Thursday, November 29

Senangnya dalam hati, hari ini.. Esok kerja banyak menanti..

Assalamualaikum semua...

Hai senangnya dalam hati... lalalalalala... mari menyanyi lagu senangnya dalam hati dan lepas tu anda sambung sendiri ya.. :)

Mengapa senang hati sangat ni? Senyum sampai ke telinga lagi... Rasa-rasa, kalau ada masalah pun, boleh senyum lagi. Betul ke ni.. Cakap boleh lah kan, kalau jadi betul nanti, muka tu macam kerang busuk dah.. hehe..

Pagi-pagi masuk office, ada sebungkus plastik. Dalam plastik ada coklat Cadbury, nasi lemak sebungkus dan cucur udang. Owh seronoknya, kekasih hati belikan sarapan pagi. Sebab tu yang senyum sampai ke telinga tu. Ditambah pula hari ini, dia on day shift, so, boleh jeling-menjeling... auuuuwww... Alhamdulillah, walaupun skop kerja tak sama, tapi mungkin ada hikmah bila bekerja di bawah satu bumbung. Bukan untuk sekodeng apa yang dia buat atau memantau gerak geri dia sepanjang masa, sekurang-kurangnya, bila saya ada masalah, dia cepat dapat tahu (Jika time waktu dia kerja siang. Jika kerja malam, saya sorang-sorang juga). hehe

Eeeeee cepatnya November berlalu. Saya takut. Kerja saya lagi mencabar selepas ini. Mampukah saya untuk memikul tanggungjawab tersebut? Insyaallah. Saya akan cuba buat yang terbaik. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Banyak masa yang saya perlukan untuk saya adapt dengan kerja baru saya ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Ameen.

Thanks <3 for="for" note="note" this="this">



Dup dap dup dap countdown started!

Monday, November 26

Oh My Pagar....

Salam semua..

Apa khabar.. ada sesiapa yang monday blues today? Yes I am!

Lately, agak letih dengan kerja di office. Tetapi sangat bersyukur jika nak dibandingkan dengan waktu bekerja shift about last 2 months. Cuma, mungkin sejak kebelakangan ini, ada tanggungjawab baru yang saya galas. Lain dari apa yang saya penah pelajari di universiti dan lain dari pengalaman bekerja yang lepas. No matter what is it, just anggap ia sebagai cabaran untuk saya tingkatkan pengetahuan dan pengalaman pada tahap yang paling tinggi. Anggap juga ini adalah cerita dari Allah yang telah memilih saya untuk bekerja di bidang ini. Bersyukur dan beruntung sekali :)

Hewwwww... sudah 2 bulan saya missed check up untuk pagar pada gigi ni. Bukan apa, kekangan amsa dan bulan ini, doktor di klinik itu mungkin pergi bercuti, almaklumlah cuti sekolah. Maka klinik tutup untuk beberapa hari. Dan bila ia di buka semula, saya sudah mempunyai schedule sendiri.

Pssttttt: Yang sebenarnya saya takut. Untuk 2 atau 3 hari pertama, gigi saya akan rasa sangat tight sampai nak mengunyah makanan pun tak larat.. huhu :'( but after 3 days, it back to normal. Siap rasa nak makan orang pulak.. hahahaha.. takut tak takut tak?? :)  Please be nice to me and I'll be nice to you. :)

Hmmmmm, bulan ni nak ambil bracket color ape pula ya... Ini pun satu hal juga. Silap color, sebulan lah rasa tak suke nak senyum nampak gigi.. hehe.. mengada-ngada kan?

Yang ini adalah warna-warna yang ada..

Yang macam ni belum pernah cuba lagi. Boleh agaknya try sekali. Kita tengok macamana nanti >.<

Tapi rasanya saya prefer dark purple di bahagian atas dan hot pink di bahagian bawah.. wallllaaahhh :)


Friday, November 23

Biarlah Hanya Allah Yang Tahu

Assalam semua...


Masih ada lagi ke yang sudi singgah di blog saya ni, blog yang dah tak berupdate, cerita lama pun dah basi, sepi dan tak menarik jika nak dibandingkan pada blog orang lain.
Mujurlah juga blog ni bukan blog popular yang selalu diterjah oleh ramai orang, kerana saya jadikannya sebagai diari maya saya, yang mana cerita saya mungkin sedih dan gembira, mungkin juga ada yang berbaur mengada-ngada jika sampai masa saya untuk rasa 'berjiwang-jiwang'... hewwwwwwww >.<


Walau macamana pun, masih ada cerita atau luahan hati yang masih ingin dikongsi.


Baru-baru ini, kita selalu dengar tentang kisah peperangan di Gaza. Ya Allah, rasa sangat bersyukur kerana saya duduk di dalam negara yang aman makmur. Perit melihat kesengsaraan yang dihadapi mereka dan kagum dengan kekuatan yang ada dalam setiap jiwa mereka di sana. Hanya doa yang mampu saya kirimkan semoga mereka masih boleh untuk terus melihat dunia dan merasai nikmat Allah s.w.t.


Namun, ada sesuatu yang bermain difikiran saya, maaf jika penulisan saya membuatkan para pembaca/kawan-kawan rasa marah. Ini adalah apa yang terlintas di hati kecil saya. Saya sangat menghargai jika ada yang sudi menegur dan memperbaiki kelemahan saya.


Dalam kita mengikuti kisah peperangan di Gaza, banyak feedback dari orang ramai kita dengar dan lihat. Ada yang menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit, ubat-ubatan dan tak kurang juga sokongan moral. Alhamdulillah, masih ada yang peka dengan kesulitan mereka disana.


Bila peperangan seperti ini terjadi, bukan sekali, malah sudah berkali-kali rasanya, saya perhatikan, setiap individu akan mula memboikot barangan yang di keluarkan atau ada unsur-unsur dengan mereka/pengganas. Pernahkah kita kaji setiap apa yang kita pakai/guna sekarang ini bebas dari unsur-unsur mereka?

Kita nampak, ramai boikot McD, Nestle dan anak-anak syarikat mereka yang lain.. tapi ada tak yang terfikir tentang teknologi mereka, processor dlm komputer/laptop malah dalam telefon bimbit canggih yang fully touch screen yang kita guna dengan kelajuan yang maksimum dalam itu pun ada unsur-unsur mereka. Ada tak yang pernah terfikir/buat sebarang kajian. Facebook ni mungkin juga penyumbang kepada mereka. Ada sesiapa yang kaji tak? Dan apabila peperangan reda/tamat, masihkah kita terus memboikot barangan mereka, pasti ramai yang tidak kan. Hanya beberapa peratus sahaja yang masih terus memboikot. Bukan nak menyebelahi mereka, sepatutnya jika nak memboikot, kita tutup terus syarikat atau mana-mana sumber daripada mereka ke negara kita. Tak ada lagi anasir-anasir mereka disini dan barulah kita boleh istiqamah menyokong dan menegakkan kebenaran. Berdasarkan pandangan mata saya, selalunye, selepas semuanya reda/tamat, yang memboikot tu yang akan share kupon McD kepada kawan-kawan yang lain kalau mereka buat promosi buy 1 free 1 ( McDonald's Buy 1 Free 1 Chicken Foldover Coupon) yeay, jom serbu McD. Tepuk dada tanya hati.


Nota: Kenapa saya bagi contoh McD, kerana contoh ini paling senang untuk dirungkai, berlaku depan amta saya dan dijadikan sebenar-benar contoh bagi mereka yang dah buang tapi kutip semula.. Kita boikot diam-diam sudah lah kan.. Hanya Allah yang tahu. Bukan canang 1 Facebook boikot itu ini, dan lepas 3 bulan, up status 'check in - at McDonald's Bayan Baru'.. sebagai contoh ye kawan-kawan semua.. Tiada niat mahu perli mana-mana pihak. Peringatan untuk diri sendiri juga. Peace.. :)
Wasalam dan jumpa lagi.....

Sunday, August 5

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt

Dengan nama Allah yang maha pemurah, pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan limpah rahmat yang tak terhingga dari Allah.. Alhamdulillah.. :)

Bagi sesiapa yang perasan, saya update blog ini 1 entry/month. Sangat rajin kan? hihi. bukan sengaja, saya sangat suka menulis, tapi kekangan kerja sedikit sebanyak membataskan urusan untuk saya menulis. (ayat yang sama setiap kali ada entry baru)

Saya masih berada di mood happy, tatkala baru melangkah setapak dalam pertambahan usia.. :) Syukurnya bila hari yang indah itu diingati oleh insan-insan yang saya sayangi.. Sahabat-sahabat yang memberi ucapan dan mendoakan agar hidup saya semakin diberkati, dimurahkan rezeki dan lain-lain lagi ucapan dan kata-kata yang baik.. Mudah-mudahan, dengan izin Allah swt, semua doa dan ucapan itu dimakbulkan. Saya juga sangat berharap dengan pertambahan umur ini, akan menjadikan saya sebagai seorang khalifah Allah yang bertanggungjawab, taat, patuh pada suruhan agama dan menjadi wanita solehah.. Ameen :)

Selang sehari sebelum ulangtahun kelahiran saya adalah hari ulangtahun my Double A.. Bukan Azwan Ali tau. :) hihi.. Saya hadiahkan dia dengan baju dan perfume yang dah lama dia inginkan. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia. Walaupun lambat, tapi saya percaya, jika ada rezeki untuk kita, Insyaallah, ia tetap ada, percayalah. :) Bahagianya bila melihat orang yang kita sayang gembira.. :) :)

Dan saya juga bahagia bila orang bahagiakan saya.. Ya, saya bersyukur yang tak terhingga. Million thanks for my Double A for warm celebration on my birthday. Really appreciate especially the present one!! Simple and memorable.. I love you! **Bile teringat balik, terharu dalam hati

Alhamdulillah, Double A beri saya hadiah yang sangat saya perlukan.. :)

I love you both!! (Gambar dari Google)


Mungkin dengan adanya dia, saya boleh lebih kerap mengupdate entry disini selepas ini. Insyaallah :)

Sunday, July 15

Owh sudah Julai ke?


As salam semua :)

Saya sangat merindukan blog saya.. Hampir sebulan saya menyepikan diri.. Bukan sombong atau tiada benda nak cerita, tapi kesibukan kerja agak membataskan saya untuk menulis. InsyaAllah, saya akan kikis tabiat malas itu.. hihi

Cepat sungguh masa berlalu kan? Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Julai. Enam bulan lalu, jika saya pandang ke belakang, saya sangat sibuk dengan kerja. MasyaAllah.. kadang-kadang saya lupa dengan apa yang terjadi di sekeliling saya. Ohh my....
Walau ape pun, bulan ni merupakan bulan yang indah sebab kita dah semakin sangat hampir dengan Ramadhan, mudah-mudahan amalan puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. :)

InsyaAllah selepas Ramadhan, Syawal pula menjelma.. :) Cepatnya masa berlalu.. Kalaulah ia boleh diundur sedikit, saya mahu undurkan ia. Tatkala ini, umur semakin meningkat dan tanggungjawab semakin bertambah. Mampukah saya untuk terus matang menghadapi setiap dugaan atau cabaran ini? Hanya pada Allah saya serahkan segalanya :)

Oh ya, sudahkan anda semua menempah baju raya untuk tahun ini, jika belum jom dapatkan koleksi yang cantik dari Minaz :)

Boleh cari klik link ni minazboutiquestudio.com dan saya super adorable dengan semua design yang diperagakan.. :) Dapat grab sehelai untuk hari raya dan sehelai lagi untuk majlis tetttttttt ^_^ semoga baju ini suite dengan badan saya otherwise saya terpaksa let go.. owhhh no :(
Saya review sikit koleksi untuk hari raya dari Minaz ni, selebihnya uolss boleh singgah di fanpage mereka.




Adorable sangat kan design dia ... :)


Okay, baju sudah, skincare dah ada ke belum? Jka belum, saya nak suggest Everlynn skincare.. Sangat berbaloi-baloi ya.. Saya sudah pakai dan memang sangat berpuas hati :) Untuk sebarang info, boleh refer di SINI .. :)



Friday, June 22

Soya merbahaya kepada wanita.. Oppss!!


Salam semua.. apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya. Lama tak menulis membuatkan kepala saya agak ting tong sedikit. Tapi tak teruk lagi. Masih ditahap terkawal.

Owh banyak perkara kalau boleh nak update dalam blog ni. Saya buat mana yang termampu dulu ye. Entry kali ni, saya nak update pasal soya. Saya tahu, ramai yang diluar sana suka sangat sangat minum air soya. Ya saya pun sama. Saya suka sangat. Sampailah satu malam saya keluar makan malam dengan kekasih hati. Sebenarnya saya sudah makan dirumah tapi nak ambil hati, saya keluar jugak lah. Samapi di kedai makan, dia order makanan kegemaran. Tak ade lah kegemaran sangat. Tapi kalau datang dekat situ, mesti nak order pecel lele. Sambal dia memang original dari indonesia. Memang sangat kewl orang kate.

Ok, berbalik semula kepada soya, saya telah bagitahu kekasih hati, perut saya kenyang sebab minum air susu soya dan makan coklat, serentak dengan itu, dia terus cakap "eh, soya tak elok la" owh saya tersentap. Sebab saya dah jadikan air soya sebagai minuman wajib seharian.

Esok harinya, saya google-google, then this is what I've found. Might can share and we can ambil yang mana elok, yang mana tak elok, kita fikir-fikirkan dan selamat beramal. Ayat dah macam penceramah bebas kan. :)




1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan Nyanyuk!



Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)



Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially



DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
  • Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)


Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Sunday, June 10

Ber-nyanyi-nyanyi-an

Mood agak berombak...
Layan lagu ni dan ulang-ulang-ulang-ulang sampai banyak kali pun tak ape..


Khasiat Glutacol

As Salam readers...

Sihat kah semua? Insyaallah, saya harap semua sihat sejahtera dan baik-baik saja...
Boleh saya tahu, ada sesiapa pernah dengar tentang Glutacol?
Suppliment yang sangat baik untuk badan dan yang ingin kekal kulit cantik, boleh amalkan mengambil Glutacol ni :)


Glutacol diformulasikan dari kombinasi Glutathione dan Kolagen. Glutacol memiliki manfaat positif bagi lebih daripada 68 penyakit yang berbeza. Hal ini penting dalam memberikan pertahanan dari radikal bebas, tekanan oksidatif, racun dan penyakit. Kolagen adalah anti penuaan yang kuat.

Kolagen memainkan peranan penting dalam membuat kulit anda bersinar, cerah dan kulit lebih muda. Glutacol juga boleh  membantu tubuh anda untuk membakar lemak. Kerana faktor-faktor seperti proses penuaan, pengeluaran kolagen alami di dalam tubuh kita berkurang dari masa ke masa, mengambil suplemen kolagen sangat diperlukan untuk merangsang pengeluaran kolagen tubuh sendiri.

Glutacol boleh membantu kulit anda kelihatan lebih kencang, sihat dan cerah. Glutacol juga membantu untuk menyelesaikan masalah kulit seperti kerut dan garis wajah.


Adakah kesan sampingan ?
Mengambil glutacol cukup selamat. Tiada kesan sampingan kerana ramuannya berasal dari bahan-bahan semulajadi. Tiada bahan tambahan.


Seberapa cepat saya boleh melihat hasilnya?Mereka yang mengambil secara teratur Glutacol mengakui bahwa mengambil glutacol 2 hingga 3 kotak atau lebih akan menghasilkan kulit yang lebih cerah. Namun, kesan berbeza-beza antara orang-orang; beberapa orang boleh merasakannya lebih cepat atau lebih lambat


Apakah kandungan Glutacol?Glutacol mengandungi l Glutathione, Kolagen Marin , Astaxanthin,  Ekstrak Aloe Vera, Ekstrak Acerola Cherry, Ekstrak Blackcurrant , Ekstrak Goji Berry,  Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Tomato, dan Probiotik.


Apa bentuk glutacol dan bagaimana cara penggunaanya?Glutacol berbentuk serbuk.  Dalam 1 kotak ada 20 sachets. Ia boleh diminum terus ke dalam mulut, atau di bancuh dengan air  sejuk 60 ml untuk setiap sachet. Untuk hasil yang Glutacol terbaik harus dimakan terakhir pada waktu malam sebelum tidur kerana waktu puncak untuk pembaikan dan pertumbuhan semula dalam tempoh dua jam pertama tidur - dikenali sebagai kitaran alfa.


Apa yang boleh menghadkan keberkesanan glutation dalam proses pencerahan kulit?Keberkesanan Glutacol dalam mencerahkan kulit seseorang individu boleh dihadkan oleh tabiat tertentu seperti penggunaan rokok dan alkohol diketahui akan mengurangkan tahap glutathione dalam badan. Perokok mungkin tidak mencapai keputusan yang sama dalam proses pencerahan kulit sebagai bukan perokok. Ini bermakna perokok tidak boleh mencapai keputusan yang lebih cepat daripada bukan perokok. Yang kedua ialah penggunaan alkohol. Penggunaan alkohol boleh menjejaskan keberkesanan glutation dalam pemutihan kulit. Pendek kata, untuk mencapai keputusan yang lebih cepat dalam mencerahkan kulit, kami menasihati pengguna untuk berhenti merokok dan mengelakkan alkohol.


Adakah berat badan saya akan naik berikutan pengambilan Glutacol?Setiap pek Glutacol mengandungi hanya 2cal dan 0% lemak. Biarpun anda sedang menjalani pelan diet, ia tetap sesuai untuk diambil setiap hari.


Adakah ibu yang menyusu bayi boleh mengambil Glutacol?Setakat ini tiada kesan sampingan yang berlaku kerana pengambilan Glutacol pada Ibu yang menyusu. Ini kerana Glutacol mengandungi vitamin, calcium dan mineral yang penting untuk keperluan badan kita. Glutacol tidak mengandungi pewarna, perasa atau pengawet.


Cadangan Pengambilan1 sachet setiap hari sebelum sarapan dan 1 sachet setiap hari sebelum tidur. Untuk tujuan peyenggaraan, ambil 1 sachet setiap hari sebelum tidur.


Kebaikan Glutacol:

  • Anti-oksidan
  • Mengatur berat badan
  • Mengembalikan kecerahan kulit
  • Memastikan sel anda berjalan lancar
  • Anti penuaan
  • Mencegah kerosakan sel badan kita
  • Muda dan kulit bercahaya
  • Membantu memulihkan kekeringan dan kerapuhan rambut
  • Meningkatkan elastiktasi dan kelembutan kulit
  • Membantu meringankan bisul, masalah pencernaan dan ginjal
  • Mengurangkan garis dan kedutan
  • Membantu untuk kesihatan gigi anda
  • Membantu kulit anda menjadi lebih putih dan halus
  • Membantu membakar lemak
  • Meningkatkan kemampuan kulit untuk melembapkan sendiri, membantu dalam penghapusan sel-sel kulit mati
Jom amalkan Glutacol.. :)