Thursday, March 15

Page Updated :)

Hi hi semua...

Page untuk Everlynn skincare saya dah update, jemput singgah :)

Everlynn Skincare

Tatatititutu dearies :)

Sunday, March 11

Everlynn Skincare

Hi all.. :)

Saya nak share mengenai produk baru yang saya gunakan.
Produk ni sangat bagus. Baru 3 hari saya pakai, kulit pipi saya rasa sangat lembut.
Bahan pencuci dan penyegar yang diadun tidak mengandungi bahan kimia yang terlalu tinggi.
Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Kenapa saya memilih Everlynn?

"EVERLYNN dihasilkan daripada formula Perancis & Switzerland dengan menggunakan tumbuhan – tumbuhan, buah-buahan dan sumber semulajadi di dasar lautan. Formula yang dihasilkan telah diuji keberkesanannya dalam memberikan perlindungan dan memelihara kulit anda agar lebih jelita, muda dan berseri. Produk di bawah kawalan kilang ....."licensed with GMP Certificate by MOH since 2000 and the only manufacturer of skin care products conducted by experienced dermatologist and medical cosmetologist." Selamat & Halal digunakan, diluluskan oleh KKM"

"Kombinasi ekstrak aktif Marine Collagen, Aloe Vera, Bearberry sebagai komposisi utama kepada produk EVERLYNN membantu mempercepatkan pemulihan kulit melalui percambahan sel yang effektif, memberi kelembapan dan perlindungan yang sempurna daripada masalah kekeringan kulit & kulit tampak lebih segar,bermaya, anjal, gebu dan masalah-masalah jeragat,jerawat, kulit kusam dapat diselesaikan dengan mudah"


Harga untuk 1 set Everlynn skincare memang ternyata berbaloi ditambah pula dengan kesan yang menakjubkan yang akan diperolehi oleh setiap pengguna. Tanpa pengelupasan (kalau ada pun hanya soft peeling) untuk singkirkan sel-sel kulit mati. Selepas itu, kamu akan dapat kulit baru yang lebih lembut,gebu,sihat dan cantik. ^_^



Everlynn that cares for your skin :)
Hanya RM120 untuk 1 set.
Cepat dapatkan sekarang!!! :)


Now, saya merupakan dealer yang sah untuk area Pulau Pinang (bahagian pulau).
Untuk keterangan lanjut, boleh juga hubungi call / sms : 019-9396878 (Sue).
COD dan postage juga avilable.

Wednesday, March 7

Hati haru biru

Salam semua :)

Semoga baik-baik sahaja.. Saya Alhamdulillah.

Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya merasa bahawa ada saja yang tak kena. Baik dari segi pergaulan dan persekitaran. Kenapa saya rasa double triple sesitive walaupun saya belum sampai masa untuk datang bulan lagi.

Rasa sangat sensitive bila orang tak layan perbualan, rasa sangat sensitive bila orang tak bagi perhatian. Mengapa wahai hati. Mungkin saya banyak fikir kebelakangan ini.

Sukar juga untuk menepati akan kata-kata yang telah dibroadcastkan. Kerana bila sampai masa, tak mustahil akan ada halangan atau apa-apa juga perkara yang akan menyebabkan kita tidak dapat menunaikan apa yang telah kita nyatakan. Cuba untuk mengambil hati akan tetapi tidak dilayan. Mungkin nasib diri. Hanya Allah yang mengetahui. Tidak mengapa.

Dalam hati juga sangat serabut memikirkan sesuatu. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Saya cuma mampu berdoa. Tidak dapat dibayangkan jika impian saya tidak menjadi nyata. Bagaimana saya nanti? Adakah saya mampu untuk menempuhinya? Berapa lama masa pula yang perlu saya ambil untuk recover semuanya. Ya Allah.. saya mohon agar segalanya dipermudahkan. Sudah lama saya tunggu akan saat ini. Saya minta, impian dan harapan saya termakbul. Kekal hingga ke syurga.. Ameen..

Kadangkala melihat orang lain, nampak seperti senang sekali kehidupan mereka sehari-hari. Maka saya bersyukur jika dibandingkan dengan yang kurang bernasib baik dari saya. Sekurang-kurangnya saya lebih baik dari mereka. Ohh tuhan...

Kecelaruan fikiran. Keserabutan perasaan. Kegelisahan hati.. Pergi semuanya dari saya.

Monday, March 5

Kesakitan

Saya ada minor surgery sabtu lepas.
Doktor nak keluarkan gigi saya yang menyorok didalam gusi.
Tak dapat bayangkan bagaimana gusi saya dihiris dan digerudi.
Ketika ini saya masih terngiang-ngiang bunyi gerudi tersebut.
Ketika gigi tersebut ditarik dan dikeluarkan. Krek.. Errrrrr...
Ketika ini juga saya masih lagi terlihat tali halus yang digunakan untuk menjahit semula gusi yang telah dihiris. Owhhhh sakitnya.
Saya melihat gigi saya. Owh, kenapala awak buat saya begini.
Pipi saya sudah bengkak.
Cepatlah kesakitan ini pergi.
Saya kan baik. Jangan ganggu saya ya.

Tuesday, February 28

Masa

Tatkala ini, saya merasakan bahawasanya saya sudah kesuntukan masa.
Mungkin boleh untuk stay rilex tapi, banyak lagi perkara yang terbengkalai di dalam kepala saya.
Macam-macam yang saya rancang dan berharap segalanya dipermudahkan olehNya. Amin :)



Mungkin saya banyak fikir untuk ini.. :)

Friday, February 24

First Time

Salam semua....

Saya sihat seadanya... :)

After three weeks wearing braces. Lama sungguh entry ini tertangguh.
Dengan izin Allah, akhirnya tercapai satu impian saya untuk mentertibkan gigi saya dengan memakai braces sebelum saya berkahwin. :)
I'll story a little bit how I'm feel after it tight my teeth.
3 jam pertama selepas pakai, rasa okay, tak rasa sakit apa pun. Senyum pun lebar.
Since doktor pun dah berpesan, ambil makanan yang lembut-lembut for a few days, jadi selepas balik dari klinik, saya makan biskut cicah air milo suam, makan roti cicah air suam dan masak bubur nasi. Owh pakai braces saja memerlukan pantang-pantang segala. heeeeehe

4 jam selepas itu, saya rasa sedikit kurang selesa sebab macam ada benda dalam mulut. Bahagian gigi dan gusi pula seperti berdenyut-denyut. rasa macam nak cabut besi tu dan letak ditepi lepas tu pasang balik. Rasa nak menangis pun ada. :'( Bila makan dengan sudu besi, tersentuh pula besi di gigi... ouccchhhhh ngilunya rasa....

Bila malam nak tidur pula, rasa denyutan di gusi dan gigi berperang dalam mulut.. Disebabkan esok perlu pergi kerja, saya gagahkan juga menahan sakit dan pejam mata sampai saya tertidur dengan sendiri. Keesokkan harinya... saya langsung tidak mengambil nasi.. hanya air milo suam dan bubur sahaja santapan saya..

Masuk hari kedua ketiga dan keempat, mulut saya pula rasa seperti terluka kerana besi tu masih belum dapat nak cooperate dengan diri saya.. tapi masih belum terkena ulser mulut lagi.. kalau kena yang itu, pasti saya menangis..

Setelah hampir lebih kurang 8-9 hari selepas itu saya cuba untuk makan nasi. Almaklumlah saya perut orang jawa. Tidak lengkap kalau tidak dapat makan nasi. Bila saya yakin yang gigi geraham saya mampu menggigit dengan kuat, saya sangat bersyukur dan gembira. Saya makan nasi dengan banyak almaklumlah lebih seminggu tak makan nasi. Badan pun semakin kurus kering.. hihihi..

Sekarang, saya sudah boleh mengunyah makanan yg separa lembut. Daging dan buah yang keras seperti jambu batu masih belum berani untuk diambil. Epal juga begitu. hihihi

Awal bulan hadapan saya perlu lalui minor surgery untuk keluarkan gigi saya yang tak keluar dari gusi. Malu agaknya.. Sangat takut. dan seminggu selepas itu, saya ada check up untuk braces dan bermula lagilah pantang saya. :)

Monday, February 6

Semoga dipermudahkan segalanya

Salam semua.. saya sihat hendaknya dan diharap anda semua begitu juga.

Setiap hari saya selalu fikirkan apa akan jadi pada saya sesaat/seminit/sejam/hari esok dan akan datang. Setiap hari juga saya teringat pada laluan getir masa lampau. Owh sangat sayu when I still remember my past stories. Parut yang terukir mengambil masa yang sangat lama untuk kembali pulih. Ketika hati meminta untuk terus kuat menghadapi setiap hari yang mendatang, saya akur pada diri yang sememangnya saya masih lagi lemah. Ya Allah, saya minta segala urusan dan hajat saya dipermudahkan. Saya minta segala perancangan yang saya rancang berjalan dengan baik dan diredai. Amin :)




This is not fair :(

Entry pertama di Febuari. Owhhhh tiada apa yang menyedihkan selain daripada salary wasn't in to my account yet.. Tambah sedih bila dengar kawan-kawan siap dah boleh pergi shopping dan beli macam-macam segala. Huwaaaaaaaaa.. sob sob sob..


##Mujur ada financial supporter. Esok dah boleh pasang pagar dekat gigi.. teruja dan dup dap dup dap.