my sweet moments for the end last year. One step ahead.. Alhamdulillah. :)

Wednesday, December 5

Fly Fly Fly

Enjoy this song

 

Thursday, November 29

Senangnya dalam hati, hari ini.. Esok kerja banyak menanti..

Assalamualaikum semua...

Hai senangnya dalam hati... lalalalalala... mari menyanyi lagu senangnya dalam hati dan lepas tu anda sambung sendiri ya.. :)

Mengapa senang hati sangat ni? Senyum sampai ke telinga lagi... Rasa-rasa, kalau ada masalah pun, boleh senyum lagi. Betul ke ni.. Cakap boleh lah kan, kalau jadi betul nanti, muka tu macam kerang busuk dah.. hehe..

Pagi-pagi masuk office, ada sebungkus plastik. Dalam plastik ada coklat Cadbury, nasi lemak sebungkus dan cucur udang. Owh seronoknya, kekasih hati belikan sarapan pagi. Sebab tu yang senyum sampai ke telinga tu. Ditambah pula hari ini, dia on day shift, so, boleh jeling-menjeling... auuuuwww... Alhamdulillah, walaupun skop kerja tak sama, tapi mungkin ada hikmah bila bekerja di bawah satu bumbung. Bukan untuk sekodeng apa yang dia buat atau memantau gerak geri dia sepanjang masa, sekurang-kurangnya, bila saya ada masalah, dia cepat dapat tahu (Jika time waktu dia kerja siang. Jika kerja malam, saya sorang-sorang juga). hehe

Eeeeee cepatnya November berlalu. Saya takut. Kerja saya lagi mencabar selepas ini. Mampukah saya untuk memikul tanggungjawab tersebut? Insyaallah. Saya akan cuba buat yang terbaik. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Banyak masa yang saya perlukan untuk saya adapt dengan kerja baru saya ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Ameen.

Thanks <3 for="for" note="note" this="this">



Dup dap dup dap countdown started!

Monday, November 26

Oh My Pagar....

Salam semua..

Apa khabar.. ada sesiapa yang monday blues today? Yes I am!

Lately, agak letih dengan kerja di office. Tetapi sangat bersyukur jika nak dibandingkan dengan waktu bekerja shift about last 2 months. Cuma, mungkin sejak kebelakangan ini, ada tanggungjawab baru yang saya galas. Lain dari apa yang saya penah pelajari di universiti dan lain dari pengalaman bekerja yang lepas. No matter what is it, just anggap ia sebagai cabaran untuk saya tingkatkan pengetahuan dan pengalaman pada tahap yang paling tinggi. Anggap juga ini adalah cerita dari Allah yang telah memilih saya untuk bekerja di bidang ini. Bersyukur dan beruntung sekali :)

Hewwwww... sudah 2 bulan saya missed check up untuk pagar pada gigi ni. Bukan apa, kekangan amsa dan bulan ini, doktor di klinik itu mungkin pergi bercuti, almaklumlah cuti sekolah. Maka klinik tutup untuk beberapa hari. Dan bila ia di buka semula, saya sudah mempunyai schedule sendiri.

Pssttttt: Yang sebenarnya saya takut. Untuk 2 atau 3 hari pertama, gigi saya akan rasa sangat tight sampai nak mengunyah makanan pun tak larat.. huhu :'( but after 3 days, it back to normal. Siap rasa nak makan orang pulak.. hahahaha.. takut tak takut tak?? :)  Please be nice to me and I'll be nice to you. :)

Hmmmmm, bulan ni nak ambil bracket color ape pula ya... Ini pun satu hal juga. Silap color, sebulan lah rasa tak suke nak senyum nampak gigi.. hehe.. mengada-ngada kan?

Yang ini adalah warna-warna yang ada..

Yang macam ni belum pernah cuba lagi. Boleh agaknya try sekali. Kita tengok macamana nanti >.<

Tapi rasanya saya prefer dark purple di bahagian atas dan hot pink di bahagian bawah.. wallllaaahhh :)


Friday, November 23

Biarlah Hanya Allah Yang Tahu

Assalam semua...


Masih ada lagi ke yang sudi singgah di blog saya ni, blog yang dah tak berupdate, cerita lama pun dah basi, sepi dan tak menarik jika nak dibandingkan pada blog orang lain.
Mujurlah juga blog ni bukan blog popular yang selalu diterjah oleh ramai orang, kerana saya jadikannya sebagai diari maya saya, yang mana cerita saya mungkin sedih dan gembira, mungkin juga ada yang berbaur mengada-ngada jika sampai masa saya untuk rasa 'berjiwang-jiwang'... hewwwwwwww >.<


Walau macamana pun, masih ada cerita atau luahan hati yang masih ingin dikongsi.


Baru-baru ini, kita selalu dengar tentang kisah peperangan di Gaza. Ya Allah, rasa sangat bersyukur kerana saya duduk di dalam negara yang aman makmur. Perit melihat kesengsaraan yang dihadapi mereka dan kagum dengan kekuatan yang ada dalam setiap jiwa mereka di sana. Hanya doa yang mampu saya kirimkan semoga mereka masih boleh untuk terus melihat dunia dan merasai nikmat Allah s.w.t.


Namun, ada sesuatu yang bermain difikiran saya, maaf jika penulisan saya membuatkan para pembaca/kawan-kawan rasa marah. Ini adalah apa yang terlintas di hati kecil saya. Saya sangat menghargai jika ada yang sudi menegur dan memperbaiki kelemahan saya.


Dalam kita mengikuti kisah peperangan di Gaza, banyak feedback dari orang ramai kita dengar dan lihat. Ada yang menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit, ubat-ubatan dan tak kurang juga sokongan moral. Alhamdulillah, masih ada yang peka dengan kesulitan mereka disana.


Bila peperangan seperti ini terjadi, bukan sekali, malah sudah berkali-kali rasanya, saya perhatikan, setiap individu akan mula memboikot barangan yang di keluarkan atau ada unsur-unsur dengan mereka/pengganas. Pernahkah kita kaji setiap apa yang kita pakai/guna sekarang ini bebas dari unsur-unsur mereka?

Kita nampak, ramai boikot McD, Nestle dan anak-anak syarikat mereka yang lain.. tapi ada tak yang terfikir tentang teknologi mereka, processor dlm komputer/laptop malah dalam telefon bimbit canggih yang fully touch screen yang kita guna dengan kelajuan yang maksimum dalam itu pun ada unsur-unsur mereka. Ada tak yang pernah terfikir/buat sebarang kajian. Facebook ni mungkin juga penyumbang kepada mereka. Ada sesiapa yang kaji tak? Dan apabila peperangan reda/tamat, masihkah kita terus memboikot barangan mereka, pasti ramai yang tidak kan. Hanya beberapa peratus sahaja yang masih terus memboikot. Bukan nak menyebelahi mereka, sepatutnya jika nak memboikot, kita tutup terus syarikat atau mana-mana sumber daripada mereka ke negara kita. Tak ada lagi anasir-anasir mereka disini dan barulah kita boleh istiqamah menyokong dan menegakkan kebenaran. Berdasarkan pandangan mata saya, selalunye, selepas semuanya reda/tamat, yang memboikot tu yang akan share kupon McD kepada kawan-kawan yang lain kalau mereka buat promosi buy 1 free 1 ( McDonald's Buy 1 Free 1 Chicken Foldover Coupon) yeay, jom serbu McD. Tepuk dada tanya hati.


Nota: Kenapa saya bagi contoh McD, kerana contoh ini paling senang untuk dirungkai, berlaku depan amta saya dan dijadikan sebenar-benar contoh bagi mereka yang dah buang tapi kutip semula.. Kita boikot diam-diam sudah lah kan.. Hanya Allah yang tahu. Bukan canang 1 Facebook boikot itu ini, dan lepas 3 bulan, up status 'check in - at McDonald's Bayan Baru'.. sebagai contoh ye kawan-kawan semua.. Tiada niat mahu perli mana-mana pihak. Peringatan untuk diri sendiri juga. Peace.. :)
Wasalam dan jumpa lagi.....

Sunday, August 5

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt

Dengan nama Allah yang maha pemurah, pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan limpah rahmat yang tak terhingga dari Allah.. Alhamdulillah.. :)

Bagi sesiapa yang perasan, saya update blog ini 1 entry/month. Sangat rajin kan? hihi. bukan sengaja, saya sangat suka menulis, tapi kekangan kerja sedikit sebanyak membataskan urusan untuk saya menulis. (ayat yang sama setiap kali ada entry baru)

Saya masih berada di mood happy, tatkala baru melangkah setapak dalam pertambahan usia.. :) Syukurnya bila hari yang indah itu diingati oleh insan-insan yang saya sayangi.. Sahabat-sahabat yang memberi ucapan dan mendoakan agar hidup saya semakin diberkati, dimurahkan rezeki dan lain-lain lagi ucapan dan kata-kata yang baik.. Mudah-mudahan, dengan izin Allah swt, semua doa dan ucapan itu dimakbulkan. Saya juga sangat berharap dengan pertambahan umur ini, akan menjadikan saya sebagai seorang khalifah Allah yang bertanggungjawab, taat, patuh pada suruhan agama dan menjadi wanita solehah.. Ameen :)

Selang sehari sebelum ulangtahun kelahiran saya adalah hari ulangtahun my Double A.. Bukan Azwan Ali tau. :) hihi.. Saya hadiahkan dia dengan baju dan perfume yang dah lama dia inginkan. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia. Walaupun lambat, tapi saya percaya, jika ada rezeki untuk kita, Insyaallah, ia tetap ada, percayalah. :) Bahagianya bila melihat orang yang kita sayang gembira.. :) :)

Dan saya juga bahagia bila orang bahagiakan saya.. Ya, saya bersyukur yang tak terhingga. Million thanks for my Double A for warm celebration on my birthday. Really appreciate especially the present one!! Simple and memorable.. I love you! **Bile teringat balik, terharu dalam hati

Alhamdulillah, Double A beri saya hadiah yang sangat saya perlukan.. :)

I love you both!! (Gambar dari Google)


Mungkin dengan adanya dia, saya boleh lebih kerap mengupdate entry disini selepas ini. Insyaallah :)

Sunday, July 15

Owh sudah Julai ke?


As salam semua :)

Saya sangat merindukan blog saya.. Hampir sebulan saya menyepikan diri.. Bukan sombong atau tiada benda nak cerita, tapi kesibukan kerja agak membataskan saya untuk menulis. InsyaAllah, saya akan kikis tabiat malas itu.. hihi

Cepat sungguh masa berlalu kan? Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Julai. Enam bulan lalu, jika saya pandang ke belakang, saya sangat sibuk dengan kerja. MasyaAllah.. kadang-kadang saya lupa dengan apa yang terjadi di sekeliling saya. Ohh my....
Walau ape pun, bulan ni merupakan bulan yang indah sebab kita dah semakin sangat hampir dengan Ramadhan, mudah-mudahan amalan puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. :)

InsyaAllah selepas Ramadhan, Syawal pula menjelma.. :) Cepatnya masa berlalu.. Kalaulah ia boleh diundur sedikit, saya mahu undurkan ia. Tatkala ini, umur semakin meningkat dan tanggungjawab semakin bertambah. Mampukah saya untuk terus matang menghadapi setiap dugaan atau cabaran ini? Hanya pada Allah saya serahkan segalanya :)

Oh ya, sudahkan anda semua menempah baju raya untuk tahun ini, jika belum jom dapatkan koleksi yang cantik dari Minaz :)

Boleh cari klik link ni minazboutiquestudio.com dan saya super adorable dengan semua design yang diperagakan.. :) Dapat grab sehelai untuk hari raya dan sehelai lagi untuk majlis tetttttttt ^_^ semoga baju ini suite dengan badan saya otherwise saya terpaksa let go.. owhhh no :(
Saya review sikit koleksi untuk hari raya dari Minaz ni, selebihnya uolss boleh singgah di fanpage mereka.




Adorable sangat kan design dia ... :)


Okay, baju sudah, skincare dah ada ke belum? Jka belum, saya nak suggest Everlynn skincare.. Sangat berbaloi-baloi ya.. Saya sudah pakai dan memang sangat berpuas hati :) Untuk sebarang info, boleh refer di SINI .. :)